Friday, July 20, 2012

Ramadhan Kembali

Orang dah heboh wish sana sini 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA'.aku je belum.bukan taknak ucap tapi bagi peluang kat korang dulu.sekarang ni dah tak macam dulu..tengok kalendar dari awal tahun tu ari pun dah tahu bila puasa.bukan macam dulu-dulu,seronok kumpul adik beradik dengar pengumuman lepas tu bersorak ramai 'ye ye esok puasa.malam ni bangun sahur' pastu sorakkan disambut oleh jiran-jiran sebelah.nostalgia kan?sekarang..dah siap-siap tahu dan bagitau anak 'okey.sabtu kita dah mula posa'.rasanya anak aku pun tak dapat rasa macam mana debaran bila dengar pengumuman posa dan pengumuman raya.

okeylah..kita mulakan dengan ucapan dan lepas tu pengumuman.apa yang ko nak umum ni Irfa oi.nak umum bila tarikh pilihanraya ker?lupakan je

dimulakan dengan UCAPAN..



untuk korang semua.mana tahu selama aku duk merapu kat blog ni,ada tulisan yang mengguris hati..minta maaf ye,takde niat nak mencari musuh walaupun dengan sebaris ayat.walaupun ada antara kita ni yang penah bersua tapi banyaknya cuma kenal dalam blog dan berinteaksi dalam ruangan komen..so aku nak mintak maaf kalau ada tersilap komen ye..

dan juga sedikit PENGUMUMAN bahawasanya,aku tak adpet blog sepanjang ramadhan ni.sila percaya ye.tak percaya?meh aku spray sikit :)



jumpa lagi..moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya..Insya Allah

12 comments:

suterazen said...

Selamat Berpuasa...moga ramadhan kali ni lebih barakah utk kita semua...
awat x mo update blog? Haishh...rindu lah nanti kawe...

gerhana luka said...

selamat berpuasa juga untuk Irfa

kakchik@ella said...

Selamat Berpuasa ye Irfa ~ dari KC dan keluarga.

bangsawan nilai said...

mcm nak raya pulak rasanya nak ucap selamat. he he...apa pun selamat berpuasa irfa, ya

Hanisumayyah said...

Selamat menyambur ramadhan juga untuk itfa...jemputlah ke blog akak dah open semula....

~ yus ~ said...

Selamat berpuasa gak untuk Irfa, maaf dari kak yus juga andai ada terkasar bahasa ya...

Aidah Othman said...

Akak jugak nak mintak maaf jika ada pernah menyinggung perasaan irfa. Selamat berpuasa pada irfa sekeluarga.

makchaq said...

Salam Irfa,
terima kasih ziarah makchaq,
Makchaq pun nak ucap selamat berpuasa untuk Irfa sekeluarga dan minta maaf salah silap atau terkasar bahasa.. dan minta maaf juga dulu baca blog Irfa tapi tak tinggal jejak..

m.u.l.a.n said...

ramadhan kareem..!!! maaf zahir batin ya kalo ada tergurau tersilap kata..

HeNRieTTa JoSe said...

Salam Ramadhan...

mama aryan said...

btl tu dulu2 mesti tuggu depan tv nak tgk pengumuman puasa,sekarang tgk juga tp dah takde feel..salam ramadhan ye

paridah said...

assalam selamat berpuasa n berbuka irfa...