Skip to main content

Yahooo..Saya Menang Keta (dalam mimpiku..bukan mimpimu)

alhamdulillah..keje wajib dah setel.legaaaaaaaaaaaa
so boleh update satu entri lagi.hehe

korang tahu tak kul bape aku sampai umah semalam?
mana la korang tahu sebab aku tak citer kan?
meh nak citer..aku sampai umah kul 8.20 malam
tak terkejut?emmm...

mungkin bagi orang lain itu takde lah lewat mana pun
tapi bagi aku sangat lewat okey
abis keje kul 5.30 petang
kalau aku ada keta sendiri tepat jam 5.30 aku dah start engin tau
eh!bagi extra 10 minit la..
menapak dari opis ke parking dan panaskan engin keta
dalam 20 minit aku sepatutnya dah sampai umah itupun kalau tak singgah mana-mana la

tapi....huhu
sedar diri menumpang orang
takkan nak suruh dia ikut time aku pulak kan
selalu pun memang tak balik awal pun
paling awal sejak aku tumpang kawan ni..kul 6.30 petang la sampai umah
itupun dah rasa seronok gila..dapatlah bawak si kenit pusing taman jap sementara tunggu jam kul 7.00
paling lewat aku penah balik sebelum ni jam 7.30 malam
rasa bersalah sangat kat anak-anak dan juga pengasuh w.pun bukan selalu

tapi...kemuncak adalah malam tadi
sian cik kak ni sebab kena layan aku sembang untuk 'membunuh masa' menunggu kawan abis meeting.huhu
sian kawan aku tu..dah nak balik baru bos panggil masuk meeting

kan best kalau aku ada keta sendiri
agak-agak nak keta macam gambar bawah ni boleh?




GAMBAR DARI SINI

2 pintu je pun..sesuai la buat gi keje..hahahaha
berangan tak agak-agak tu
tak salahkan?bukan kena bayar pun

Comments

Unknown said…
ahahaha..kesian gila ko..mengalahkan orang keja kat kl duk kat nilai..masa tu da dekat pukul 7 kan..lain kali pesan kat kawan ko tu bahasa kan je bos dia..tak pandai nak hormat masa orang lain..

semalam aku cakap cover2 sebab ada budak berdua tu..nanti diorang sound aku sebab cakap "aku" haha..

audi tu..kalau dapat bawak aku jenjalan..
Irfa said…
nn lylyn..
rakyat Malaysia 'mesti BOLEH'hehe
Irfa said…
RAI..
tak boleh nak kata apa dah.bos dia mmg pesen macam tu
sib baik la aku tak keje ngan dia.kalau tak mesti ari2 stress

oh masa tu ko dalam keta ker?
mmg pun..budak2 ni telinga nipis..dengar je apa yg kita cakap
seboleh2nya elak guna perkataan tak elok depan mereka
aku pun sama.


kalau aku dapat audi tu nanti aku bagi ko test drive
eh bukan ke ko takde lesen..duk sebelah je lah ye
(jom berangan edisi ke 16)
♥cikmOt♥ said…
boleh la tumpang nanti...heheeh
Kakcik Seroja said…
Betul tu. Berangan bukan kena bayar, tapi kalau beli buah berangan jangan buat-buat lupa nak bayar. hehehe...
Acik Erna said…
dik dah balik lambat tu..camna ngan sikecik hajr dan abam..lambat jugak le ambik ye
Irfa said…
CIK MOT..
boleh ..boleh sesangat
nak tumpang pegi mana ?gombak ke setapak?
eh dekat je tu..tunggu kat simpang ye..
Irfa said…
KAK CIK..
dah lama tak makan buah berangan (tetiba)
tapi buah berangan pun dah mahal ;)
JunAina said…
Akak paling lewat 12.30am merepit dari KL ke Kajang sorang2...hehehee...

Berangan nak gak Honda Stream sebijik sambil berharap angan2 jadi kenyataan...
Irfa said…
KAK ERNA..
konfemlah lambat.kalau ayahnya ada kat umah bolehlah tolong ambik anak dulu..mmg kesian pun tp nak buat macam mana..
Irfa said…
KAK JunAina..
hati2 merempit kak..jauh jugak tu
takpe berangan dulu .. mana tahu jadi kenyataan
bangsawan nilai said…
aku ada 5 buah audi kat rumah, kalau irfa tak malu, ambiklah satu buat pegi keje...ha ha
Irfa said…
BANGSAWAN-NILAI..
okey..ko nak bagi free aku tak malu.rezki jgn di tolak kata org kg aku
buleh pilih kaler tak?aku nak kaler putih..balik keje aku singgah ambik..jgn ko pura-pura xde umah pulak
Beb! Klu aku, aku dah melalak sakan! Tak rela aku smpi umah memalam! Nooooooooo!
Anaasuria said…
aduhai kesiannya... kalao akak tu dah tak leh nafas dah ingat anak kat umah..hihi..nak buat cemana kan, udah terpaksa...

audi?? :)
lieynanilaz said…
bila jadi macam ni kan....memang kalau ada kenderaan sendiri lagi mudah...senang bergerak..
Irfa said…
FARA..
takde pilihan..nak nanges pun tak guna.redha jelah
eh!redha ker?kalau redha takde la tulis kat blog.hehe
Irfa said…
ANAA..
mmg pun.kepala duk bayang mesti anak risau nape dah magrib umie lom ambik lagi.anak orang lain dah lama mak dia ambik :(

audi idaman saya :)
Irfa said…
LIENANILAZ..
ye betul..ada kenderaan sendiri senang nak urus masa
nak balik lewat ke balik awal..sendiri uruskan
Deqna said…
takpe mimpi boleh membawa kenyataan... cantik tu kete tuh
Irfa said…
DEQNA..
insya Allah
sama2lah kita bermimpi
moga satu hari mimpi jd kenyataan ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')