Skip to main content

Walimatul Urus Sepupu Di Pahang

Esok aku cuti..nak makan angin ke Pahang.hehe..hebat kan?baru je balik makan angin kat Langkawi pastu nak makan angin ke Pahang pulak.jangan cayalah..aku ke pahang nak makan nasi minyak..

kalau takde aral malam besok kami bertolak ke Pahang,daerah Jerantut kalau tak silap aku..sebenarnya last aku pegi rumah mak sedara yang aku panggil Mak Ngah tu (kakak mak aku..sebapa tapi ibu lain-lain) ialah masa umur aku 13 tahun.gila lama kan?maknanya dah 20 tahun aku tak kesana.bukan tak jumpa MakNgah selepas tu cuma tak ke rumah dia je..masa arwah atok ada,mak ngah n family selalu datang kampung kami sbb arwah tok tinggal ngan nenek aku kat Kelantan.

yang nak kawen ni anak dia yang no 7 kalau tak silap aku.dia tua setahun je dari aku.dulu zaman kecik-kecik kawan sesama panjat pokok.budak-budak zaman dulu tak sama dengan budak-budak zaman anak aku..lelaki dan pompuan sama ganas je..mandi sungai,panjat pokok tu biasa bagi budak kampung.

agak-agak macam mana la rupa sepupu aku lepas 20 tahun kami tak jumpa?tah-tah dia tak kenal aku kot.

ke sana nanti kami juga hantar kakak sebab sekolah pun akan bermula Ahad ni (bagi negeri Kelantan) mak dan ayah aku akan turun sana dan lepas kenduri kakak akan ikut balik kampung.huhu..mesti lepas ni akan bermula la episod rindu aku pada kakak.

okeylah..balik nanti aku citer yer




aku jumpa ni kat FB..aku yang baris ke 2 tu.lagipun memang masa aku kawen tu rata-riti itulah jumlah hantaran semasa.korang pulak baris yang mana?macam-macam la diorang ni.............

okey jumpa minggu depan..Insya Allah

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik dapat wang hantaran yang dibaris pertama tu (hampir 26 tahun yang lalu). Sebenarnya, kebahagiaan bukanlah terletak pada nilai hantaran. :)
Mulan said…
waaahh.. kenduri kawin kat jerantut ni byk lauk patin tempoyak..!!!

kita pon hantaran baris ke 2 tu.. patut ramai kawin kat luar negeri.. what the matter ni..??
Unknown said…
ehh..bawah tu aku nampak macam ada tulis janda.. hehehe..ada rate jugak eh..

eh aku bukan janda..haha..
ZieMarziah said…
salam k.irfa..

penat la g pahang.jauh kemain hehe
hantaran 2 kalau betul2 kena ikut mati la org laki hehehe sy pun baris ke 2..agak2 belen yg x cukup 2 leh claim balik x hahahaha
Uwaaa! Nape korang seme galak berjalan ni? Nape aku keje je ni? Tidakkkkkkkkkkkk!
Unknown said…
akak punya hantaran walau ada ijazah, tp tetap yg di baris pertama tu, sbb ayah akak dulu kata, saya tak jual anak...

Alhamdulillah, bahagia sampai skrg, tp budak2 skrg, belanja semua dah naik, mungkin susah nak dapat hantaran pada baris pertama tu, paling koman baris kedualah kan...
Yang no 2...
Apa yang penting bahagia dan ada sikap tolak ansur baru la aman damaikannn
Nieda said…
hahaha ...macam2 kekdahnya sekarang.
Mahal payah murah lagilah susah. kena tengok poket pengantin lelaki juga.kalau poket dia tebal teballah anak dara dapat
Chik Na said…
nampak gayanya yag ada taraf ijazah sarjana dan kedoktoran susah la nak kawin.. tak pun kena kawin lambat :(
sweetie said…
Percaya tak Irfa, masa saya kawin dulu tak minta hantaran pun. Cuma sekeping hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta.... He hee bunyinya macam kawin lari je. Tapi itulah hakikatnya. Betul tak tipu. Majlisnya pun ringkas je. Jemputannya cuma orang surau, jiran tetangga dan kawan-kawan rapat. Time tu zaman gawat. Tapi masih kekal suami isteri hingga kini. My hubby kata, susah nak dapat yang macam saya ni... Pernah suatu hari dia bagi saya sejambak bunga dengan kata-kata, "walau pun ia reput, simpulnya tetap takkan lucut!" http://sweetygirlmemory.blogspot.com/2009/08/hubby-message.html
lieynanilaz said…
takut tengok harga wang hantaran tuh!!
Irfa said…
LIENANILAZ..
apa nak takut.awak kan pompuan.hehe
Irfa said…
SWEETIE..
kalaulah hantaran ialah 'sekeping hati yang dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta' boleh dijamin hingga akhir hayat saya pun nak.hehe

