Skip to main content

Happy Birthday KLIA yang ke 14

tadi macam biasa la..kebangunan sebelah ambik dokumen.sambil berjalan ke destinasi aku suka tengok gelagat orang.macam-macam ragam orang nak naik kapal terbang ni.dah 14 tahun aku kat sini sejak usia 19 tahun lagi..macam-macam perkara yang berlaku selama aku kat sini.contoh situasi yang biasa aku tengok:

1-yang nak fly sorang je tapi yang menghantar sebiji bas.ada atok,ada nenek,pakngah mak ngah,pak lang mak lang dan juga anak-anak kecil.mungkin nak terbang jauh..dan lama lagi baru nak jumpa kembali.

2-adegan bergambar setiap penjuru dengan bermacam aksi.pendek kata semua papan tanda nak di ambil gambar sebagai kenang-kenangan

3-salam-salam dan peluk-peluk sebelum masuk balai berlepas.itu biasa je tapi yang luar biasa ialah aksi 'comolot dengan ghairah' sampaikan aku malu sebab tertengok.kalau suami isteri mungkin buat kat umah je.tapi tak mustahil juga mereka suami isteri ;) tak baik buruk sangka kan?

4-pengumuman kanak-kanak yang di jumpai 'perhatian kepada ibubapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 2 tahun,berbaju petak-petak hijau dan seluar biru.sila datang ke kaunter penerangan di aras 5'yang ni buat bulu roma aku tegak..takutnya bila bayangkan anak sendiri yang ketakutan sebab terpisah ngan mak ayah.

5-adegan ayam itik.ini selalu berlaku bila penumpang yang sesat mencari arah dan tak tahu pula berbahasa Inggeris apatah lagi BM.yang dia tahu cakap bahasa dia je..selalu berlaku pada warga India @ China yang asal dari sana.

apa lagi yer?cukuplah takat ni..yang pasti tadi aku dengar pengumuman 'hari ini adalah sambutan Klia yang ke 14.jika hari ni adalah hari jadi anda sila datang ke pentas untuk menuntut hadiah'

wah.bestkan..sib nasib bukan baik besday aku.kalau tak aku pun harus dapat hadiah ;).mana boleh tipu sebab dia mesti mintak ic sebagai bukti kan?hari ni besday korang ker?kalau korang besday hari ni..dan rasa nak dapat hadiah..datangla.kalau tak dapat jangan salahkan aku,sila salahkan announcement itu.

tata

Comments

Eh, yeke? Sape2 yg bday sama dgn KLIA boleh dpt hadiah?
Irfa said…
FARA..
itu la yg aku dengar tadi.nape?besday ko ker?
cheqna said…
beshnya...
ermm situasi2 yang disebutkan biasa ditengok =)
ZieMarziah said…
eh KLIA dh 14 tahun?cepatnya masa berlalu..dah nk wujud KLIA ke2 dah pun
Anaasuria said…
heee..kalo bday akak hari ni pun, akak tak gi kot KLIA tu mintak hadiah.. jauh kemain..takut tak berbaloi gi.. heee..
asyifamustaffa said…
wah....sape besday ari nie syok la eh.....:)
Kakzakie Purvit said…
Agaknya dah naik jelak dah adegan macam-macam tu yg tertengok ye. Tak sangka ye dah 14 tahun KLIA. Kakak rasa masa buka tu kakak baru nikah tapi tak rupanya sebab kakak nikah 17 tahun dulu...
Kakcik Seroja said…
Salam Irfa.

Boleh tak Irfa sms semula no hp Irfa kat kakcik?

