Thursday, May 31, 2012

Pilih Punya Pilih Punya Pilih.. Akhirnya,Langkawi Jadi Pilihan

assalamualaikum korang..........rindunya kat blog kesayangan hamba ni.dari pagi membawak kepetang sangatlah busy like bee..sebenarnya nak karang citer Cuti-Cuti Ke Langkawi tapi lupa bawak kamera.hehe.tak bestlah bercerita takde gambar.

okey takpe..apa kata kita citer macam mana Langkawi jadi pilihan cuti-cuti kami.sebelum cuti sekolah tu ari,duk pikir-pikir kemana nak bawak anak-anak bercuti.sebab ingat tiket free tahun lepas ada lagi lom guna.mula-mula tu fikir nak ke Beijing,China sebab teruja baca blog orang yang kesana.lagipun 2 orang kawan bersama family akan kesana.tarikh lebih kurang dengan tarikh yang kami pilih.cuma terfikir musim apa kat sana?musim durian ke musim rambutan?hehe.

dalam plan nak ke Beijing tiba-tiba tukar nak gi Korea pula.ni gara-gara terpengaruh dengan drama Korea la ni.dah terbayang-bayang dimata nak makan kimchi dan bibimbap.hehe.okey,masuk dalam list 2 tempat tersebut tapi bila baca blog kawan ni hati mula beralih arah.apa kata kita ke Istanbul?emm boleh jugak.

hatiku bagai lalang yang ditiup angin..sekali lagi beralih arah dan tukar lagi,pilih pula Amsterdam (tapi dah pegi takkan nak pegi lagi.kalau boleh aku cuma nak pegi bila musim tulip je) okey bantahan diterima..en Abe ada ura-ura nak ke Disneyland Paris lagi tapi kata aku 'kan dulu dah pegi?pegilah tempat lain pulak.kalau nak ke Disneyland..kat Hongkong pun ada' ok.tukar lagi.katanya apakata kita ke Chrischurch,New Zealand?aku okey je walaupun dah pegi NZ dulu tapi kami tak ke Chrischurch (betul ke ejaan ni?huhu) kata orang kat sana panorama kat sana lagi cantik..

pstttttttt kalau yang pertama kali datang sini jangan terkejut ingat aku kaya sangat siap boleh berangan nak ke obersea mcm gi Setapak je...kalau tak kerana tiket free tiap-tiap tahun aku pun tak mampu nak berangan gi oversea.tapi kali ni takleh gi oversea..dalam negeri sudah.

emm yang mana satu ni?

tapi..sesuatu berlaku tanpa di duga.masa ni lah kita boleh guna pakai kata-kata 'MANUSIA HANYA MAMPU MERANCANG..ALLAH JUA YANG MENENTUKAN'

Siputih,bukan kucing ye kawan-kawan tapi beliau adalah sebiji kenderaan beroda 4 yang sebaya ngan si hero(7 tahun daaa),tiba-tiba je beliau jatuh sakit setelah selama 7 tahun bersama kami beliau tak penah buat perangai..bukan sikit-sikit duit keluar bila sakitnya melibatkan engin..yang pernah mengalaminya pasti tahu berapa kosnya bila kereta sakit bahagian engin.bukan macam ganti cermin keta pecah.duit mengalir macam air terjun niagara.hehe.over sangat perumpamaan tu.

maka...ke Langkawi lah kami anak beranak.tak payah cop passport pun.jadila ye dari takde langsung..

cerita sebenar sambung esok....................(bajet retis la sangat)

8 comments:

NenetPenne (NP) said...

kalau i dapat tiket free mcm u tu, confirmlah i pegi..yelah i sorang je tak ada 'handbag2' bagai...

rezeki masing2 kan...

Rai said...

ahaha..ko baru balik eh..aku baru je email ko.. panjang umur..takpe la irfa..yang penting dapat bawak budak2 tu jalan2..

lain kali ada umur boleh pegi kat lain pulak.. kan tiket pree tu dapat tetiap tawonn..hehehe..

eh..aku nak tambah koleksi ko nih..ko pegi la tokyo disney..tak pun universal studio kat osaka..hahaha..

Nieda said...

Dalam Misia pun tak apa. Asalkan dapt cuti merehatkan minda dan bersama keluarga.

Arena said...

Adess, so plan2 sumer tu tak jadik? takpelah, at least belum book semua lagi, kalau tak haruuuu. Yelah camner kan kalau nak gi berjalan, tetiba tersengkek lak kan.

Irfa said...

NET..
yang diberi cuma tiket pegi balik je
lagi bagus kalau bagi duit poket,duit hotel dan jugak duit airport tax.hahaha.agak melampau semua nak free :)

Irfa said...

RAI..
tokyo disney pun bagus gak tu
aku tak penah go jepun..selipar jepun aku ada la
tapi org kata jepun segalanya mahal
ye ker?

Irfa said...

NIEDA..
betul tu..bentang tikar makan kat laman rumah pun saya okey je asalkan bersama yang tersayang ;)
(wah!ayat)

Irfa said...

ARENA..
kitorang kalau nak kemana-mana segalanya last minute je so takdelah risiko booking hangus.