sweet sgt kisah hantaran awak ni.
Irfa said…
CHIK NA..
betul tu..hantaran hanyalah adat
yang penting adalah persefahaman dan muafakat dalam rumahtangga itu
krn hantaran yg tinggi itu jugalah faktor penyumbang lelaki takut nak masuk pinang anak dara org.huhu
Irfa said…
NIEDA..
sebelum meletak hantaran..kedua bakal pengantin kena duduk berbincang sebelum bagitau pada ibubapa masing2..barulah tak berlalu masam muka masa letak hantaran.pompuan juga kena tolak ansur kalau dah tahu henta hati tu tak mampu.

ada org kata 'hantaran tinggi supaya lelaki tahu menghargai sebab susah nak dapat'hehe
Irfa said…
KAK AIN..
100 peratus setuju :)
Irfa said…
KAK YUS..
alhamdulillah..SRD sangat menghargai akak ;)
baris ke2 tu tahap mampu bagi semua oranglah kot
tak tinggi dan tak rendah sgt..kira ok lah
Irfa said…
SHAHZEE..
alhamdulillah..malam sabtu kami bertolak jalan clear
3 jam setengah dah sampai umah makcik di kg paya sok,kuala krau
igtkan makan masa sampai 5@6 jam

hantaran yang dh lepas tak payahlah di kenang.hehe
yg penting kebahagian yang kita dapat hari ni semoga berpanjangan hingga akhir hayat
Irfa said…
RAI..
eh jgn main2.
skrg ni hantaran untuk yang J lagiiiiiiiiii mahal tau
kalah anak dara :)
Irfa said…
m.u.l.a.n
kenduri tu xde gulai tempoyak la
saya pun x peduli sgt pasal makan sbb seronok jumpa sedara mara yg dah 20 tahun x jumpa.hehe

kawen kat oversea balik daftar takpe jugak.jgn kawen x daftar
susah kendian hari
Irfa said…
KAK CIK..
alahai ..26tahun lalu punya hantaran kakcik
26 tahun lalu kalau baris pertama kira mahal la tu
hehe

betul tu 'kebahagiaan bukanlah terletak pada nilai hantaran'
izawani said…
Akak maleh nak citer hal lama... tapi nak citer hal akan datang. Sapa nak cop anak akak ? Akak nak bagi murah jer... mas kawin dengan beberapa barang kemas yang dia minta. Duit hantaran tak payah !

Tapiiii... semua bil utk kenduri akan diforward pada pengantin lelaki... kalau buleh, mereka yang nak kawin prepare semua, kecik ke besar ke kenduri, mereka tentukan... hehehehe... senang banyak jadi mak... hahaha...

Akak nak buat gitu buleh dak ??? So, kalau mereka nak murah jer... buat la kenduri goreng pisang ker, bubur kacang apa ker...

Akan ditulis dibanner... "majlis disponsor oleh ngantin lelaki"...

Kalau anak pompuan kita nak wat kenduri besar... errrr... sila la pujuk bakal somi dia cari duit utk kenduri... mama dan abah sponsor skit jer...

p/s: Ini utk mengelak dicop mak nak jual anak !
bangsawan nilai said…
sudahnya...anak dah tigo, loan bank tak habis lagi...! hantaran punya pasal nak glamor
Irfa said…
FARA..
sian ko kan?
sabar ye ;)
Irfa said…
KAK IZAWANI..
emm sekali fikir bagus jugak konsep tu
takkan nak buat bihun 3 hidangan je kot
kalau malu..kenalah usaha kumpul duit ;)
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
itu menyedihkan ;(

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')