Skip to main content

Kampung Itu,Selepas 20 Tahun Berlalu

lalalalala.........gembira la sebab masuk-masuk keje dapat 'hadiah'dari sorang akak yang baru balik cuti-cuti ke Beijing.emm..boleh buh telekong..cantik kan?tq kak ;)



okey nak sambung citer yang dah nak basi.ni sambungan Walimatul Urus Sepupu Di Pahang yang aku pegi Sabtu lepas.majlis besar hari sabtu,akad nikah hari Jumaat tapi Jumaat tu aku masih keje,so takdelah dapat tengok sepupuku itu berjabat tangan dengan tok kadi.

JUMAAT..lebih kurang jam 9.00 malam,kami (aku dan 4 orang adik) konvoi 2 keta ke Pahang.dan sorang sepupu yang duk Gombak pun join kami kat tengah jalan.aku bajet perjalanan dalam 5 jam la kot sebab aku ingat kami akan lalu jalan biasa yang selalu guna balik kampung tu.rupanya aku silap,kami lalu jalan lain..terus ke Jerantut.tak lalu Bentong pun.

perjalanan lancar..kejap je dah jumpa kampung MakNgah lepas pekan Kuala Krau tu.dalam 3 jam setengah la perjalanan kami.kawasan kampung ni join ngan felda tapi rumah diorang jenis rumah kampung bukan jenis felda yang sama patern tu.

sampai-sampai je tengok rumah-rumah kat situ sangat meriah.masa ni aku macam samar-samar 'ini ke kampung yang aku penah datang 20 tahun lalu?'.jalan-jalan dan rumah banyak dah berubah tapi yang menguatkan ingatan aku ialah ini..4 kolah besar yang betul-betul terletak sebelah kanan rumah makngah aku tu..

kolah besar yang menyimpan banyak kenangan

kolah besar yang berkembar 4 biji ni banyak menyimpan nostalgia aku 20 tahun lalu..kedudukan kolah tu betul-betul sebelah umah MakNgah aku.

rumah mak ngah,sedikit berubah dari rumah asal

20 tahun lalu..kolah ni sangat meriah kerana hampir seluruh penduduk kampung datang mandi-manda dan mencuci kain kat sini.tapi sekarang kolah tu dah kering..semua dah pakai paip dalam rumah so tinggallah kolah ni dimamah usia.


rumah tumpangan kami hari itu

ni pulak rumah sedara yang kami tumpang tido..selesa sangat macam duk umah sendiri je..aku cakap kat mak aku 'kalau umah selesa macam ni.duk 5 hari lagi pun boleh'.adik aku yang paling susah nak tido umah orang tu pun kata selesa.adik aku yang sorang tu seboleh-boleh memang nak elak dari tido umah orang.kalau dekat-dekat dia rela balik tido umah..tapi kat umah ni dia kata 'sangat selesa'.aku okey je bila anak-anak okey..si kenit pun happy macam duk umah mak aku..lari sana sini sebab umah sangatlah luas

HARI SABTU..

kul doblas..kami berarak ke rumah pengantin pompuan.tak jauh..jalan kaki adalah dalam 5 minit.best je ikut rombongan pengantin berarak.dah lama aku tak ikut rombongan pengantin berarak.



okeylah ..ini nak perkenalkan 'raja sehari'..namanya Isa dan pasangannya Aiza kalau tak silap aku.SELAMAT PENGANTIN BARU,SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR NYAWA..



lepas je makan-makan..tengok pengantin..kul 2.30 petang kami dah bergerak balik KL.jalan tak jem..so kul 6.00 petang dah sampai umah.penat tapi berbaloi..aku happy sebab dapat buat ma dan ayah gembira bila kami adik beradik dapat hadirkan diri ke majlis tu.

tapi sebak sikit sebab kena Bye Bye kakak yang ikut atok dan mok balik kampung..sekolah dah mula..harap kakak happy cuti 2 minggu bersama umie,ayah dan adik-adik..jumpa raya nanti ye

okey..abis kisah :)

Comments

Unknown said…
da baik ke selesema ko?

