Skip to main content

Sabtu Malam,Pegi Dinner Kompeni

hai..selamat pagi Isnin.korang apa khabar hari ni?sihat ceria nampaknya..

emm apa nak citer yer?oh..ada citer.ni kisah sabtu lepas.aku dan cik abe pegi dinner yang di anjurkan oleh kompeni kami.sebenarnya dah lama aku tak join dinner kompeni.pertama kali join dulu..kalau tak silap zaman mawi baru kuar Af.dia jadi artis jemputan..majlis dibuat kat sebuah hotel area subang kot (dah lupa..sebab dah lama sangat lebih kurang 9 tahun yang lalu.gile lamanya).

kali ni majlis dibuat kat hotel sebelah airport ni je.lagipun bos sponsor tiket aku.nak jawab tak nak pegi melampau sangat la kan.so pegi jugakla walaupun pada awalnya agak buntu nak pakai apa.(pompuan biasalah..kalau boleh setiap majlis nak pakai baju baru.huhu.boleh botak kepala macam ni).nak pakai baju kurung pun rasa bosan je..dahla datang keje hari-hari pun pakai baju kurung.nak pakai jubah pun takde jubah yang cantik.lupakan pasal baju..

nak keluar rumah pun dah huru hara bila si kenit nampak aku siap berbaju lawa dia pun kelam kabut nak ikut,siap panggil abangnya 'abang.jom'.yang kelakar dia pandang aku dan pandang balik kat baju tido yang dia pakai.mesti dia heran 'kenapa aku pakai baju tido?kenapa umie tak tukar baju aku ni?'gitulah agaknya monolog dalam diri si kenit.bawak dia round satu taman dan tinggalkan dia tengah melalak dengan adik aku.sori ye dik,bagi can umie dan ayah keluar berdua malam ni.

majlis bermula kul 7.00 malam tapi aku kuar umah lepas maghrib.solat kat rumah lebih senang dari kelam kabut cari surau kat luar.tak perlu datang awal bukan tetamu kehormat pun.so kami sampai agak lewat tapi rasanya ramai yang sampai sama waktu dengan kami..sedang elok aku dapat meja,majlis pun bermula.aku dan cik abe duk meja berasingan sebab lain-lain sponsor.hehe.

majlis sangat meriah dengan celoteh Sarimah Ibrahim sebagai pengacara majlis dan Anuar Zain sebagai artis jemputan.ops..ada 2 pelawak (sorang india,sorang cina) aku lupa la nama diorang kalau tak silap sorang tu nama Logi kot.



Abang Nuar yang sedang mendendangkan lagu..yang membuatkan mak-mak orang lupa diri sekejap ;)

makan-makan pulak stail makanan cina.nak tambah banyak kali malu sebab aku duk sebelah suami bos (bos tak duduk kat meja pun sebab beliau ahli jawatan kuasa majlis).so makan ala kadar sebab malu di kata 'ai..hujan ribut pun tahu nak berenti'hehe.



hadiah bertuah milik en abe yang tiba-tiba jadi milik aku.hahaha.tak malu le tew

yang paling aku suka bila majlis macam ni ialah lucky draw.walaupun nombor aku tak naik..tapi nak jugak berlagak dengan hadiah yang en abe dapat.sebiji kamera digital jenama Samsung.aku target dapat I-phone @ I-pad.tapi bukan rezki.hadiah utama ialah sebuah tv 52 inci.harap-harap pemenang tu boleh muat tv dalam keta dia ;).yang pasti aku takkan dapat anugerah baju tercantik la kan..itu cuma dalam mimpi.tapi pemenang malam tu bajunya memang lawa sampaikan Abang Nuar pun tergamam tengok baju dia.tak rugi sewa baju mahal..berbaloi dengan hadiahnya.tahniah dik ;)

maaf takde gambar,sibuk tengok orang.hahaha.nak bergambar ngan abang Nuar pun tak berpeluang sebab segan nak berebut dengan orang.

majlis abis awal..kul 11.30 kami dah balik.penat dan sakit kaki sebab dah lama tak pakai kasut tumit tinggi..huhu.sampai je umah tengok si abam dan si adik terbongkang depan tv.sian kenit umie..mesti tido dengan airmata tu..

okey..tu je nak citer..daaaaaaaaaaaaaaaa

Comments

Kakcik Seroja said…
Sekurang2nya dapat juga hadiah. Tahniah. :)
Unknown said…
wah,dapat jumpa anuar zin,mesti best tu..hehehe
Arena said…
Wow bestnya dapat kamera... wee wiitttt.. aku paling best lucky draw ni dpt ipad masa kat London nun. Aku sikit pon tak stay for the draw sebab tau sangat aku sure tak dpt. Never was lucky. Sekali dapat. Nasib baik kat sana, jenis yang even though ko takde, still dia akan shipkan kat ko. Kat Mesia ni, memang tak merasala aku kan. Kalau takde masa hadiah diberi, dia cabut nombor lain kan. Anyways, selamat bergambar ria!
Kakzakie Purvit said…
Seronoknya dapat lucky draw tak kisahlah en abang yg dapat ke tapi org lelaki bukan guna sangat - mesti dia kata ambillah abang tak kisah....
MOKCIK AZWA said…
Mokcik pun jelesss la..pertamanya sebab dapat lucky draw hadiah kamera..w/pun cika abe Irfa yg menang hehehe..keduanya sebab jumpa Anuar Zain yang hensem itu hehehe..
Irfa said…
ARENA..
betul tu..kdg2 kalau berharap,bila tak dapat mmg rasa sedikit kecewa.aku yg berharap dapat no bertuah tp tak dapat.cik abe yang langsung tak bermimpi boleh dapat.

