Skip to main content

Kerjaya Sebagai Suri Rumah Sepenuh Masa

tadi baca blog Kak Yus..izin share ye :)



teringat si adik malam tadi,sambil baring-baring depan tv aku cakap ngan dia 'adik..esok umie work yer' dengan kepala geleng dia menjawab 'na nak (taknak)'.sian pulak rasa hati.tapi realiti harus di hadapi.mesti dia suka aku duk umah layan dia je.sabtu ahad dia selalu bangun lewat sebab tak dikejut untuk gi umah pengasuh.best je berselubung dengan umie sambil berpeluk.si abam pun penah tanya 'kenapa umie work?kawan abang..mak dia duk umah je'.

susah dah jawab kan?kadang-kadang aku jawab 'banyak benda nak kena bayar..jadi kena ada duit banyak.kesian ayah keje sorang.jadi umie kerjalah tolong ayah'.setakat ini itu je jawapan yang aku ada.nak bagitau lebih detail pun tak pasti diorang faham ke tidak.

so kepada suri rumah..TAHNIAH kerana tak semua orang berjaya jadi suri rumah seperti kamu semua.

tapi terfikir jugak 'boleh ker aku duk umah 24jam sehari dan 7 hari seminggu?'emm..

Comments

Unknown said…
Alamak, entri itu menarik perhatian Irfa ya...


Akak mmg bersyukur suami mampu dan akak dapat duduk rumah jaga anak-anak sendiri. Walau dalam hati pernah juga meronta-ronta nak kerja dan kerja lagi satu waktu dulu. Apa lagi bila melihat, rakan-rakan yang sama belajar semuanya punya kerjaya sendiri, ada hasil duit sendiri, pernah rasa rendah diri juga, belajar tinggi, akhirnya duduk rumah aje. Tapi kemudiannya makin seronok di rumah, semua dapat kita atur sendiri, walau diri tidak begitu sabar dengan kerenah anak-anak, namun anak2 masih dalam perhatian sendiri sehari-hari.

Cuma tulah, cakap2 orang ni kadang, buat perasaan terasa tu muncul semula, syaitan sebenarnya tu kan. InsyaAllah kalau anak2 dah besar, mana tahu boleh bekerja semula, mesti syok. Nak buak bisnes sendiri ke? Wait and see....
HeNRieTTa JoSe said…
btl tu....kos hidup sekarang agak tinggi....jika hanya suami yang berkeja, kurang sket la pendapatan isi rumah...
-Sara- said…
ermm sy ni kalo boleh nak sgt2 jd full housewife..tp tuntutan hidup arini semuanyaa duitttttttt..harap suami sorg rasanya utk ckup mkn bolehlaa..aissyyy.. sy jeles ngn fullhousewife tau!

**pagi2 mmg kesian kejut anak2 tgh tido nak anta ke nursery :(
Irfa said…
KAK YUS..
maaf ye sbb link tak mintak kebenaran dulu.tapi entri tu mmg buat saya terus klik tanpa fikir panjang ke blog kak yus..saya mmg kagum dengan surirumah yg berjaya urus keluarga dan dalam masa yang sama ada masa untuk diri sndiri.

cuma sedih bila ada kalangan suri rumah yang macam 'orang gaji tapi takde gaji' serta suami yg ambik ksempatan sampaikan isteri nak beli barang sendiri pun tak dapat.itu mmg menyedihkan.tapi saya tahu blogger suri rumah yang saya kenal ni mmg hebat2 semuanya ;)
Zareda Norman said…
Terus teang kak zar mmg tak boleh jadi surirumah sepenuh masa.. Tapi kludiberi pilihan nak kerja dari rumah aje.. Cukup bulan masyuukkk.. Ramai kawan kak zar dah mulakan bisnes sebab ramai nak tumpu pada anak anak bila nak masuk umur 40 nanti.. Happy untuk kawan kawan yg ada perancangan masa depan.kebgkadang dorg kerja bukan sbb suami tak mampu pun tapi naluri tak boleh duduk diam dan kerja tu memang membuak.. Macam x boss kak zar dulu, hubby dia jutawan tapi dia kerja smpi pencen 55 sbb dia kata bidangkerja tu minat dia so enjoy je kerja.. Macam macam kan..
Anonymous said…
suri rumah juga satu kerja yang murni.
Irfa said…
SM..
ye.cuma org tak nampak sbb takde potongan epf ;)
lagi murni kalau si suami tahu menghargai
Irfa said…
KAK ZAR..
hehe..saya pun sama
sabtu ahad duk umah tak kemana2 pun saya dah meroyan
inikan pulak 24jam.setiap perancangan Allah itu sesuai dengan hambanya.mgkin sekarang saya cakap mcm tu akan datang saya tak pasti.

