Skip to main content

'Akak Indu (Kakak Rindu)'

Insya Allah..kalau ikut kalendar atas meja aku ni,kita akan mula puasa hari sabtu.bagi kami sekeluarga ..tahun ni adalah posa pertama tanpa kakak disisi.sedih kan?rasanya kakak happy je kot berpuasa dengan atok,mok dan paksunya di kampung.petang-petang boleh gi pasar ramadhan.kalau kat sini,jarang benar kami kepasar ramadhan.yelah..aku kan keje.balik tu dah siap beli (kalau rajin la.selalunya aku masak je sebab malas nak parking dan tawaf kat pasar ramadhan tu) dan sebelum balik call kakak suh masak nasi je.tapi aku dah redha so takdelah adegan nanges sambil lap hingus kat lengan baju lagi macam dulu-dulu.anggap je kakak duk asrama..cuti baru dapat balik rumah..takdelah sedih sangat bila ingat balik dia duduk ngan atok dan nenek.bukan dengan orang lain.cuma sebagai ibu,sesekali perasaan rindu itu datang jugak.

SEDIKIT KISAH ADIK



cikenit cikebum tengah posing dengan basikal ke2nya..basikal pertama yg jenis plastik tolak pakai kaki tu dah jahanam..mana tidaknya,abam pun tumpang naik sekali.



korang tahu dia tengah makan apa?buah feveret selain apple adalah buah tomato

Bagi si kenit ini..setiap saat nama kakak dibibirnya

'akak unye(kakak punya)' tangan duk kelek novel dari bilik kakak.

'kakak..kakak'sambil jari kecik tu tunjuk budak pompuan bertudung dalam tv.

mengigau panggil kakak dalam tido tu dah jadi biasa ditelinga aku.apalah agaknya mimpi dia tu ye..

bila ditanya 'rindu ayah tak' dia akan jawab 'ukan ayah indu.kakak indu(bukan ayah rindu,kakak rindu).seperti biasa susunan ayat adalah lintang pukang.dia nak kata 'bukan rindu ayah,rindu kakak'.

bila call kakak malam-malam,dia pun ada cakap 'kakak tak sabar tunggu umie balik bulan puasa'

kan best kalau dapat terbang pulang jumpa kakak sabtu ahad ni..emm sambil nyanyi lagu 'tanya sama itu hud-hud'.ada kaitan ke?

Comments

Unknown said…
ko nak balik klate ke weekend ni? kesian dak kenit kan..da biasa ada akak dia..takpe hajar.. tak lama lagi dah tu..ni da separuh tahun da..
-Sara- said…
ALAA SHOMEL..KENAPA DIA DUK NGAN NENEK?? EHEHE..SAJE TANYA.. :)
NenetPenne (NP) said…
makan buah tomato baik untuk kulit tau...

tak payah beli kat pasar ramadhan..baik masak jer tak pun beli kat kedai yang u dah biasa makan...
-- said…
comel sangat rambut toncet dua gitu. becakap pon dah keletah!! sian dia rindu kakak.. kecik2 pon dah ada feeling rindu2.. comel sangat!
Unknown said…
ni memang adik kakak ni, sayang betul dengan kakak. Moga dapat jumpa kakak segera, paling cepat raya ke IRfa...

Bagus betul kakak, mesti dia lebih berdikari duduk dengan nenek tu kan.
Mulan said…
takpe tu toksah risau sbb kakak ada dgn tok nenek dia jgk..

comel sungguh cikenit cebum ni..
ckLah @xiiinam said…
Comel dan ceria!



Selamat menyambut Ramadhan dari ckLah...
Dinas Aldi said…
Sedih la pulak cikenit cikebum tu rindu kakak, sayu pulak..

Bagus makan tometo, kulit cantik :)
mummY daniSha said…
besnye kalau anak2 kita syg menyayangi kan..x dpt bygkan bile danisha ada adik nanti hehe
HeNRieTTa JoSe said…
xpe la...lamer lamer dia biasa lew tu....tp atikkk tu sgt kiut...
Acik Erna said…
salam dik..setiap kali nak berbuka mesti kakak teringatkan rumah..kalau dia bercerita..mesti nenek di pulk ikut sedih..tapi kakak bukan mcam tu kan..
ibundo said…
selamat menyambut ramadhan al mubarak
Sayang kat kakak yee...
Comey jer kan bila dia ckp cam tuu..
Cho Zila said…
alahai sedih lak bacanyer....
Irfa said…
RAI..
kita tunggu apa kata bos besar.dia on aku packing bag je ;)
tulah..kejap je masa berlalu,tak sedar dah setengah tahun kakak kat kg
Irfa said…
SARA..
adalah sebabnya..kalau rajin baca kisah lama.hehe
Irfa said…
NET..
saya pun baru belajar nak makan tomato.siap blend lagi konon nak kulit cantik.hahaha
Irfa said…
FIDA..
aku kalau rindu boleh ngadu kat blog tapi dia nak ngadu kat sapa?
cakap pun sikit-sikit je..tapi sib baik umie paham ;)
sebenarnya kanak-kanak ni lebih telus dr kita manusia dewasa
Irfa said…
KAK YUS..
mmg nak balik dalam bulan posa ni cuma tak pasti tarikhnya.nak tunggu raya lambat sangat rasanya,sian kakak.

kakak mmg berdikari..moga2 baiklah untuk dia
Irfa said…
M.U.L.A.N..
mula2 dulu risau jugak takut dia tak selesa kat skolah baru
tapi skrg katanya 'kakak suka skolah ni'
alhamdulillah
Irfa said…
ckLah..
terima kasih ;)

salam ramadhan juga utk ckLah ye
Irfa said…
KAK DINAS..
kalau akak tengok depan mata dia ngigau sebut 'kakak' lagi sayu tau

jom pakat tanam tomato..senang bila nak makan petik je kat pokok
Irfa said…
Mummy Danisha..
Moga mereka sentiasa berkasih sayang dan rindu sesama sendiri hingga akhir hayat.doa aku selalu.
Irfa said…
Rietta..
acih acik Rietta ;)
Irfa said…
KAK ERNA..
ni saya rasa akak yg sedih lebih dari saya ni kan?hehe
Irfa said…
Ibundo..
terima kasih.salam ramadhan juga utk ibundo :)
Deqna said…
comelnya si adik naik basikal pink.... ayah marissa pun tak sabar nak belikan anak daranya basikal.. tapi saya kata nanti dulu... anak kecik lagi tuh... kang jatuh sape susah...saya jugak...hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')