Wednesday, July 18, 2012

Sehari Sehelai,Lama-Lama Nanti Berhelai-Helai..

Hai korang?dah bekfes?makan apa?..aku makan simple je.memula makan pasta sup (bekal dari rumah) tengah buat keje en abe call ajak dating..hari ni en abe shift pagi..kami gi dating dekat Mekdi je pun.order mc muffin dgn teh..simple kan?macam mana aku nak slim macam ni..makan pagi je dah macam makan tengah hari..takpe,lunch tak payah keluar.

okey nak citer..setiap hari aku akan ke bangunan sebelah ambil dokumen.dah macam keje mat despatch pun ada.huhu.pagi ni aku nampak kiosk yang jual baju budak-budak bulan lepas dah bukak kiosk balik.kata budak jaga kiosk tu,'2 minggu je tutup,lepas tu bos suh bukak balik'.agaknya sambutan menggalakkan.mana tidaknya,asal aku lalu je ramai mak-mak orang duk membelek baju kat situ.kalau rugi takkan dia nak bukak kiosk lagi kan?

paling murah rm5 tapi yang mahal pun ada jugak.bolehlah nak pakai hari-hari buat baju basahan.kain pun jenis elok dan tak panas.kalau pandai pilih boleh dapat yang lawa dan nampak mahal.gown budak pompuan baya kenit aku tu lawa-lawa sangat..rambang mata nak pilik.kiosk tu pulak betul-betul depan pintu ketibaan..sangat sesuai sebab penumpang pasti lalu situ punya..

bulan lepas pun..setiap hari lalu wajib singgah.ada je stok baru.boleh dikatakan 2 kali dalam seminggu aku wajib beli.yang paling untung si kecik la ..sebab baju budak pompuan paling banyak pilihan.

sudahnya pagi ni singgah lagi..2 helai seluar tido dan 2 helai t-shirt untuk si kecik dan 1 helai suar panjang untuk kakak cuma rm27.berbaloi sangat-sangat,ini baru hari pertama dia bukak..kalau sebulan macam mana?hari-hari lalu membeli..lama-lama aku boleh bukak kiosk jual baju kanak-kanak depan rumah aku pulak ;)

perasan tak,baju budak pompuan lebih banyak pilihan dari baju budak lelaki?kalau budak lelaki,balik-balik seluar panjang/seluar + tshirt takde kolar + berkolar + kemeja kotak-kotak.itu je pilihan pun..budak pompuan ni macam-macam pilihan.silap haribulan baju raya maknya takde sebab asik beli untuk anak je ;)

14 comments:

Rai said...

aku rasa ye dah..kesian anak lelaki kan.. aku pun rasa cam tu..tapi laki aku pandai je pilih baju utk bujang dia tu..aku memang tak reti nak pilih..

KLMari said...

Betui laa gegirl mmg banyak pilihan..yg skirt, yg jeans, yg ropol, yg renda, yg kedut...rambang mata...Sampaikan sejak ada boy ni, aku tak reti nak pilih baju utk dia...tangan dan mata ni asyiklah beralih nengok baju gegirl..sudahnya 4 girls tu la makin lama makin banyak baju...Sampai aku merayu kat member ofis yg anak semua boy ni..tolonglaaa aku pilihkan..tak retiiii...hehehehhe

NenetPenne (NP) said...

betull..... baju2 kanak2 pompuan lagi byk pilihan daripada baju kanak2 lelaki ... mcm juga baju untuk kaum wanita... ada renda situ, ada renda sini..

cuba baju lelaki ada renda?? ha ha ha...

Aidah said...

Memang selalu kat kiosk ni jual baju yang murah2 dan cantik2. Akak suka singgah kat kiosk2 kecik macam ni. Kalau pandai pilih memang berbaloi2.

Anna said...

Irfa, aku dah lama tak beli baju tuk bbudak taw..gaknya nak raya nnti baru beli lah..baju yg ada pun ada yg dah ketat dan kecik..amal salu je komplen..baju ni kecikkkkkkk dah maaa...tp nak beli nntilah, tunggu nak raya aku kta..aku pun nak carik yg memurah je..malas nak invest tak tentu hala kat baju yg kejap jer pakai..kalau 5rm selai..10 lai sorang aku beli taw..

~ yus ~ said...

kalau ada anak pompuan kecil mmg asyik nak membeli baju je kerjanya. Tp bila mereka dah besar sikit pun, suka nak beli juga, sbb dah pandai minta dan bergaya...:D

Asmara said...

Kalau murah dan berbaloi ok la beli kan! Saya pun geram je tengok baju bdk prmpuan, mmg betul
kat rmh ni pun baju kakak lg byk dr baju adik.

Irfa said...

RAI..
aku bujang sorang tu pun aku buntu nak pilih baju kat dia.
sepesen je..kaler je pun yg berbeza.

Irfa said...

KLM..
hai lama tak komen.sihat ker?hehe

itulah pasal..kiosk ni banyak sungguh baju girl.baju boy tak sampai satu rak pun

Irfa said...

NET..
baju lelaki ada renda?
lain macam tu ;)

Irfa said...

KAK AIDAH..
jenis kain tak panas tu yang cepat memilih tu
budak2 ni kadang2 cerewet gak..kalau kain panas asik mintak bukak baju je

Irfa said...

ANNA..
malam tadi aku tdo lewat sebab mengasingkan baju anak2 yang dah ketat.
tapi tau jelah kan,baju tu ketat je tapi masih elok lagi
sebab pakai dalam rumah je pun..bukan pakai berkubang mcm aku kecik2 dulu
tp nak bagi orang segan la pulak :)takut org taknak

baju budak2 murah pun takpe sebab diorang cepat membesar..pakai baju kejap je ketat

Irfa said...

KAK YUS..
itulah pasal.pantang nampak jual baju budak mesti nak singgah
tak beli pun dapat tengok-tengok jadilah ;)

Irfa said...

ASMARA..
siap si abang komplen 'adik je?abang takde ker?'
alahai..rasa bersalah pulak