Tuesday, July 10, 2012

My Bekfes...Silakan Menyantap

ni entri takde keje.hahaha.boleh?



jemput cuci mata dengan gambar yang super duper kabur.maklumlah henpon cap ayam serama.

pagi ni bawak bekal,nasi goreng tomyam letak sutun di gandingkan bersama dengan bayam merah yang dicelur.aku suka bayam..selain kangkung,pucuk paku dan juga siew pak choy.

semalam pun bawak bekal jugak.nasi dan rendang ayam (belen kenduri)

kenapa ada orang bawak bekal ke opis?

1-memang tak mampu nak membeli kat luar sebab tu bawak bekal..bukan tak mampu sebab takde duit.cuma dalam erti kata lain,berjimat ler ;)

2-tak suka membazirkan makanan.kalau ditinggalkan kat rumah nanti takde sapa nak makan.petang nanti masak yang lain untuk dinner.so belen malam tadi bawak je la ke opis

3-bosan dengan menu sama di kafe pejabat

4-memang masak khas untuk bawak bekal bagi menjamin tahap kebersihan.

aku pilih no 2 dan 3.korang?

sambil makan teringat kenangan di opis lama..bawak bekal dari rumah makan ramai-ramai dengan kengkawan.sorang satu lauk,bila dikumpul..penuh meja ;).kat transit opis ni makan kat meja masing-masing je.harap-harap bila pindah opis tetap nanti kami dapat buat balik acara pot luck itu..seronok makan ramai-ramai.lauk simple-simple pun jadi sedap.

jemput makan

14 comments:

kakcik said...

Kakcik juga pilih nombor 2 dan 3. :)

Juju said...

Irfa,
saya pilih no. 3. Sangat jemu sebab lauk tak variety.

Kakzakie said...

Kakak no. 2 dan 4. Tempat kakak tak ada cafe. Malas nak keluar pun satu hal sebab ramai org (bangla/indon/negro dsb)

Rai said...

hmmm..aku..aku..aku rasa aku pilih no 1 dengan 2..tapi actually nak cakap tak mampu tu tidak la..cuma aku rasa lagi jimat bawak bekal..dah la makanan kat kedai area ni rasanya entah apa2..mahal je lebih..nyampah aku..

aku pun suka bayam!

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown sma...jika dah ade lauk kt umah, rietta bawak bekal....

~ yus ~ said...

kak yus pun pilih 2 dan 3

SHAHZEE said...

salam kak irfa :)
lebih kurang la menu kita ye pagi ni.akak nas goreng tomyam sy lak nasi goreng bangkok hehehe

sy pilih 2 n 3 :)

-Sara- said...

saya pilih no 2 n 3 jugak..lg 1 kite kat sini takde kawan nak turun kantin..malas nak merayap sesorg..ehehe

Sweetie said...

Saya 2, 3 dan 4.

Rinah said...

pilih nombor 2 dan 3. tapi kadang2 tak larat juga bangun pagi masak2. hehehe

Zurina Hj.Zainal said...

2 & 3......saya pun bawa bekal...:)

faraherda. razalan said...

Lmbt lak msk sini. Dah time lunch da beb!

Miss Volvo said...

sy bawak bekal ke ofis sbb malas nak kuar ofis!! panas giler!!

Dinas Aldi said...

Akak memang bawak bekal pi keja hari2. Pilihan akak ialah nombor 5 iaitu sebab merajuk dengan pengusaha kantin di tempat keja akak.

Kehkehkeh. Tapi memang betul pun.