Skip to main content

Hai,Im Back ;)

hai..
kembali bersiaran setelah bercutian selama 5 hari kat kampung (dari hari Rabu sampailah Ahad).melawat anak dara kesayangan sambil melepas rindu yang menyesakkan dada.hehe.aku dan anak-anak balik kampung hari Rabu lepas,menumpang keta adik lelaki.perjalanan balik kampung sangat lancar maklumlah bukan cuti sekolah..jalan clear dari rumah sampai la ke kampung cuma sedikit hujan lebat masa masuk sempadan negeriku.kakak memang terkejut 'monkey' bila aku dan adik-adiknya dah sampai depan umah.terjerit-jerit dia kerana sangat teruja.

aktiviti di kampung adalah
MAKAN..MAKAN DAN MAKAN LAGI(pagi-pagi sarapan adalah nasi kerabu)

TIDO..TIDO..DAN TIDO (aktiviti tengah hari sambil menidokan kenit..dengan aku sekali menidokan diri)

MENZIARAH SEDARA MARA
(kebetulan sehari sebelum balik kampung,dapat berita suami kepada makcik yang ku panggil Mak Mbong telah meninggal dunia (mak mbong ialah kakak sulung mak aku yang aku penah citer rumahnya terbakar bulan lepas).ujian untuk mak mbong..lepas rumah hangus terbakar,suami pulak meninggal.AlFatihah buat arwah PokTeh

DAN SEDIKIT AKTIVITI JALAN-JALAN.
(nak bagitau jugak..pertama kali jejak Pasar Malam Wakaf Che Yeh..nama je asal Kelantan.wuhu.......tapi setakat cuci mata beli baju kelawar selai je..next time nak pegi lagi kena bawak RM lebih sikit).

mood nak keje adalah 50:50..
masuk opis kena angkut barang pindah opis baru..
so ini adalah quick update..

cau

Comments

-- said…
hihi.. aku pun baru ronda kelantan.. seronok..makan..makan & makan.. wakaf che yeh pun pegi... beli baju 'branded' rm10 selai..kikikikh...
Kakcik Seroja said…
Pagi tadi kakcik makan laksam untuk sarapan. Makan tengahari pula, kakcik makan nasi kerabu. Kalah orang Kelantan. :)
Unknown said…
Oo...balik dgn kete eh.. Happy gila kan anak anak dapat jumpa... Wakaf che yeh aku pun tak sampai lagi..biasa pegi pekan jelawat je..heheh..


Rindunya bf nasi kerabu..nak akokkkkk
Yellow said…
wah seronoknya balik kampung!!!!!

aku nak balik jugak la... nak gi berjalan ke "munduk" la... ko penah pegi??
Biasa la tuu.. Kaau balik kampung asyik makan... Makan dan makan... Mcm tak kenyang2 kan...
Kakzakie Purvit said…
Bagus juga kerja lebih sikit mengangkut itu-ini sebab pindah. Kan ke dah 5 hari makan-tidur-makan-tidur hihi... kena buang lemak nasi kerabu yg dah bayak tu hihi...
Mulan said…
balik kampung mmg superb..!!!
NenetPenne (NP) said…
kecur air liur kita bila dengar nasi kerabu
akak kalau pi pasar wakaf che yeh waktu malam selalunya sajer2 jer gi jalan, suka tengok senario dia jer..
Irfa said…
NET..
tahu tak masa sy gi sana..siap cakap ngan adik 'ada kawan blog kata umah dia 10 minit je dr sini..agak2 kat mana umah dia yer?'hahaha
siap teringat kat Net lagi masa gi sana :)
Irfa said…
Mulan..
superb ngan acara makan2 yang tiada kesudahan :)
Irfa said…
Kak Zakie..
betul tu..banyak lemak kena buang ni
Acik Erna said…
dik..mana gambar anak2 masa dikampung..kaka,abam dan adik
Irfa said…
KAK ERNA..
ada banyak dalam henpon dan juga kat kamera
tak larat nak upload ;)
free nanti saya letak la sekeping kat sini ye
sibuk pindah opis ni..
Irfa said…
Fida..
baju apa ko beli..aku pegi malam sabtu.ko pegi malam apa?
Irfa said…
KAK CIK..
bujang saya tu balik kg dapat makan laksam..belasah sorang2 tak sempat share ngan org lain.sedap katanya.
Irfa said…
Rai..
balik kg naik keta,balik sini naik kapal..
pekan jelawat tak penah pegi..kg aku jauh dari pekan la
ko nak akok kedut yer?akok kedut yang banyak telur tu..hehe
Irfa said…
YELLOW..
tak penah sampai Munduk..paling dekat ngan sempadan pun cuma Rantau Panjang..itupun baru 2kali kesana
Irfa said…
KAK AIN..
bukan lauk hebat pun tapi makan tetap bertambah..
MOKCIK AZWA said…
Wah dah lama tak jejak Kelate..baru sekali ke Wakaf Che Yeh..memang boleh beli banyak barang 'branded' pada harga yang murah kat sana hehehe..cuma bawa RM jer ihikss..

