Skip to main content

Evening Primrose Oil (EPO)

PAGI NI..cuba ubah rutin,sentiasa ingat untuk makan ni..beli je pandai,makan culas.boleh?


bila nak abis agaknya ni?ini baru botol pertama tau

Apa kebaikkan Evening Primrose Oil (EPO)?kalau rajin sila baca kat SINI,SITU dan juga SINUN..tak rajin nak klik?takpe aku rajin so aku copy paste untuk korang..

*-------------------------*

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO
Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah
**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.


*---------------------*
TAPI..aku nak citer la kisah pengalaman aku dengan EPO ni.senang citer aku ni mudah sangat terpengaruh.tak kisahla iklan tv ke @pun testimoni dari blogger..cepat sungguh tergoda tapi orang kata 'hot-hot chicken shit'.beli je tapi berzaman nak menghabiskannya..so mana nak nampak kesannya?

tu ari yang kisah jumpa kawan zaman sekolah yang datang promosi vitamin kat opis aku bulan lepas..aku beli ngan dia (rega pastinya lebih murah dari beli kat luar la..kata rega kengkawan kan)..pek berkembar 2botol.dalam tu ada 60biji x 2 botol=120 biji.kata kawan aku tu..makan 1 biji sehari pun dah cukup sebab itu 1000mg.so stok boleh tahan untuk 4 bulan.

tapi............dah nak sebulan jugak aku jumpa dia kan?yang pelik..setengah botol pun tak luak lagi.camner nak kulit cantik ni?huhu...alasan tipikal LUPA.

senang citer..tak guna beli produk mahal-mahal tapi culas nak makan.sama jugak dengan produk kecantikkan.baca blog orang pakai Tabita Skincare aku pun teruja.baca lagi blog orang makan Catalyst aku pun nak terai.tapi belum beli pun aku dah tahu..kalau aku beli sah-sah akan jadi hiasan atas lemari.lama-lama masuk dalam tong sampah sebab dah expired.

tapi itulah pompuan..pantang dengar petua/tip nak cantik laju je tak toleh kiri kanan.sapa taknak cantik kan?kenit aku yang 2 tahun tu pun tahu nak cantik.asal pakai baju baru je mesti cakap 'mie..tanteknya'


ni version pakai tudung



ni version free hair ;)

korang camner?
rajin ke makan supplement?
ker culas cam aku jugak?

Comments

Acik Erna said…
dik kalau lupa nak makan dirumah..bawak pi opis..letak atas meja..nampak je botol tu terus makan sebiji..kot lupa[un sabtu ahad je sebab tak kerja..
Irfa said…
KAK ERNA..
mmg pun.yang dalam gambar ni stok kat opis
satu lagi letak kat umah..tak makan jugak x tau la
Anaasuria said…
k.anaa sama macam irfa.. culas.. akak kena makan calcium tau.. 2 botol satu kat ofis satu kat umah.. hampeh.. ok, skang jugak akak makan.. haha..
MOKCIK AZWA said…
Me too memang culas nak makan ubat atau supplement atau sewaktu dengannya..makan lunch dgn dinner jer selalu nak on time hehehehe...
Unknown said…
aku letak kat opis..dah ada depan mata tu makan je..