takpe la..cuti sekolah lagi nanti kakak balik lagi.. tinggal setengah tahun je lagi.. aku da lama tak pegi kenduri kendara sedara mara..hehe..
NenetPenne (NP) said…
lauk kenduri mana??
dah lama tak makan lauk kenduri...ada jemputan tapi malas nak pegi sebabnya tak suka pakai baju kurung... ngadakan???
Kakcik Seroja said…
Kakcik pun dapat beg yang boleh isi telekung tu dari kawan yang balik dari Beijing. Kakcik punya warna oren tapi. :)
Irfa said…
RAI..
selsema dah baik.
pasal kakak tu..dia kuat,so aku pun kena kuat jugak
pejam celik..pejam celik dah 6 bulan pun dia kat kg.

mak ayah aku mmg mintak sgt kami datang kenduri tu
so kami adik beradik sepakat tunaikan hajat ma ayah tu
Irfa said…
NET..
lupa snap..lauk tak menarik pun.hehe
memang la kenduri kena pakai baju kurung
nanti nampak pelik la sorang-sorang pakai jeans.hehe
Irfa said…
KAKCIK..
mula-mula akak tu bagi kaler lain tapi saya ngada-ngada mintak tukar kaler hitam..hehe

apa yang tapinya?
Aku dah lama tak makan nasi kenduri mcm nie. Sonok. Last aku pegi, kenduri kwn suami kat Besut ms bulan 3 lepas. Sedap betul lauk-pauk die.
Irfa said…
FARA..
aku pun sama.ni pun kerana tak nak hampakan mak ayah yang dari awal tahun duk cakap 'kenduri makngah bulan 6 ni kalau boleh semua datang'.
kalau tak mmg aku pun tak pegi..hehe
paridah said…
seronok irfa balik kuala kerau ye...kampung2 tradisi dulu sudah jauh berubah...kebanyakannya tinggal di dalam rumah besar yang selesa lengkap semuanya. ibu ayah di kampung sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anak utk hadir kenduri sdra-mara atau jiran terdekat sbgai tnda hormat n meraikan majlis...tp kak yang tinggal di Phg dkt jg dgn kuala krau bercuti ke Kedah n Penang.
nn lylyn said…
balik hari?? penat tu..

akak sy dh follow akak...follow sy blk ek =) tq
http://nlylyn.blogspot.com/
Nieda said…
Best dapat hadiah dr l/negara..kembang hati ada org ingat kita
Unknown said…
Rumah sedara tu mcm homestay ke, irfa? Akak suka pergi kenduri ni, tapi part jalan jauh tu payah sikit. Akak dah tak larat nak travel jauh2 lagi sekarang ni. Badan sakit2, lepas tu amik masa nak elok. Jadi senang citer, kenduri dekat je dpt pergi. Sedih.
Biarlah rahsia said…
kami adik beradik pun seronok klu dpt gi kenduri jauh2 dan konvoi ramai2...pastu sewa homestay sebijik...masa tu lah nk lepak2 dan borak2 lama skit dgn adik beradik...
Irfa said…
KAK PARIDAH..
kg tu dah banyak beza dari 20 tahun yg dulu
tapi saya gembira ke sana sbb ramai lagi makcik2 yg igt saya yg selalu ikut arwah atok kesana :)

akak pun ada sedara kat kuala krau ke?
Irfa said…
NN LYLYN..
welcome ;)

tahlah...sempat bermalam satu malam kat sana
tq follow
Irfa said…
NIEDA..
mmg gembira
murah mahal itu tolak tepi
yg penting kembang rasa hati bila org igt kita
Irfa said…
KAK AIDAH..
taklah kak..bukan homestay..mmg rumah sedara je
dia duk laki bini so rumah mmg kemas sbb anak2 sume dah keje kat luar
so diorang gembira bila ada tamu bertandang ;)
Irfa said…
KAK BIE..
betul tu..masa muda2 dulu (zaman anak dara la) tak suka sgt nak jumpa sedara mara.tahla ..pemalu kot.hehe
tapi dah bertambah dewasa ni suka dapat jumpa sedara mara

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')