Skip to main content

Darinya Kita Datang,Kepadanya Kita Kembali..AlFatihah buat Norma

Pagi ni..aku baru dapat tahu Norma yang kisahnya aku selalu baca kat blog Moon sudah pergi meninggalkan kita semua pada 23hb (2 hari lepas).



Alfatihah..semoga arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.selalunya aku baca kisah Norma walaupun jarang tinggal komen.tapi entah dimasa silapnya..aku lambat tahu yang Norma dah 'pergi'.aku tak kenal Moon apatah lagi Norma..kenal cuma dari tulisan Moon kat blog dan statusnya di fb tapi kesannya sangat mendalam.dari situ aku kenal Talib yang begitu setia menemani isterinya yang terlantar sakit.bukan calang-calang lelaki boleh melakukannya.paling buat aku mengalir airmata bila membayangkan Rafiq yang tak sempat bermanja dengan ibunya macam anak-anak yang lain.

sampai sekarang aku masih sebak.itu aku yang hanya membaca kisahnya di blog,bagaimana pula dengan ahli keluarganya?semoga Allah mengurniakan mereka semua dengan lebih ketabahan.Takziah untuk Moon dah keluarganya

Comments

Anaasuria said…
k.ana pun baru tahu semalam.. k.ana pun macam irfa jugak selalu baca kisah nya tapi tak tinggal komen.. simpati mengenangkan anak yang yang tak pernah dapat belaian ibunya sejak dari lahir..

al-fatihah untuk Norma.
gadisBunga™ said…
salam takziah kepada keluarga norma...
Miss Moon said…
terima kasih dik . Akak pun sendiri cam tak percaya yg Norma dah pergi meninggalkan kita buat selamanya .

bila tgk Talib lagi tak tertahan air mata nih . Tapi dia merelakan Norma pergi ...and muka dia amat tenang melihat cinta hatinya terbaring di situ .

Sesungguhnya Norma sekarang berada di tempat yg paling bagus n di sisi Allah
Al-Fatihah. Alhamdulillah, allahyarham tak perlu menanggung penderitaan kesakitan lagi. Itu tandanya Allah amat mengasihinya.
Aidah said…
Al Fatihah untuk arwah Norma. Akak pun baru tahu dari Irfa ni. Kesian dia kan. Semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yang soleh. Amin.

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')