penah jugak terfikir nak buat keje dari umah tapi belum tahu apa yg sesuai ;)
Irfa said…
RIETTA..
mak ayah saya ada pesan pada adik2 lelaki 'dunia sekarang susah kalau keje sorang.bukan xleh makan pakai tapi kalau nak selesa biarlah dua-dua keje'.dan pesan jugak pada kami anak2 perempuan 'kerjalah w,pun gaji tak banyak.untuk diri sendriri'so paham2 je lah
Irfa said…
SARA..
ye betul tu.
bukan kata kalau x keje tak leh makan pakai tapi sekadarnya lah.
keje pun bukan menyumbang sangat tapi bolehlah lepas sesak tengah2 bulan.yang penting saling bantu membantu ;)

pagi2 kejut anak bangun ke umah pengasuh adalah situasi yg tak best
Kakzakie Purvit said…
Kalau ikut abang lama kakak dah kena duduk rumah bila ada masalah bibik. Tapi kuat semangat kakak kerana lahir dari keluarga miskin kakak nekad tak mahu berhenti kerja - dulu bapak kakak bersusah-payah nak sekolahkan anak-anak. Cuti kakak buat seperti surirumah yg tak kerja. Bahkan walau ada bibik kakak tak pernah suruh bibik kakak masak..

Sekarang lagi bila anak dah besar makin sayang nak berhenti sebab semua dah boleh berdikari...
Aku jeles dgn surirumah. Diorang dpt besarkan anak dr kecik smpi bsr dpn mata. Haih! Tapi setiap org pun, apa jua jln yg dipilih...ade pro dan kontra. Jadi kite kena bersyukur dgn jln yg kite pilih sendiri, kan?
sy pon...kalo dpt peluang duduk d rumah...nakk sgt2 smbil jg anak2, tp smbil2 berbiz la...bukan duk saja2...cuma stakat ni keadaan x mengizinkan :(
Nieda said…
Org berjaya juga sebab ada org yg duduk kat rumah.tolong jaga anak dan urusan rmhtangga
MOKCIK AZWA said…
Azwa pun jika berkemampuan mahu menjadi surirumah sepenuh masa dan berkerja dari rumah..sekarang banyak perkara kita boleh buat hanya dari rumah berbekalkan komputer dan talian internet. Memang tabik dengan mereka yg berkekuatan menjadi surirumah sepenuh masa.
izawani said…
Hmmm... nak komen apa yer ? Akak suka kerja... dan akak kena kerja... so, biar jer la...