seronoklah kakak ummi dgn adik2nya datang kan...
Lady Windsor said…
Haa lama cuti ya...bestnya balik KB tu...so makan semua yg sedap-sedap tu ya...:)
zana-norzana said…
salam perkenalan....terima kasih kerana sudi singgah ke teratak saya........
Biarlah rahsia said…
sonoknya...k.bi yg mmg sedia ada di KB pun gi wakaf che yeh sbb bwk orang...hehe...next time singgah laa rumah...boleh kenal2.
Aidah said…
Best kan dapat surprise kan anak. Baca n3 ni teringat2 akak kat nasi kerabu tepi sungai kat KB tu. Sedapnya. Akak masa pegi KB hari tu tak sempat ke Wakaf Che Yeh. Rugi sangat rasanya tapi nak buat camana, badan pun bukan sihat nak jalan2. Dah dapat sampai Kelantan pun cukup bersyukur.
Selamat bertugas kembali, Irfa.
Unknown said…
kali petama jejak kaki ke wakaf che yeh,teruja sangat kul 2 pagi masa tu akak pi...suka sangat coz tak pernah kuar malam....!best giler
Angah said…
Aku respek kat ko boleh pisah ngan anak weh!!! pinjamkan aku kekuatan tu..
Irfa said…
Angah..
takdelah kuat mana pun..tp sebab dia duk ngan mak ayah aku..sp aku takdelah risau sangat.
Irfa said…
Kak Lienda..
akak hebatlah..dari utara nun dah awal lagi sampai sana berbanding saya yg berasal dr negeri itu ;)
Irfa said…
KAK AIDAH..
pengalaman dr kisah tak jadi balik..lepas ni saya akan terus balik tanpa bagitau dia awal2 takut dia kecewa kalau kami tak balik dan buat dia tertunggu2 sepanjang hari.

next time ada rezki ke kelantan lagi..mesti pegi yer ;)
Irfa said…
KAK BIE..
itu pun kebetulan singgah sebab ambik adik kat kota bharu airport
dia balik flight malam..kalau tak mungkin x sampai juga
bila agaknya kita nak jumpa yer?
Irfa said…
Zana..
tq juga utk awak.sudi singgah sini :)
Irfa said…
LW..
emm lama la jugak//tengah fikir yang cuti makin menyusut.
lama lagi nak menunggu hujung tahun ni

makan2 kat rumah je..bukan kat luar pun
tapi air tangan ibu,sedap je lah
Irfa said…
KAK AZWA..
pada saya sama je ngan mana2 pasar malam atau uptown tu.cuma suka suasananya je
Anna said…
Bestnya balik kg..lagi best kalau mak ayah masih ada.....sob sob...
Nida said…
Seronokkan balik kampung... minda pun tenang :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')