Monday, July 16, 2012

'BoboiBoy Dah Balik Awal'..Kesian Abam

SALAM BUAT SEMUA..pagi isnin yang sedikit lemau.entah kenapa mengantuk lain macam pagi ni padahal dah tido awal malam tadi.mungkin sebab panas kot asyik la terjaga..

okey..ni kisah si abam

khamis lepas,dia bawak balik kertas dari sekolah.tanya dia pada aku 'umie tahu tak kat mana politeknik Nilai?tempat tu dekat je dengan sekolah abang.nanti ada boboiboy datang.boleh tak kita pegi?'.aku tengok kertas yang dia bawak balik tu.oh,ada karnival katanya kat politeknik nilai yang baru bukak tu.karnival 3 hari (jumaat,sabtu dan ahad) ada bermacam acara.antaranya pertandingan mewarna bersama boboiboy pada hari sabtu dan ahad.mestilah ada slot bersama maskot boboiboy..tu yang dia nak sangat pegi tu.

jumaat dia tanya lagi 'bila boleh pegi karnival?'aku cakap 'takde kereta nak pegi.ayah keje petang.ada kereta nanti kita pegi'.

Hari sabtu..ayahnya 'terbang' so aku memang tak keluar rumah apalagi nak drive kemana-mana.bukan tak boleh,tapi taknak risaukan en abe memikirkan kami.aku berharap ada adik-adik yang balik hari cuti tu.alhamdulillah..adik aku yang dua orang tu balik rumah aku.so sabtu malam tu kami kuar makan nasi arab..dekat area Nilai je sebab malas nak pegi sampai Cyberjaya.balik makan tu singgah kejap tengok karnival tu tapi waktu malam yang ada cuma mini konsert (yang nyanyi pun aku tak kenal)ada gerai-gerai yang masih bukak w,pun dah jam 10.00 malam.aku janji ngan abam,pagi ahad kita datang lagi..sebab aku tengok dalam kertas ada tulis acara pertandingan mewarna bersama Boboiboy jam 9.00 pagi.

Malam tu..bukan abam je tak lena tido,aku pun sama.tak lena sebab takut terbabas.banyak kali jugak aku mimpi bangun jam 12.00 tgh hari.huhu.pagi-pagi lagi kemain laju dia bangun mandi dan bersiap.tengok pensil kaler macam tak cukup warna,siap pegi kedai beli set pensil kaler yang baru.jam 8.45 pagi kami jadi orang pertama yang sampai kat karnival tu..'takpelah awal sikit,dapat parking depan pintu' kata aku kepada adik yang sudi bawak kami kesana pagi tu.nampak je meja urusetia dah bukak terus la aku tanya macam mana nak daftar pertandingan mewarna tu.

TAPI HAMPA..bila urusetia bagitau 'maaf sangat-sangat.acara di batalkan hari ni sebab boboiboy dah abiskan sesi diorang petang semalam.hari ni punya program dibatalkan'.

aku nampak jelas muka abam yang mendung macam hari nak hujan.tapi masih kontrol hensem.kata anak lelaki kan?aku cakap kat urusetia 'la yer ker?tak bagus la macam ni.kesian budak-budak.anak saya ni sampai tak lena tido nak jumpa boboiboy.semalam tak dapat datang sebab ada hal.ingatkan hari last dapatlah jumpa sebab dah tulis dalam program masih ada boboiboy hari ni'

urusetia mintak maaf atas acara yang dibatalkan tu.sib baik,sejuk jugak hati.lagipun bukan salah diorang.sapa salah?boboiboy yang salah :).tanda maaf,dihulur kami 3 tin coca cola..ish!sikecik aku pantang tengok air tin ni..dan-dan nak minum sedangkan kami belum lagi bekfes.last-last bukak jugak bagi seteguk pastu aku buang dalam tong sampah.tak bagi kang,kempunan lak..



'boboiboy..kenapa balik awal?kesian abam tunggu nak jumpa boboiboy tau'

kata aku pada adik 'knapa tak tinggal jelah kostum tu kat urusetia.bukan orang tahu pun sapa pakai kostum tu.janji ada dahlah.takdelah budak-budak kecewa'..hehe.aku ni nampak je garang ngan anak-anak tapi ada ketika sangat sedih bila tak dapat tunaikan permintaan anak-anak.apalagi kalau permintaan tu masih dalam kemampuan.kalau aku tahu nak jadi macam ni,aku redah je bawak keta sendiri ke karnival petang sabtu tu.



dapat bergambar dengan poster pun jadilah ye abam.

sekian kisah abam dan hajat nak jumpa boboiboy yang tak kesampaian

10 comments:

NenetPenne (NP) said...

ha ah kan, bukannya orang tahu pun siapa kat dalam sut boboiboy tu.. tapi mungkin depa nak guna sut tu untuk acara kat tempat lain kot..


tak per lah yer abam, nanti kalau ada rezeki adalah tu... anak kak nani rostam kan salah sorang peminjam suara untuk boboiboy tu... jumpa anak dia lah senang... :)

faraherda. razalan said...

Amboi, suka betul abam dgn boboboy eh? takpe...maybe nxt time la kot rezekinya?

Rai said...

alaa..kesiannya abam..seb baik abang cool je..takpe..nanti ada rezeki lain kali boleh jumpa boboiboy..

kakcik said...

Kesian abam. :(

mama aryan said...

bole pulak mcm tu? kesian abam takleh jumpa boboiboy,kalu akak pun sedih gak mcm tu..

m.u.l.a.n said...

kesian budak2, sedih kan... ya betol, tinggal je la kostum tu..

-Sara- said...

alahai sedeh la pulak..xpee..pasni ada carnival boiboiboy pegi awal2 tau.. hehe

izawani said...

Memang kesian kat anak anak . Kita sebagai ibu selagi boleh, gigih nak kabulkan permintaan anak anak...

KakNi (CikNi Ahnie) said...

Sian abam. InsyaAllah ada peluang lagi di lain kali. Mungkin time cuti sekolah nanti ada kot.

Nieda said...

alahai kesian si abam. Tak rezeki la tu...