Skip to main content

Miss Ahjumma..

hari Rabu yang lepas adalah ending drama korea yang aku follow,While You Are Sleeping.sib baik endingnya berbaloi aku menunggu 120 episod.(tipu je..aku tengok pun masa dah tengah-tengah kot).wajib duk depan tv jam 10.20 sampai kul 11.45 malam.hehe

ingat dah abis citer ni tak nak follow dah drama korea..konon nak tido awal tapi dah tersangkut pulak ngan drama baru Miss Ahjumma (kalau tak silap aku ahjumma tu maksudnya 'makcik').drama tu main 2 episod satu malam.eh!aku tak tahulah kalau ini adalah drama ulangan..tapi aku nak share jelah bagi yang minat nak tahu.oh!dia adalah memegang watak yang aku suka dalam drama The First Wives Club..dengan nama Na Hwa Sin yang juga memegang watak isteri yang tak dihargai oleh suami.dalam citer ni pun wataknya lebih kurang sama.



banner drama Miss Ahjumma



wataknya bernama Kang Geum Hwa yang berambut kerinting kasar dan suka berbaju besar gedobos..pakai lak spek besar.



ni muka sebenar dia..

JALAN CITERNYA LEBIH KURANG BEGINI..alahai 103 episod tu..malam tadi baru episod ke2.

kisah seorang pompuan yang cantik..berhenti kerja dan berkahwin dengan kekasihnya dengan harapan bahagia hingga akhir hayat.ada sorang anak pompuan dan seorang suami.hehe.duk serumah ngan mak mentua yang demand (oh!malam tadi mak mentuanya mintak katil king size dan lemari besar bila pindah rumah baru).

suaminya bisnes sendiri dan sekarang tengah mengalami masalah kewangan dan mungkin bisnesnya melungkup.tapi ini bukan kali pertama..dah banyak kali bisnes buka tutup tapi dia tetap teguh berdiri di belakang suaminya.kali ni dia mengikat perut sebab nak pindah apartment baru yang menjadi idamannya.

cuma yang akan menjadi konflik ialah bila seorang pompuan (juga kawan dia masa zaman muda dulu dan telah di ketahui umum memang sangat suka dan minat kat laki dia) dulu pompuan ni tak lawa..pakai spek mata besar dan bergigi besi (braces).sekarang pompuan tu dah balik dari oversea (haruslah Amerika..kalau oversea je america..letak la negara lain,Malaysia ke Nepal pun boleh gak.hehe).

dipendekkan citer,suami dia akan jatuh cinta ngan pompuan gigi besi yang dah jadi lawa dan seksi itu.bertambah tragis dia akan di ceraikan sebab laki dia nak kawen dengan pompuan tu dan lepas tu dia baru sedar selama ini dia terlalu menghambakan diri pada keluarga sehingga melupakan diri sendiri.mak dia sendiri kata 'tengoklah diri kamu?kamu ingat cantik ke pakai macam ni?'..sedih sangat bila mak sendiri kondem dia macam tu.dahlah pengorbanan dia selama ini tak dihargai oleh si suami..

dia lupa untuk memberi perhatian pada diri sendiri
dia lupa nak melawa sebab nak berjimat simpan duit untuk keluarga
dia terlalu percaya pada suaminya dan tak sedar selalu ditipu (dalam episod malam tadi..suami dia kat kelab minum2 dengan client sambil di kelilingi pompuan kelab malam..bila dia call terus tarik tirai yang background macam kat pejabat..bila bini dia 3G nampak macam dia kepenatan dan masih duk kat opis..cam hampas je kan?).so bila laki dia balik mabuk dan merungut penat..dia tak jadi marah tapi jadi kesian sangat kat laki dia tu.

okey..lepas ni katanya dia akan transform diri jadi lawa seperti sebelum kahwin dulu dan laki dia yang dah kawen ngan pompuan gigi besi tu akan gila talak kembali.mesti best kan?

okey..jangan lupa tengok yer..channel 393 hari isnin sampai jumaat ;)

babai

Comments

Mummy Sher said…
oh peminat setia korea ke. memang tak dinafikan cerita korea memang best-best!
RaFFLeSiA MeRaH said…
mlm td citer ni baru start kan??? akak skrg duk layan drama love you a thousand times...hehehe...
Irfa said…
SHERWIEYNA..
baru je jd peminat tapi mmg berhantu la
dah tak boleh buat keje lain bila dah tersangkut dgn drama korea ni
stu saya perasan..drama korea ni pelakonnya org yg sama je..takkan ketandusan pelakon kot :)
Irfa said…
KAK RM..
ha'ah..
baru start malam tadi
sy ada tengok beberapa kali cite 'love you a thousand times' tu tapi sebab dia main awal sangat.banyak keje nak buat..kalau 9-10 ke atas tu dah relex sikit.tp org kata citer tu mmg 'makan air mata' la..tu psl saya tak nak tengok.hehe
ainnoraini said…
best yee..
tak tengok la pulak..sebabnya kalau dah tengok melekat kat depan tv nnt...
Rumah Kuning said…
taknak tengokkk.... nanti terjerumus ke situ, susah nak melepaskan diri. hehehe
Ummi said…
irfa, akak follow love you a thousand time, roofprince dah ingat nak follow miss ahjumma,amalam ni nak tengok

ye ahjumma tu mak cik, jalan cerita macam boleh agak dah,....

irfa layan le love you a thousand time, best dan sedih sangat
Irfa said…
KAK AIN..
ala..tengoklah.mesti best hehe
lipat kain,makan,kalau boleh basuh kain pun nak buat depan tv
Irfa said…
KAK RUMAH KUNING..
bukan terjerumus lagi ni..dh tenggelam pun :)
gadisBunga™ said…
asal nak menghodohkan orang je, mesti spek besau dgn braces. iskkk. hahaha!
zino said…
tak pernah pulak tengok cerita korea ni.. so tak boleh nak komen la hehe
Irfa said…
ABAH ZINO..
tak payahlah tengok nanti nak kuar makan malam kat luar pun pikir 16x
hehe
Irfa said…
GB..
hah..itu lah pasal
kita pun pakai spek gak..huhu
Irfa said…
KAK UMMI..
roofprince pun layan gak tapi love you a thousand time tak nak follow sbb adik cakap citer tu sgt sedih..
Kakzakie Purvit said…
Kakak belum jatuh cinta dgn apa pun drama Korea.. bimbang kalau dah jatuh cinta tak boleh bereggang pulak hihi...
Anonymous said…
aa..ah kan..asal burok je, pkay spek & braces...emmm ~cikviva~
Angah said…
Rasa macam baca cerita sendiri jek hahaha...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')