Kekadang bila tensen, teringin nak berenti keje... itu ler... hehehe....
Unknown said…
huhu..aku pun teringin irfa.. aku ingat tiap kali hari isnin aku sayu.. pagi tadi aqil da ngamuk2 sbb nak ajak aku main belon sabun tu dengan dia.. aku cakap aku kena kerja..melalak2 dia tak bagi aku pegi keja.. sayu hati aku..
Kak Nik Ja said…
menjadi surirumah bukanlah bermaksud tidak dapat menjana pendapatan utk keluarga..macam2 boleh di buat..perlu ada skil dan perancangan yg bijak.. mokwo memilih utk berniaga kecil2an sambil tengok2 anak..Alhamdulillah walau tak kaya raya..tapi cukup semuanya!
Miss Volvo said…
seronok jd suri rumah dapat luang masa dgn anak2 :)
ZieMarziah said…
sy pun kalau boleh nak sgt jadi suri rumah..tapi memandangkan sy xde anak lagi so kena keje la..kalau x mesti boring dok umah
Suhana Shuib said…
irfa.. kadang2 su pon terfikir camtu gak..kenapala x jadi surirumah..kan best dpt jaga n asuh anak2 sendiri.. nak berhenti keja almaklum la kan..sabar je la wahai hati.. harap2 anak akan memahami..
ct rahani said…
penah jugak konon2 nk jadik suri rumah.. 4 bulan je terus carik keje.. x sesuai dgn jiwa sy kot.. mungkin dah terbiasa bekerja.. InsyaAllah bila anak makin membesar & perlukan perhatian yg lebih, tetap simpan cita2 nak jadik surirumah sepenuh masa jugak..
iza JB said…
saya bru khawin..2 bulan mcm tu..dan skrng saya prgnnt 1 bulan..dlu saya engneer..tpi skrng saya surirumah tangga..dlu pegang duit sndri bnyk..skrng..lain mcm kit..cume sya pegang..ehhehe..duit suami duit kite..duit kte..duit kte..hehhaha..leh gitu
Unknown said…
Heheh.. ramai rupanya nk jadi suri rumah tangga:)) sebenarnya bila dh berumah tangga ni keutamaan pun berubah kan. Masa sekolah cita2 nk msk university, di uni pulak cita2 nk keje bagus gaji besar, dah kawin terus berubah nk jadi suri rumah tangga:)) kesian anak2 sebenarnya.... rezeki masing2 kan. Saya kalau diberi peluang saya pun nk jd suri rumah.. in shaa Allah kalau ada rezeki:)

www.hafizahsamsudin.com
-salam perkenalan.. menarik topik ni.. sy pun dah penah 2 kali putus asa nak keje sbb pk x sampai ati nak anta ank ke taska.. tp keje balik pas 2 kali benti tu sbb x cukup nak survive dan ase stress duk umah.. serious.. husband stuju je mana2 yg sy suke sbb kite yg merase kan.. diorang pun xnak kite stress kan.. tp skrg ni sy tgh berjinak2 ngn biz.. kalo ade rezeki, biz maju, again decided nak benti keje n biz sambil jage anak... huhu... ni sy ade nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah & Jazakallah again TT//
Unknown said…
Salam semua...

Boleh InsyaAllah ..duduk rumah 24/7 tgk anak membesar depan mata memang satu nikmat yang tidak terhingga..apatah lagi dengan banyak kes yang berlaku sekarang....

Saya pun dah jadi orang rumah sejak bulan 3/2013...selepas tamat contract...dah tak nak sambung sbb bila pk anak pastue dengan pjj dengan husband lago..so decided na duduk satu bumbung dengan husband setelah hampir 3 tahun berjauhan.. Jadi pindahlah ke bintulu duk dengan husband dan anak perempuan kesayangan kami.

Dua tiga hari bolehlah duduk saja saja..almaklumlah dah lama kerja tiba tiba mati kutu tak tahu nak buat apa. So, decided pulak kena buat sesuatu yang boleh mengisi masa lapang di sampaing ada duit pokey sendiri walopun sket..insyaAllah lama lama jadi bukit. Akan ku doa supaya suatu hari nanti at least apa yang aku buat sekarang boleh sekurang kurangnya sama dengan apa yang aku dapat masa kerja dulu..hehe..

Apa-apapun...love work from home. Flexible time ..heheh..

Ha..kalau sesiapa nak join biz dengan saya pun boleh..layari my blog yer..nanti kita citer detail lagi..

http://mypreciouslittleladybug.blogspot.com

Unknown said…
Dh hampir 3 thun sy jd fulltime housewife...memula tu mmg perasaan membuak2 nk keje...yela..blaja 4 thun, mstila mengharap utk bekerja kn..cumenye husband x galakkan..die nk sy jge anak..walaupun hidup kami kadang2 okay kadang2 sesak, tp kami bahagia melihat ank membesar ats jgaan sendiri.. :) sekrg ni bru decide nk start bisnes..modal2 kecik2 je,. :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')