Tuesday, May 29, 2012

'Ane Akak?Ane Abam?..tanya Adik

PAGI SEMALAM..anak-anak mintak nak pegi umah Maklong (panggilan kepada ex pengasuh dulu).sebenarnya dah menyanyi kat telinga aku dari hari sabtu lepas tapi melampau la aku cuti nak hantar anak rumah orang.sibuk duk tanya 'bila nak pegi umah maklong?hari isnin ke selasa?'makin teruja bila bestfriend kakak (anak pengasuh itu) duk sms tanya 'bila nak datang rumah kita?'.

so pagi semalam aku yang dah mintak cuti tapi tak jadi cuti sebab anak-anak nak pegi umah maklong,buat apa aku cuti kalau takde sapa kat umah?baik aku simpan je cuti seciput tu untuk agenda akan datang.bila kakak pegi,otomatik abam pun nak ikut jugak..maka kedua-duanya aku hantar kesana.

petang semalam..patutnya abam kena balik rumah dan tinggal kakak je sebab dah diminta oleh pengasuh tido umah dia.tapi abam lagi pandai dari aku..dia dah siap buat rayuan dengan muka seposen dengan maklong mintak nak tido situ jugak (bestfriend dia anak lelaki bongsu akak tu).kata maklong 'bila awak kata dia kena balik,tahu tak macam mana rupa dia?kecewa sangat..macam belon tengah bulat tiba-tiba buang angin..terus kecut'..hahahaha..gelak aku dengan perumpamaan itu.sila bayangkan..

aku heran gak..ada lagi 2 orang ex pengasuh sebelum akak ni..tapi takde pulak diorang ingat.kalau jumpa pun malu-malu je.tapi ngan Maklong ni..sayangnya lain macam sikit.

so bila ambik adik petang semalam,memula dia okey je..mintak susu dan baring layan kartun.tapi dah lepas maghrib dia macam pelik kenapa rumah sunyi tanpa suara abam dan kakak.



adik dan sepupunya (anak kepada adik pompuan en abe..masa kat kenduri di Sijangkang,Banting dua minggu lepas)

aku pandang dia,dia pandang aku..'Ane Akak?Ane Abam?..ololo..sian pulak..last-last dia tertido awal.bosan agaknya takde kawan.dengan aku-aku sekali lelap..sib baik tak miss citer kegemaran Miss Ahjumma ;).citer makin menarik..tak sabar tunggu sambungan malam nanti.

cau...

8 comments:

Rai said...

kesiannya adik..biasanya kurang kurang pun abang dia ada..

eh budak kecik memang ang tu dia jadi am..

abang - abam

eh..si damia pun macam tu..kadang2 aku tak betulkan sebab terasa comel sangat..hahaha..

kakcik said...

Nilai kasih adik beradik yang tidak galang gantinya. :)

Ummi said...

irfa,

akak punya cerita dari love me a thousand time, rooftop prince hingga ke miss ahjumma

memang dah menarik miss ahjumma :) padan muka mak mentua dia:)

Acik Erna said...

sian hajar..tak best kena tinggal ngan umi je..mesti nak ada akak dan abam.
dik..akak dah potong astrok..sesekali je dapat tengok cite korea..tv kat dapur tu ayah ngan anak dah konker..sukan dan mustika..ayahnya cerita tamil manjang.

Irfa said...

RAI..
yelah..sejak kakak balik ni makin ngada-ngada dia.sikit2 ngadu ngan kakak.bila malam tu sunyi sepi..mmg terasa sgtla

abam tu bila dia sebut mcm comel je..sekarang dgn aku dan ayahnya ikut sekali panggil 'abam'hehe

Irfa said...

KAKCIK..
doa saya semoga mereka sentiasa berkasih sayang hingga akhir hayat

Irfa said...

KAK UMMI..
saya saja taknak tgk citer yg mula jam 7.50 malam sbb waktu tu sgt sibuk dgn anak-anak..serik dah dulu tersangkut dgn citer The First Wives Club yang mula jam 7.50 malam

saya saya pilih citer selepas semua dah setel..rooftop prince tu ada ketika layan jugak bila semua dah setel.tapi miss ajumma wajib tonton.kalau ngantuk pun sanggup kunci jam nak bangun jam 10.20.hehe

Irfa said...

KAK ERNA..
la..dah potong nanti tgk apa pulak?
citer tamil tu jalan citer best cuma bahasanya je tak berapa nak masuk.lagipun susah nak tgk hero dan heroin ensem...kalau ada pun jarang sgt ;)