kalau macam kalsium magnesium tu aku makan sebab tak tahan lenguh..bila tak makan rasa lenguh (dasar kurang minum susu) so basically aku makan sebab rasa ada perubahan..bila ada perubahan tu motivated la sikit nak makan..plus..kalau lupa je ada orang tolong bebel eh tolong ingatkan..hehe....
Mulan said…
eh ehh.. kita makan brand yg sama... culas jgk ni..
Kakzakie Purvit said…
Kalau baru mula memang kadang terpula tapi kalau dah jadi rutin lama-lama mesti tak lupa. Cuma bila ingat jgn ikut kata hati "nantilah" haa... alamatnya akan lupalah..
sweetie said…
Samalah kita Irfa, saya ada satu kotak, doktor yang kasi tp sampai la ni tersimpan kemas dalam kabinet dapur, rasa2nya dah setahun lebih, tak berusik. Evening Primrose Oil apa kata kalau tukar 'Evening in Paris'.
lieynanilaz said…
saya pun macam kamu....culas tapi sekarang ni jadi rajin bak kata Rai ....ada keperluan..hehe.
fieda said…
saya pun culas..hihihi..
mummY daniSha said…
sy rajin beli tp malas nak makan heehee
Aidah said…
Akak dulu culas jugak. Tapi sekarang ni tak lagi sebab bila dah tua ni kalau ponteng makan, ha siaplah esok tu mesti rasa sakit2 badan. Akak makan EPO ni sbb PMS symptom akak teruk jugak tiap bulan. Sekarang dgn izin Allah, EPO tu membantulah sedikit sebanyak.
Rumah Kuning said…
saya pun sama. hangat2 tahi ayam. lastnya, masuk tong sampah.
Leney said…
eh..sama . Kita pun makan ni..tapi dah lama habis..dan dah lama tak beli lagi.
Zareda Norman said…
Kak zar rajin beli dan rajin makan.. Hehehe rutin pepagi makan spirulina. Sampai opis amik kolagen dgn air suam. Sebelum tidur makan kapsul jamu. Tu lah rutinnya.. Pu out station pun tak culas siap beli bekas ubat mini tu.. Hehehe

Makan vitamin ni bukan cukup sebulandua, kena rutin. :-) good luck irfa
Irfa said…
KAK ZAR..
patutla akak cantik dan berseri2..rajin makan vitamin rupanya.kena belajar dengan kak zar lah ni.
Irfa said…
LENEY..
beli nanti jgn lupa makan sampai abis ye ;)
Irfa said…
RUMAH KUNING..
sangat membazir kan?
umur dah meningkat ni kena cari supplement jugaklah
badan cepat penat.huhu
Irfa said…
KAK AIDAH..
terima kasih berkongsi cerita
tiba2 rasa bersemangat nak makan EPO :)
igt nak belikan untuk mak kat kg jugak..
Irfa said…
KAK ANAA..
okey..gi makan sekarang.jgn culas-culas ye ;)
Irfa said…
KAK AZWA..
hahaha..makan nasi je tak miss ;)
saya pun..kalau x makan nasi harus gigil
Irfa said…
RAI..
aku perasan 2,3 hari ni selalu kena macam kita mengandung tu
simpul biawak orang kata.
pelik jugak sbb tak mengandung kena macam tu
tiba2 rasa nak minum susu.huhu
Irfa said…
M.U.L.A.N..
epo ni ada banyak brand kan?
tapi khasiatnya sama je :)
yang penting kena makan ,bukan beli tapi simpan je
Irfa said…
SWEETIE..
dah expired tu mmg kena buangla.rugi je kan?
evening in paris?ai like
ada lagu kan?

