Tuesday, May 15, 2012

Hati Kita,Hanya Kita Yang Tahu

dari emel..share dengan korang jugak.

pesanan Guru Mursyid

"Kalau kita hendak menasihati orang.Tanya hati kita dahulu, Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang".

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi BALA


komen aku pulak
'apapun yang kita buat dan kita lakukan..hanya HATI KITA dan ALLAH sahaja yang tahu apa niat kita.tak gitu kengkawan?'

8 comments:

Pok Amai-Amai said...

Betul-betul.

Rai said...

sikit sangat beza kedua nya..mungkin mula mula tu niat nak betulkan atau nak share..tapi kadang2 boleh jatuh menunjuk2..takut kan.. mcm kaki sebelah nak masuk syurga dah..tapi kaki sebelah lagi nak jatuh ke neraka..

Kakzakie said...

Betul nawaitu kita kena jitu. Lawan dgn hasutan syaitan yg membuat ada rasa riak/ujub/takabbur. Benda ini dtg secara halus kadang tak sedar... segera kembali bila tersedar...

aNIe said...

Setuju sgt Irfa... kalau ada ilmu...sebarkanlah dengan ikhlas bukan utk menunjuk2...

Anaa said...

senang citer diam je kan irfa.. unless kalau orang datang mintak advice baru ler bukak mulut, tu pun kalo ada nasihat.. kalau takde diam je la..

Irfa said...

RAI..
betul tu.
mintak jauh kita semua dr sifat riak

Irfa said...

ANAA..
lebih baik begitu.
diam itu lebih baik dr bercakap yg tak perlu

Irfa said...

KAK ZAKIE..
peringatan utk diri sendiri juga