Skip to main content

Pulangnya Kakak Ke Pangkuan UmieAyah

ni sambungan kisah semalam yang tajuknya 'Sabar Umie,itu kata kakak'.

akhirnya tepat jam 11.40 malam,en abe dan anak daraku selamat sampai umah.dengan susah payah macam naik tongkang rasanya.cik abe sampai rumah terus terbaring kepenatan dan tertido sampai ke subuh.

mana tidaknya..dari klia ke kota bharu naik flight cuma 55 minit tapi dari kota bharu nak ke kampung aku,ambik masa 2 jam.itupun dia sempat singgah umah atoknya kat Kok Lanas masa dalam perjalanan.sempat makan tengahari kat umah atoknya dan masa nak ke kampung aku,atok dan nenek barunya ikut sekali ke kampung aku.

lepas ambik kakak dan beramah mesra sejam dengan mak ayah aku..pecut pulak ke kota bharu..dengan jalan jem sepanjang perjalanan dan sampai airport kul 7.30 malam..seat pulak takde..aku yang duk umah rasa kecut perut risaukan diorang.entah dapat balik ke tidak ni?

kalau konfem tak dapat seat,sah lah kena tido hotel dua beranak tu..(kan pembaziran tu..tido kejap je tapi kena bayar beratus RM).keta pun disewa utk satu hari dan dah return pun.dalam proses nak tahu dapat naik ke tak tu berkali-kali sms/call..aku siap suruh hero tolong doakan moga ayah dan kakak dapat seat.

lega kejap sebab katanya dapat seat tapi selagi kapal tak tutup pintu dan berlepas tak berani nak cakap.kapal pulak delay sampai jam 9.00 malam (ramai jemaah haji..itu biasa berlaku sebab jemaah haji kebanyakkan warga tua..kes salah info pasti berlaku).

dipendekkan citer..alhamdulillah.ada 2 seat kosong kerana ada 2 penumpang yang ditunggu tak muncul saat akhir.TERIMA KASIH pada penumpang tersebut,aku pasti mereka ada masalah tersendiri bila mereka tak muncul dan harap masalah mereka juga dah selesai :).

okey..sekarang kakak dah selamat kat rumah.belum sempat nak bercerita panjang sebab umie kena keje.huhu.tak sabar tunggu sabtu ahad..emm *sambil merancang sesuatu dalam kepala'.

Comments

~Cik Sweety~ said…
alhamdulillah yea.. selamat dah smpai..(^_^)
Arena said…
Mesti seronok tu, anak2 dah balik. Haaa nakgi jalan ngan bebudak le tu yer.. Best! Have fun sis.
Aidah said…
Alhamdulillah dah sampai kakak. Memang taim cuti skolah, airport pun sibuk macam pasar borong. Nak bercuti kemana, Irfa?
Anaasuria said…
Alhamdulillah dah selamat sampai..
Aisyah said…
salam irfa...selamat bercuti sekolah..
Unknown said…
alhamdulillah..semuanya selamat..kan??
Mulan said…
alhamdulillah dapat 2 seat tu.. mmg seronok kalo semua ahli kelorga ada bersama...
paridah said…
wah dh ada anak dara sunti irfa ye...slmt brsma ank2 trsyng meraikn musim cuti sekolah..
NenetPenne (NP) said…
dari kampung u ke kota bharu amik masa 2 jam? jauhnyaaaaaaaa...... tambah 1 jam lagi dah mcm KL ke Johor jee..

ooo diaorang punya seat kena bergantung kepada kekosongan eh? naper tak beli je ticket? sorry tanya sebab tak tahu...
Irfa said…
NET..
ye..2jam lebih kurang la.punya la jauhkan.
kalau dekat mcm net,tiap2 minggu saya balik kg..balik jumaat,ahad malam baru balik sini ;)

nak murah pakai rebet dan kalau beli tiket awal pun takde gunanya..sbb kami cuma boleh naik bila ada kekosongan.kecuali la kalau beli fullfare mcm orang lain..(kalau fullfare itu maknanya sama la ngan org luar)
Irfa said…
KAK PARIDAH..
ha'ah..dah 11 tahun,anak dara sunti la org pangil ;)
Irfa said…
MULAN..
mmg rezki diorang sungguh la malam tu..kalau tak konfem kena tido hotel
Irfa said…
DIANA..
syukur semuanya selamat dgn izin Allah ;)
Irfa said…
SALAM KAK AISYAH..
sihat ker?lama tak dengar citer
selamat bercuti skolah juga ;)
Irfa said…
Anaa :)
ye..selamat
Irfa said…
KAK AIDAH..
ha'ah..mmg mcm pasar borong cuma takde bau ikan je.hehe
belum pasti lagi destinasi.mungkin dekat-dekat kot sbb bajet dah lari pada kereta yang tetiba buat hal.
Irfa said…
HAI SWEET HONESTY..
alhamdulillah ;)
Irfa said…
ARENA..
sibuk duk tanya 'nak pegi mana cuti ni?'
dorang tak tahu mak pak tengah pening ni..hehe
tapi akan cuba usahakan utk penuhkan masa cuti 2 minggu ni

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')