Skip to main content

Patutnya Dapat 100 Markah

SELAMAT PAGI..dah sarapan ker?sebelum masuk opis,aku tapau bihun goreng singapore kat kafe.belum sempat makan lagi datang akak opis offer pulut kuning lauk rendang ayam.sedap pulak rendang tu..penyudahnya dua-dua selamat masuk perut.alahai..kenyangnya.alhamdulillah

oh ni nak citer pasal kecuaian si hero,abam.minggu ni dia periksa bahagian akademik.tapi macam biasalah..bukan menelaah sangat pun.salah aku jugak.hari ni mata pelajaran BMelayu,Math dan Sains.kesian budak-budak sekarang.darjah 1 dah belajar Sains.seingat aku dulu mata pelajaran Alam dan Manusia diajar masa darjah 4.

sambil kejut dia pagi tadi aku check beg sekolah dia,tengok alat tulis cukup @ tidak.so nampak la kertas ujian Jawi (exam last week) markah 96.senyum terukir dibibirku.hehe.tapi muskil jugak kenapa tak dapat 100.belek punya belek..2 soklan dia tinggal tak berjawab.

bila tanya 'kenapa abang tak jawab 2 soklan ni?'dia kata 'itu bukan soalan..tak payah jawab'.amboi..pandai sungguh menjawab.nak kelentong sapa ni?aku cakap 'tengok betul-betul.ini soalan tau.cuba abang bagitau jawapannya'..dan memang dia dapat jawab dengan betul.emm *tarik nafas..hembus*

kata aku 'lain kali baca betul-betul dan jawab semua soalan.sekarang abang dah rugi,patutnya abang boleh dapat 100 markah untuk mata pelajaran Jawi ni.tapi sebab abang tak jawab 2 soklan..abang dapat 96 je'.diam je dia bila aku membebel.

sebenarnya...lepas marah aku nyesal.selalu berlaku begitu..aku pernah baca tentang hal ni.katanya bila kita tengok kertas soalan,kita lebih tumpukan pada jawapan yang SALAH tapi kita abaikan jawapan yang BETUL.pelik tapi itu memang benar.

oh!aku dah minta maaf pasal ni.tadi sebelum dia kesekolah dah pesan..baca kertas soklan betul-betul dan jawab semua soalan.harap dia tak cuai lagi



gambar hiasan..abang dan adik masa balik dari kampung awal bulan tu ari

Comments

Aidah said…
Logik jugak tu. Dia pandai fikir maknanya, Irfa. Tahniah ya, abang, dapat markah cemerlang.
Assalamualaikum Irfa.. Ibu Yusuf singgah balas ziarah dan follow..

ps: bijaknya abang. 96% cemerlang!!
Choco Ani said…
Bila baca kisah Irfah tringat anak anak Kak Ani dulu masa sebaya dgn anak irfah memang ada berlaku dorang careless ketika menjawap soklah pekse.. sebagai ibu mmg kita beremosi bila berlaku gitu.. tak pa dik insyaallah dgn bimbingan dan doa Irfah dia akan berjaya.. ;)
Unknown said…
sebelum ko marah dia ko da peluk dgn cakap tahniah tak? hehe..tahniah abang..
Lady Windsor said…
Aiyokk rugi kan markah abam tu...kalau boleh nak pusing balik jarum jam mesti nak pusing kan Irfa, supaya abam jawab soalan tu. Im not a mother yet la kan tapi my eldest selalu mengomel juga pasal anak-anak dia yang tak cukup markah penuh, saya yang tukang beli pen dan pensil ni pun tukang tambah dengan ‘ugutan’ kalau korang tak dapat markah penuh, lain kali mummy tak beli dah pencil box princess...hahaha jahatkan guna sistem ugutan untuk buat budak-budak tu rajin...tapi rasa still ok lagi sebab derang sangat termotivasi...ok lain kali abam mesti berhati-hati tu..chaiyok lah abam!
NenetPenne (NP) said…
at least dapat 96 tu dah okay... janganlah marah dia... cian abam....
Beb....tadi Kakcik g KLIA. Dia nak jumpe ko tp takde phone no. Die tny aku, mslhnye aku ilang nombor ko (phone rosak). Ko bagi no ko boleh? Komen kat entri aku, t aku buang komen tu.
Irfa said…
FARA..

okey dah setel.kebetulan dah baca kat komen,kakcik ada tinggal no hp.
tapi aku tak publish komen kat sini sbb ada no hp.tq yer
Irfa said…
NET..
tak marah..geram je :)
lieynanilaz said…
bila ibu dah marah mungkin lepas ni dia beringat!1...
pandai la tuu...
tak pe lg sekali peksa mesti dpt100..
Irfa said…
KAK AIN..
baru darjah 1.tapi harap dapat kekalkan markah tu sampai bila2
Irfa said…
LIENANILAZ..
harap2 camtulah
Kakzakie Purvit said…
Sebagi ibu kadang kita memang lupa. Mata tuju terus yg cari mana yg dia jawab salah dulu... Anak-anak sebenarnya dah semakin pandai.
dee said…
Aku selalu hangin masa mark paper.silly mistakes selalu tjadik kat budak2 pandai.gerammmmmmmmm

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')