i love Paris..in the summer.hehe
Irfa said…
FIEDA..
so?jangan culas-culas ye :)
Irfa said…
Mummy Danisha..
makan ..jangan tak makan :)
Irfa said…
LIENANILAZ..
dah tekad taknak culas-culas lagi
nak sihat..nak cantik sebab nak tengok anak-anak membesar ;)
Irfa said…
KAK ZAKIE..
penyakit 'kejap lagi lah' @ 'nantilah' tu yg buat supplement expired dan berakhir dalam tong sampah.
kena jadikan rutin ni..barula tak lupa
Anonymous said…
salam,,, nk citer pngalaman skit,,, hehe,,, bg yg malas n culas nk mkn EP0 ni,,, nk suh semangat skit,,,hehe,,, sy sart amik EP0 ni masa um0 24 thn,,, n0w sy dah 30,,,tp bila sy cakap um0 sy dah 30 mesti 0rg xcayer,,, hehe,,, 0rg akan cakap um0 sy 23 0r 24 cam 2 jer,,, siap ada yg cakap sy mcm budak masih blajar,,, da m0ral 0f da st0ry,,, jgn culas2 mkn EP0,,, ia sangat baik untuk kita kaum wanita,,, dan awet muda,,, ;-)
Anonymous said…
hai..nak bagi testimoni ttg EPO ni ckit..hehe sblm ni sy mgalami mslh kulit-bjrwt, kulit kasar, kombinasi kulit kering dan bminyak.
dah cuba mcm2 produk n facial tp kesannya xmemuaskan. dpt tau EPO dr kwn, katanya teman kakaknya mgalami mslh jrwt dah bkurangan stlh mkn EPO dr cosway..mula2 masi was2 and sy search la kebaikan EPO..kononnya dpt seimbangkn hormon n sy rsa mslh jrwt ni dsebabkn hormon..yelah msuk usia 20an bru kulit mula bmslh..

akhirnya beli kat watson lagi murah sma mcm gmbar kat ats..hehe skg dah msuk botol yg ke4. mmg nmpk hasil yg ktara pd kulit sy..jrwt hmpir xda lg, kulit xbminyak..EPO mmg baik sbgi awet muda..org sngka masi budak sklh mngah..hehe

nsht sy rjinkan mkn EPo, utk kesan tbaik mkn 2biji sehari(1000mg)!!:)
nurul iman said…
i makannnn..i makan GLA shaklee..amek kauu..x main EPO..dia sebut GLA teruss..
jemput datang blog saya goldenlounge.blogspot.com
Anonymous said…
Cara pengambilannya mcm mn ye...
Irfa said…
#Anon 16sep/1:16am
tq kongsi pengalaman.saya ni kdg2 igt saya makan,,kdg2 sminggu lgsung tak makan.huhu.kena istiqamah utk cantik sebenarnya..jgn buat sekerat jalan

#Anon 07Nov/11:18am
wow...satu lagi testimoni yang bagus untuk dikongsi.tq ye..lagi bersemangat bila baca komen ni :)

#Golden Lounge..
penah dgr shaklee tu..rega pun boleh tahan jugak ;) so belum mampu nak beli yg mahal,beli epo jenama biasa2 je dulu

@Anon 21nov/9:58am
makan macam makan ubat tu je
telan..dan minum air :)
sebab dia sejenis gel lembut so xleh la nak kunyah
Anonymous said…
Sya ada problem haid kluar ckit2 berbelas hari nak abis..jiran sya syorkan mkn epo ni. Saya bli kat watson dua botol yg beso punya. Baru setngah botol saya mkn.haid saya menderu keluar sperti saya anak dara dulu2. Jiran saya dia setahun kawin blm ada anak..doktor syorkan amalkan mkn epo. Then dlm 3.4 botol. Dia mengandung.Alhamdulillah.
Anonymous said…
Aku pun ada beli jgk epo ni kt watson..dua botol. Ntah bl nk abis..coz aku ni jenis yg ingat2 lp bab2 nk telan suplement ni..hehe. Bkn setakat epo aje..berlambak lg kt almari aku ngan mcm2 jns produk. Biasa la..pompuan pntg dgr or lihat iklan produk2 kesihatan n kecantikan ni..mula la teuja nk cuba. Tp jns xsbr..mkn smggu dua klu xnmpak ksn tu..ml la mls nk mkn..hehee
YatieOwner said…
assalamualaikum ;)
PG baru nak ambik EPO ni ;)
ok tak sis?
Unknown said…
Alhamdulillah..saya skrg masih mngambil EPO + Fish Oil..dulu saya selalu kena keradangan sendi hingga terpaksa kerap MC..tapi sejak sy mgambil EPO + fish oil masalah tu Alhamdulillah dapat diatasi hingga sekarang..ia juga baik utk sesiapa yg menghidapi GOUT..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')