Susah hati betul kakcik bile kebanyakan nombor kawan2 dah hilang. Kalau kakcik ke KLIA nanti, tak dapatlah nak jumpa Irfa sebab nombor dah takde. :(
Unknown said…
eh bday aku la hari ni...:P

serius takde mood...
Acik Erna said…
dik..teringat lagi..14 tahun dulu la kita jumpa..
ada budak pompuan pakai baju kurung rambut ikat ekor kuda datang ke kaunter domestik..tanya2..sudahnya boleh berbual mesra.kecik..kurus je masa tu..tapi tak kata sekarang ni dah besar tau..tetap comel macam dulu..bertambah comel sebab ada anak2 yang comel2.
Irfa said…
CHEQNA..
kan?
suka tgk gelagat manusia
ada ketika senyum sendiri ;)
Irfa said…
SHAHZEE..
ye..Jun 1998 beroperasi
kejap je dah 14 tahun saya pun x sedar masa berlalu begitu cepat
klia 2 dalam pembikinan
Irfa said…
Anaa..
hahahha..kalau jauh semata2 utk itu mmg tak berbaloi
bukan dekat2 ..baik la duit minyak tu beli hadiah sendiri ;)
Irfa said…
ASYIFA..
saya pun tak tengok ada tak org datang ambik hadiah
saya cuma dengar announcement tu je..tak jenguk pun tpt tu
malas nak naik sekali lagi
lainlah kalau besday saya ;) konfem lari laju2 nak ambik hadiah
Irfa said…
KAK ZAKIE..
sesekali ada gak rasa bosan tapi itu time mood takde je
tapi dag periuk nasi kat sini..redha jelah
Irfa said…
KAKCIK..
okey..dah sms ;)
ada rezki jumpa la kita
Irfa said…
RAI..
bday ko?
meh aku tolong collect kan hadiah onbehalf.boleh?
mood ko gi mana?
Irfa said…
KAK ERNA..
*malu*
tapi budak pompuan tu comel tak?dia peramah kan?
tingin nak kenal ngan dia..kim salam la kat dia kalau jumpa
hehehehe
-Sara- said…
oo kje klia kee..keje apa kat sana..kelakar lak baca situasi2 tu..hehe..bestnyaa klia bg adiah ek ;)
♥cikmOt♥ said…
hai...datang ni...owhh saya keje kat dca...irfa keje kat mana plak ni...
Irfa said…
SARA..
ye saya keje kat klia.
keje biasa2 je ;)
Irfa said…
CIK MOT..
oh dah agak dah DCA sbb nampak gambar depan bangunan Dca tu.
Saya kat klia,sepang..
Nieda said…
mcm2 gelAGAT ORG , maklumlah tmpt org nak berpisah . yg no 3 , free je org tengokkan.
NenetPenne (NP) said…
sure i suka kalau kerja kat situ... ooo bukan setakat boleh tengok gelagat orang malah boleh beli mcm2 barang kat duti free shop... he he he
Irfa said…
NIEDA..
betul tu.
mestilah mcm2 benda nak pesan bila bepisah lama
bab no 3 tu kalau bulan posa boleh kurang pahala puasa ;)
Irfa said…
NET ..
bagi yang ber'uang' suka la kot sbb banyak duty free shop
kalau yang poket tipis makan ati je la tak pun sakit mata sbb asyik tengok barang je..belinya tak pun.hehe
Unknown said…
akak pun suka tenguk gelagat orang kat airport..
Yunus Badawi said…
Untunglah org yg besdaynya pada 29 Jun. Tiap2 tahun boleh pergi KLIA ambik hadiah ... hehehe
happyichigo♥ said…
salam singgah kak irfa..
oh saya sangat suka pergi klia..tapi asyik dtg untuk tunggu org balik from overseas lah...empunya badan entah bile boleh gi bercuti.. kerja sejak 19 tahun kak? wow...! lamanya!
Kak Nik Ja said…
mokwo kalau gi airport..mesti mokwo gi toilet n beli choclat..hihi
Irfa said…
KAK INA..
gelagat yang membuat hati ;)
ragam2 manusia
Irfa said…
YB..
saya tak pasti la sebelum ni ada ke tak sambutan mcm ni
baru kali ni saya tau sebenarnya
Irfa said…
HAPPYICHIGO..
tq sudi singgah sini
kalau dah hari-hari ada gak rasa jemu
tapi dah mmg tpt keje kat sini..hadap jelah
dah lama ..sejak lepas skolah lagi kat sini ;)
Irfa said…
MOKWO..
knape?sbb toiletnya bersih rasa nak baring dalam tu ye?hehe
kalau toilet kotor mesti kena komplenla sbb org bayar airport tax

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')