Tuesday, July 10, 2012

Bukan Senang Jadi Orang Glemer

ni bukan kisah aku.aku tak glemer.femes jauh sekali.mungkin juga inilah nilai yang terpaksa mereka bayar kerana menjadi orang glemer.

banyak blog yang aku baca,sibuk bercerita tentang artis yang baru kawen tu.si cantik manis yang bertemu jodoh lepas balik dari umrah (nama malas nak sebut..aku rasa korang boleh agak sapa dia).tahu kan?okey..

dalam ramai yang memuji betapa sepadannya mereka berdua ada jugak yang sibuk mengorek kisah silam si pengantin lelaki.siap ada kuar semula gambar kawen yang katanya tahun 2010 dulu.

yang aku pelik kenapa sekarang baru nak kuar citer tu?
kenapa berita-berita dan gambar itu tak keluar sebelum ini?
wartawan dah tahu awal @ baru tahu?
apa perasaan si pengantin yang baru bergelar isteri itu?
andai kata dia dah tahu sebelum itu..sedikit sebanyak pasti terguris hatinya bila kisah silam si suami diheboh2kan.

lagi satu..artis yang baru kawen Sabtu lepas pun terkena bahang yang sama.
sibuk orang pertikai kenapa dia tak sanggul je rambut yang mengurai itu?
dan ada juga mulut2 takde insuran komen 'lambat sangat kawen nanti susah nak dapat anak'.macam la dia boleh pastikan yang kawen awal lepas 'On' terus lekat.sibuk je..

banyak lagi benda yang lebih bagus nak diperhebohkan.meluat pun ada aku baca benda macam ni (tapi kenapa aku tulis pasal ni yer)..pasal aku MELUAT.korang pun mesti meluat baca en3 aku yang tah hapa-hapa ni kan?

aku tau tu :)

15 comments:

Puteri Satu said...

cam tuhla klu dah jadi orang fofular kan... cam ni salah ...cam tu pun tak betul...kan.. nasib kita tak glemer ye tak..hiks

cheqna said...

lama x baca bab2 gosip..tak tahula plak..sampai macam tu sekali diorang ni g kaji...duk mengata...
sabar jela

Nieda said...

akak baru tau, tau dari sini.

kakcik said...

Ramai orang suka menceritakan keburukan orang lain hingga tanpa sedar mendedahkan keburukan sendiri. :(

Leney said...

ala..apa kisah? yang penting handsome..heheh..lepas ni baca novel, boleh imagine muka dia yang jadi hero..:)

Rai said...

aku ok je..takde nak meluat pun..

bizibodi adalah trademark masyarakat masakini.. yg aku pelik takde pulak sibuk nak komen suruh si rambut mengurai tak bersanggul tu bertudung je kan..hehehehe

Kakzakie said...

Sebenarnya memang tak baik kalau mewar-war benda yg tak elok. Dosa sama. Tapi kalau yg baik tak apa. Terbaik kita jgn ikut yg tak elok tu...

Anonymous said...

betul3x..mmg susah nk puaskan ati sume org...orng cume tau mengkritik je..

-Sara- said...

xmeluat pon..ehehe

pB said...

semoga kita diampunkan dosa ....

~ yus ~ said...

bila dah glemer, luar dalam semua orang nak ambil tahu kan. Tp betul kata kakzakie, yang tak elok tu baik di simpan, kalau yang baik tu tak salah di kongsikan. Sejarah silam buat apa nak di gembar-gemburkan, nanti kalau menjadi punca akibat rumahtangga mereka berantakan, siapa yang patut di salahkan...

Takut kita tanggung dosa sama kan...

Lady Windsor said...

Orang kita da besa dengan style rumah siap pahat berbunyi...Ada je derang nak mengata...

Dinas Aldi said...

Bila dah jadi retis camtu la, semua orang nak korek & ambik tau kan. Tapi betul tu, bab kisah silam suami dia tu tak payahla nak dihebah2kan, orang tu dah selamat menikah pun, kita doakan yg terbaik untuk dema saja cukuplah.

NenetPenne (NP) said...

baca blog u tak meluat pun..cuma tak sempat nak baca jer...

dee said...

Ramai je duda janda kawin balik.normal.tp aku rasa pengantin tu pun terover exposed dipuja dipuji sgt sdgkan dia juga manusia biasa.tp tu la nasib selebriti.telan je la.