Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru,Selamat Pagi Cikgu



gambar dari sini

Selamat Hari Guru..

Terima Kasih buat guru pertamaku iaitu 'Ma..ibuku sendiri' orang pertama yang mengenalkan aku dengan ABC,123 dan Alif,Ba,Ta.

Tak lupa buat guru-guru zaman sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Jasa guru-guru semua tak mampu ku balas.

Semoga hidup mereka diberkati Allah selalu.Amin

PETANG SEMALAM

ambik anak-anak dari rumah pengasuh
ini dialog aku dan si hero,Abam.

Abam:esok hari guru.abang ambik cawan dalam bilik kakak nak bagi cikgu boleh tak umie?

Aku:cawan mana pulak

Abam:yang warna pink tu

Aku:eh!mana boleh.cawan tu dah lama.nanti umie carikan cawan baru

Abam:okey

dan..malam tadi aku demam selsema teruk.cari ubat tak jumpa.huhu.terpaksalah tunggu en abe balik untuk makan ubat.itupun dah kul 1.00 pagi.dalam demam tu mata masih EMALAM..gagah layan citer korea :).lepas makan ubat terus tido lena sampai pagi.kuat sungguh kesan ubat tu buat aku mengantuk sampai sekarang.dan bangun pagi ni..abam tuntut hadiah.

alamak..memang aku lupa sungguh.belek-belek dalam lemari jumpa 2 frame gambar.masih baru sebab itu aku dapat masa majlis kat opis kalau tak silap.tak sempat bungkus dan tulis apa-apa terus aku sumbat dalam paperbag orang kawen bagi kat hero.katanya nak bagi kat cikgu Maryam.aku agak cikgu ni mesti cikgu yang paling disayangi oleh semua murid.sebabnya bila aku tanya anak kawan yang aku tumpang gi keje.kata dia 'cikgu maryam cikgu paling baik kat sekolah tu.semua orang suka dia'.nampak gaya hari ni penuhlah bonet cikgu Maryam dengan hadiah dari anak muridnya.

bila tiba hari guru..boleh tengok cikgu mana paling di sayangi oleh murid berdasarkan banyak mana hadiah yang beliau dapat pada hari guru.tak gitu?maaf ye cikgu-cikgi..jangan terasa,tapi itulah kenyataan.

agak-agak kalau aku jadi cikgu,mesti takde murid sudi bagi hadiah.sebabnya aku ni kalau jadi cikgu mesti jadi cikgu yang garang.hahaha.

ops..tak lupa buat kawan-kawan blog yang bergelar GURU,selamat hari guru buat korang jugak.

20 comments:

Pok Amai-Amai said...

Yeke takde sapenak bg ko hadiah? Anak2 nie hatinya tulus. Cikgu garang pun, diorang still nak bagi hadiah jugak tau.

Kakzakie said...

Budak-budak pun tahu nak menghargai cikgu mereka... Betul hari ini semua cikgu balik bonet kereta penuh dgn hadiah..

kakcik said...

Nanti banyaklah Along bawa balik hadiah dari anak muridnya.

Kakcik masih ingat yang kakcik pernah baca kisah seorang guru yang menerima hadiah buah mangga dibalut dengan kertas suratkhabar dari muridnya. Murid itu datang dari keluarga miskin yang tak punya apa-apa. :(

cheqna said...

ingat dulu2..kotak tisu kompem jadi rebutan tuk dijadikan hadiah =)

MamaEma said...

Bila anak cakap semua sukakan dia..konpem penuhlah hadiah dalam bonet kereta..hehehe

Rai said...

irfa..
aku rasa aku pun sama..mau tak..kejap kejap jadi resakse gorgon..huhu..

selamat hari guru..erghh..tak wish kat cikgu aku kat fb lagi..hehe..

bangsawan nilai said...

aku pernah 'dipaksa' baca sajak pada hari guru depan perhimpunan. walhal yg tulis sajak tu cikgu BM aku...ha ha

Irfa said...

FARA..
aku agak je.
masa aku skolah dulu,cikgu yang paling aku ingat ialah cikgu yang paling baik dan cikgu yang paling garang.sampai sktg aku tak lupa nama mereka.tapi aku jugak tak penah bagi hadiah pd cikgu yg garang tu ;)

Irfa said...

KAK ZAKIE..
kalau hadiahnya boleh diguna pakai alhamdulillah
tapi kalau tak boleh diguna sekadar hiasan..sian cikgu tu kena buat stor besar utk letak hadiah ;).

Irfa said...

KAKCIK..
wah.seronoklah along nanti
saya penah baca kisah cikgu dan buah mangga tu
sedih sangat kisah tu

Irfa said...

CHEQNA..
ya betul..igt lagi,sebelum hari guru dah serbu kedai runcit tanya ada tak kotak tisu..kotak kasut pun boleh jugak.skrg dah senang..kat kedai bersepah jual paperbag lawa dan kotak siap riben utk hadiah.sediakan duit je

Irfa said...

MAMA EMA..
bertuah cikgu tu yer ;)
apa sgt hadiah yg tak seberapa berbanding jasa mereka

Irfa said...

RAI..
oh ko pun sama.
sib baik tak jadi cikgu..kalau tak agaknya ada yg kena saman ngan mak bapak murid.hehe

Irfa said...

BANGSAWAN NILAI..
oh aku suka sajak,syair dan juga pantun
anak dara ada kol aku bagitau dia kena baca sajak masa majlis hari guru.bestnya kalau aku dapat tengok :)

lieynanilaz said...

nasibla kamu ada gift juga nak bagi..kalu idak mau si abam merajuk..haha.

Irfa said...

LIENANILAZ..
mmg bernasib baik pun.tak terlintas nak bagi frame tu.kalau tahu ada frame tu bolehla saya balut awal-awal.taklah malu letak dalam paperbag je

oren said...

akak buatkan 16 kad utk anak2 bagi kat cikgu-cikgi depa..

utk the boys, akak paksa depa tulis endiri..hahaha..sbb nampak kiut kalo depa tulis sendiri, walo herot petot..dh kul 10, mg ngantuk giler..last2 suh naufal stop tulis..sbb akak dah tak tahan sgt nak tido..hahaha..pg tadi, akak sambung tulis baki ucapan dlm kad tu...

selama mira skolah pon, tak pernah la mintak suh belikan hadiah utk cikgu2 dia..

Irfa said...

KAK OREN..
akak sangat gigih.kagum seketika saya membacanya :)
patutnya saya buat kad je tapi tak sihat so otak pun jem kejap
lagipun takde bahan nak buat kad.hehe *alasan*

IBU GEBU said...

tak apa Irfa, cikgu garang ni lah sebenarnya yg mendisiplinkan murid & mereka akan mudah faham apa yg diajar sebab takut cikgu soal tak dapat jawab kan...

*panjang tak komen saya... panjang tak, panjang tak?

Irfa said...

IBU GEBU ;)
terima kasih sudi singgah sini.
betul tu..sampai sekarang nama cikgu2 yg garang dulu,saya tak lupa.
cikgu yang biasa2..skrg dah tak ingat nama.hehe

*komen 3 baris..kira panjang la tu ;)*