Thursday, July 19, 2012

Lydia Winter by Crocs Women's Shoes



gambar dari sini

apa buat petang-petang gini?
layan blog sambil kunyah cekodok pisang ker?
keje dah siap?
bagus..

aku buat apa?
klik sana sini tentang kasut diatas tu
berkenan gile..belum pakai lagi dah rasa selesa.boleh?

2 minggu lepas gi aeon seremban 2
(aku baru perasan perkataan Jusco dah tukar kepada Aeon)
lalu dan tersinggah butik crocs ni
selalunya lalu je tak singgah pun sebab dah tahu aku tak mampu nak beli
buat malu kat promoter je
diorang pun berlagak giler...mentang2 aku pakai sempoi je langsung tak pandang
eleh..aku boleh beli 5 pasang la kalau aku nak
(kalau aku beli konfem aku makan megi sebulan tunggu gaji bulan akan datang..haha)

lawa tak?tak berkenan?takpelah..selera kita tak sama tapi kita tetap 1Malaysia*tetiba je* katanya susah nak dapat stok kat kedai.yang banyak pun cuma jual online.katanya original..betul ke original?aku taknak la beli mahal-mahal tapi terbeli yang aspal(asli+palsu)..kalau boleh biarlah berbaloi dengan harganya.

okey bai,esok Jumaat..lusa Sabtu,tulat Ahad..dah posa kot.

tetiba tak tahu macam mana nak buat ending.huhu

13 comments:

Rai said...

aku pun tak masuk kedai crocs..takut akak tu tengok aku macam aku tak mampu (padahal memang tak berapa nak mampu pun..haha)

Irfa said...

Rai..
sapa cakap kita tak mampu?
mampu la..mampu tengok
hahahaha*tahu tak kelakar*

~ yus ~ said...

husband pernah beli kasut crocs kat UK dulu, tu pun yang second hand punya, kat sini, tak payahlah, beli benda lain lagi bagus...hihi.

Lawa kasut dalam gambar tu Irfa, suka tgk yang kaler coklat

kakcik said...

Cantik kasut tu. Tapi kakcik tak mampu nak beli. :(

dee said...

cantik!aku suka gak

liemaopurut a.k.a ana said...

salam kenal irfa,

lawa la kasut tu. berkenan la plak tapi nanti la, nak kira baper keping lagi yang tinggal dalam purse...ahaksss

~Cik Viva~ said...

alaa..xpe, pejam mate je beli..
nanti balik dok teringat n menyanyi2 kt telinga je..nak kasut..nak kasut..hehe

Irfa said...

Cik Viva..
nak nyanyi jugak,tak kira..lalalallala

Irfa said...

LIEMAOPURUT aka Ana..
tq sudi singgah sini.
saja je berangan dulu,nak beli entah bila

Irfa said...

DEE-DEE..
:)
dah pakai lagi cantik kot

Irfa said...

KAKCIK..
jgn cakap gtu..mampu je nak beli tapi saja xnak beli ;)

Irfa said...

KAK YUS..
nape?kat UK lagi murah ker?
semua kaler saya suka :)
boleh sarung je mana yg berkenan
itu kalau dapat beli semua kaler

NenetPenne (NP) said...

i dah ada satu crocs...tak pakai pun..sebab dia getah kan..bila berpeluh ada sikit bau... ha ha ha..
pastu ada berkenan lagi satu croc, harga RM200++..mmm daripada beli kasut tu baik beli kasut wat pi kerja.. eh tu pndapat i laa kan...