Skip to main content

Pagi2 Abam Di Kejar Anjing..Kesian Abam

Assalamualaikum..selamat pagi korang.pagi ni miss sahur.huhu.lupa kunci alarm.sedar2 dah jam 6.15.kalau aku bangun terus minum tak tengok jam tak batal kan?tapi aku ni pesen buka mata je mesti akan tengok jam dulu.so tak boleh lah nak ngelat sbb aku dah nampak jam kul 6.15 pagi.

kesiankan abam..aku bancuh milo bawak naik ke katil dia untuk sahur.dia tak salah sebab bukan dia tahu pun jam 6.15.dia baru darjah 1,kira halallah sebab dia belum akil baligh lagipun nak gi sekolah takut penat pulak..(tapi aku tahu dia mampu posa kalau tak sahur pun.ingat lagi tak kisah dia posa tak bagitau aku tu ari?).aku sahur air liur jelah :)

pagi tadi lebih kurang jam 7.05 minit pagi,lepas salam nak pegi sekolah aku hantar dia sampai depan pagar.van dah pun sampai.kat tengah padang permainan aku nampak elok je 3 ekor anjing tengah lepak sambil jilat-jilat bulu masing.

elok je abam keluar dari pagi menuju ke van seberang jalan..aku pusing je belakang dengar anjing menyalak dan abam melalak.rupanya anjing tu dah kejar abam sampai betul-betul depan pagar aku.kelam kabut aku bukak pagar tarik abam masuk.gigil badan dan tangan aku masa tu.YaAllah..takutnya.sib baik tak de apa-apa dan abam sempat masuk pagar.

berani betul anjing tu kejar anak aku?memang hanjeng betullah.!@%&&%%#%.tak pasal-pasal aku angin pagi-pagi ni.baru je dengar ceramah Ustaz Don Daniyal malam tadi kat tv al-hijrah.katanya 'bulan Ramadhan ni jaga mulut dan jaga tingkahlaku.ramai orang boleh dan mampu puasa tak makan dan tak minum.tapi tak ramai yang mampu jaga mulut dan tingkahlaku.kalau tak bercakap pun tapi tangan laju je mengata dan mencarut di fb dan twitter.sama je perbuatan mengata/mencarut pakai mulut @ pakai jari.dapat puasa lapar tapi markah kosong'.

berbalik cerita abam tadi kejap lagi aku nak repot kat majlis perbandaran.eh!betul ke kes anjing tak bertuan ni kena report kat majlis perbandaran?

NOTE:
dah repot kat majlis perbandaran katanya 'kami akan hantar staff pegi tengok kawasan berkenaan'.2 jam kendian ada orang call tanya 'mana rumah puan?jalan no berapa?saya ada kat kawasan ni dan dah tangkap sekor anjing kaler coklat'.aku cakap 'saya tengah keje dan anjing tu selalu ada awal pagi masa orang nak kuar keje dan budak2 nak ke sekolah.kalau dah tengahari @ petang dah kurang sikit sebab dah ramai orang lalu lalang'.aku jugak bagitau..anjing yg kejar anak aku tu ada kaler coklat 2 ekor dan ketua dia anjing kaler hitam putih.hehe..detail giler kan?tapi TAHNIAH kat org majlis perbandaran itu sebab cepat action.harap2 betul la seperti dikata yang diorang gi tengok tempat tu..jangan auta aku dahla..*think +*

Comments

cheqna said…
mmg kompem anjing tak bertuan ke kak???
report jela..bahaya ni
Unknown said…
Ya Allah Irfa. Nasib baik sempat lari Abam. Akak pun tak pasti report kat sape, betul lah kot report dengan Majlis Perbandaran....

Kena lebih hati-hati lepas ni Irfa...
Kakcik Seroja said…
Elok Irfa buat report tentang anjing liar tu. Sekarang baru kejar, esok2 takut jadi lebih teruk lagi pulak.

Semoga Abam terus kuat berpuasa, InsyaAllah.
Acik Erna said…
betul dik..report cepat..tapi bukan cepat pun datangnya.ditaman akak tu sampai sekarang tak datang lagi.
dipois hari tu dah berkali2 talipun sempat lagi anjing tu beranak pinak..baru orang majlis datang.
sian abang..mesti takut..kita pun takut..
bahaya betullah...sib baik anak awak selamat...
HeNRieTTa JoSe said…
sian abam....report lew cpat...abis abam g skul x?
Irfa said…
RIETTA..
dah repot pun.abam pegi sekolah.ayahnya teman smpai pintu van tapi pegi sekolah dengan airmata meleleh la :)
Irfa said…
ZURINA..
syukur tak apa-apa
lepas ni kena extra hati-hati
Irfa said…
KAK ERNA..
dh repot.igt nak emel takut lambat jawab.terus kol je bgtau
katanya akan hantar org ke sana.baru jap tadi org mpn kol tanya rumah area mana..katanya dah tangkap sekor (harap2 betul bagai dikata).

bukan abam je takut..umie lagiiiiiiiiii takut
Irfa said…
KAKCIK..
dh repot.saya bgtau dia 'maaf kalau aduan saya keterlaluan.tapi sebelum berlaku lebih teruk baik ambil tindakan sekarang'.

alhamdulillah..abam belum miss lagi posa ;)
Irfa said…
KAK YUS..
anjing ni lagi kita lari lagi dia kejar.tapi mana sempat nak guna petua tunduk kutip batu tu.kalau saya pun pecut jugak kalau anjing kejar.

dah repot.harap di ambil tindakan segera
Irfa said…
CHEQNA..
konfem anjing x bertuan la kot sebab banyak kawasan perumahan baru naik kawasan ni.mgkin anjing jaga kawasan tapi kalau betul bertuan,jagalah betul2.kalau kena tembak sapa rugi?nasiblah..
Unknown said…
kadang2 anjing guard diorang bagi lepaskan pun ada..mcm kat perumahan akak ipar aku..aku pun penah kena kejar..seb baik aku tak balik hanjing tu dengan helmet.. tapi nangis gak la..hahaha..

takpe..abam tu puasa sebagai latihan kan bukan wajib pun..dari membahayakan kesihatan dia bagi bagi dia minum at least..
Anaasuria said…
huihh... jangan memain anjing liar cenggini..ada banyak kes dah budak2 kena gigit ngan ajnjing liar.. naudzubillah.. cepat repot..
Ish, klu aku....perambatkan je dgn kayu. Ceh, mcm berani sgt dak? KEsian abam. Takpe...experience kena kejar anjing, bukan sng tu.

=D
Anonymous said…
KA pown suka dgr UAI ni!
lyzaCR7 said…
Kesian Abam..harap dia tak trauma...
happyichigo♥ said…
kesiannya abam..nasib baik abam tak de apa2 ye kak..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')