bab kalau tak datang cabut no lain tu mmg aku rasa ralat.aku duk target n aku 1171..sekali dah nak hujung majlis baru perasan no tiket aku 1170.huhu,rasanya mmg no tak naik pun.beza satu no mesti la aku perasan kalau ni naik ;)
Irfa said…
KAKCIK..
kiranya hadiahmu,hadiahku la ni ;)
Irfa said…
ILA dan KAK AZWA..
tengok dr jauh je.tapi sempat pegi kat pentas cuma takde keyakinan nak mintak bergambar.kalau tahu dia nak glemer macam ni..masa dia masih kerja sbg pramugara dulu saya dah ambik gambar dulu ;).
Irfa said…
KAK ZAKIE..
saya dah ada kamera tapi biasalah..jadi tamak haloba kejap.
mungkin yang dapat ni bagi kat si kakak :)
Syok beb. Aku tak merase g dinner yg siap ade artis ngan lucky draw mcm nie. Hatta dinner laki aku pun aku tak dibenarkan dtg sekali. Hampeh je.
Irfa said…
FARA..
aku pun dah lama tak join ni sbb anak-anak kecik tak sapa nak jaga.
nak hantar babysitter rasa tak patut pulak,org tu nak rehat malam-malam.sib baik ada adik yg offer sukarela nak tolong jagakan.

mmg aku ada dengar sesetngah kompeni cuma bagi staff je join tapi pasangannya tak.kami ni harga tiket staff lain,spouse rega lain.
Unknown said…
oittt..jelesnya..aku tak pernah menang cabutan bertuah..memang tak pernah nak bertuah..adesss..

besla company ko..siap jemput abang nuar lagi..haihh..ada keja kosong tak? agak2 yg gaji 4-5riban..hehehe..
Irfa said…
RAI...
jangan jeles aaaaaaaaa
org punya,ngaku aku punya.hehe

keje kosong?boleh boleh
nak borang klik X atas belah kanan tu
*SiRibenMerah said…
skang neh memang musim dinner office.. hehe
NenetPenne (NP) said…
i rasa kan ada orang komen pasal dinner ni..i mean previous dinner...
mcm dulu dia komen kata annual dinner bawak anak..pastu anak tak dok diam...merayau sana sini..
sib baik u tak bawak anak u...


oooh abang nuar... i lap u... ha ha..
Irfa said…
NET..
bukan nak kata la (jgn ada yg marah pulak)
nak gi dinner pejabat ni kalau boleh janganlah bawak anak
semeja ngan saya malam tu ada la 5 org budak (anak staff sib baik dah besar jugak tapi yang paling kecik lebih kurang 6 tahun,duk ketuk pinggan dgn sudu)sib baik lepas mak dia marah dia duk diam.saya pun xleh komplen lebih2 sbb tiket free.cer bygkan kalau org bayar mahal2 tapi gangguan sebegitu.mesti angin..(sbb tu dah lama x join dinner sbb taknak bawak anak.hehe)

abang nuar tak datang meja kami pun.huhu
Irfa said…
SIRIBEN MERAH..
igt buah durian je ada musim
dinner pun ada musim gak yer
Lady Windsor said…
wahhh tak adil! tak adil! nape i tak bleh tengok abang nuar nyanyi tewww...pasti mak-mak orang tak berkelip tu kan...ahaaa i tau sangat...masa i tengok kat sime darby dulu..mak-mak orang jugalah yang tak sedar diri...tapi dia tu best kan..lumayan sungguh suaranya..heh!
dee said…
Bab dpt cabutan bertuah mmg best! Ko pakai baju kaler ape? Suara abg nuar mesti sedap ek.....
Irfa said…
LW..
abang Nuar ex staff kami.selalu jugak dia jadi jemputan.tapi ini kali pertama saya join dinner yg dia jadi jemputan.

suara dia mmg sedap.tak sedar 4 lagu dia nyanyi..rasa kejap sgt.masa tu mak2 orang lupa pasangan.tapi saya tak la..hahahha
Irfa said…
DEE-DEE..
no aku je tak bertuah .hehe
aku pakai baju kaler biru.gambar ada tapi segan nak tunjuk.
NenetPenne (NP) said…
haa tu lah yang ada orang tu komplen tu... sib baik dapat parents yang tegur anak dia..kalau dapat jenis yang tak tegur? main biar jer?? cemana??? huhhh tak terlayan tau...

he he i dah tengok female yang menang best dress tu..perghhh baju dia ala2 ada api gituh..warna merah... tapi ada gak yang vogue2 giler... bareback, silver gown..mengancam abis laa staf2 syarikat u yer...
NenetPenne (NP) said…
perghhh i dengar dia nyanyi 4 lagu, reganya ribu riban.. anjat gegurl tau..... memang kayolah anuar zain nih...
NenetPenne (NP) said…
tunjuk laaa...
kalau malu, blurr kan muka u...boleh? :P
Irfa said…
Net..
dah tengok dalam fb ker?tulah pasal..tiba2 rasa macam sayala paling tak menyerlah.hehe.diorang mmg dressing berani mati punya ;).maklumlah sekali setahun
Irfa said…
net..kena solat mintak petunjuk nih :)
NenetPenne (NP) said…
mahu tak menyerlah kalau sewa baju je dekat ribu2?
tak perlah irfa, dah berbaju tu pun dah cukup baik... kan..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')