Skip to main content

Hari Ni Aku Raya dan Cara-cara Mengorek Telinga

boleh gitu?Ramadhan lagi sebulan tetiba dah raya ;)
Taklah..sebenarnya nak citer yang semalam aku baru je abis ganti posa
Berlagak la kan sebab dah abis ganti sedangkan orang lain dalam bulan Syawal pun dah abis ganti siap ngan posa 6 lagi.huhu..malu
pada yang belum ganti..cepat ganti
(wah!berlagak tu sebab dah abis ganti posa)

masa aku posa semalam..aku lalu depan satu kafe.selalu okey je lalu situ.tapi bila posa rasa lain sangat.mana tidaknya..bau nasi lemaknya menyucuk-nyucuk hidung aku.rasa macam nak tapau untuk buka posa tapi melampau la kan.masa tu baru kul 9.00 pagi..sah2 basi bila nak makan masa buka posa.itu memang dugaan.sebabnya..bila aku lalu pagi ni,baunya tak la sehebat semalam.sebab aku dah tak posa...nampak tak kat situ,semuanya dugaan bila kita sedang posa.semua nampak sedap..hatta pucuk jambu pun nampak sedap macam daun salad..hehe

semalam aku buka posa dengan nasi goreng sardin yang dipuji sedap tahap langit ke 7 oleh si abam,katanya 'abang tak boleh nak bercakap sebab sedap sangat,umie boleh masuk masterchef mesti akan menang'aku tak tipu tau,dia yang kata.tak caya kalu,cer sms dia kat no ni 3444444 sms tak dapat-dapat.hehe

malam tadi tak lena tido eh!masa tu aku belum tido lagi.baru jam 10 malam..tetiba kenit menjerit-jerit sambil cucuk cari nya yang comel tu dalam telinga 'akit tinge..akit tinge' aku dah cuak bila anak sakit,nak pulak sakit kat tempat yang aku tak nampak.dah intai dalam telinga tak nampak apa-apa pun.seperti biasa..mengadu pada 'tuan tanah' dan suh beliau cepat-cepat balik.oh!beliau keje shift petang tapi terpaksa balik awal kerana mendapat panggilan kecemasan.sementara menunggu 'ayahku pulang dari kerja' aku yang kesian tengok dia melalak tu..aku tepuk + peluk + dan bagi ubat demam..hehe.tak lama kendian dia pun tido.ngantuk sebab ubat kah?so..bila ayahnya sampai,cikenit cikebum udah pun tido..tak jadilah nak gi klinik.

sib baik pagi ni..dah okey.takde ngadu 'akit tinge lagi'lega mak,nak.



ni cara mengorek telinga yang betul yer..jangan pulak korek ngan pen @ lidi @ batang mancis..jagalah telinga anda untuk pendengaran jangka panjang..hehe

Comments

asyifamustaffa said…
arghhhh tdkkkk...sy blom bole raya lagi....masih berbaki lagi nie.........huhuhu....
Unknown said…
kecik2 dulu guna klip rambut yg warna hitam tu.. haha..

tapi kan..kalau budak kecik kena guna jari kecik dia ke jari kita..aku tanya serius ni.. ko jangan gelak ok...
Irfa said…
ASYIFA..
cepat-cepat ganti..Ramadhan just around de conner ;)
Irfa said…
RAI...
hehe aku igt lagi klip rambut kaler hitam tu.penah gak buat

pakailah jari kelingking ko..kalau nak suh dia buat pun boleh gak tapi masalahnya kalau besar anak aku dan anak ko tu igt senang ke nak suh dia buat..lainlah kalau yg dah besar ;)
Mulan said…
yey yey dah raya lama dulu sbb dulu2 sokmo buat adegan puasa ganti di ujung tanduk syaaban..

korek telinga sangat mengasyikkan...
pB said…
poso ado sari lagi hok tok gatie

ingat dok dulu dulu
orghe tuo-tuo , dio ado sor alat untuk ngorek telingo ni

macam batae kesek , tapi panjae.
Buat dari besi gitu.
Kat hujung bendo tu , dio ado le'kuk sikit ....


rajing kelih kor tidok nie?
*SiRibenMerah said…
hehehe.. info yg org slalu tanak amek tahu.. bagus2.. nice sharing~
Kakzakie Purvit said…
Dalam keluarga kakak ni bab korek telinga anak-anak semua abang yg buat. Kadang mama dia pun papa dia yg buat sekali. Gilir-gilir. Biasa abang guna cotton bud bubuh minyak baby johnson dulu lepas tu baru guna alat pengorek yg ada jual di pharmacy. Kakak tak pernah buat takut.
Irfa said…
M.U.L.A.N..
bagus gitu..lagi lama tangguh lagi malas.tahun azam nak ganti cepat2
hehe..

korek telinga kerap sgt pun x elok
Irfa said…
KAKPB..
hok sari tu yang liat nok gati tu.
cepat2 la gati jange tunggu lagi

mesti la tahu ngorek telinga besi tu
hok tu sedap tu..tapi bahaya bagi budak2
Irfa said…
SIRIBEN MERAH..
sama2
sharing is caring katanya ;)
Irfa said…
KAK ZAKIE..
so sweet ;)
korek telinga pun jadi xtvt keluarga ye
selalu pun buat gitu gak..buh minyak johnson kat cotton bud
Aku pnh kene mrh dgn doc sbb korek tinge
Die kate, taik tinge akan kua secara semulajadi. Klu kite korek, kemungkinan nak dpt jangkitan kuman tu tinggi. Tu yg bt sakit tu. So, beb...be careful tau!
gadisBunga™ said…
dulu saya tukang korek telinga adik2. sebab pantang tengok telinga diorg berta*k!
Acik Erna said…
dik..tengok2 kan jugak lagi tu..takut berulang..sebab masa adik kata sakit tu..tak tau sebab apa.
NenetPenne (NP) said…
i just korek dgn cotton facial tu jer... kang kalau pakai cotton bud, tercucuk gegendang telinga..kang pekak pulak...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')