Friday, July 6, 2012

'Ukan Atik..Aaaaaaja'


Malam tadi hujan lebat tapi aku boleh tak sedar.lena sungguh tido.sikenit pun banyak kali mengigau.Agaknya penat main tengah hari tu yang membawak sampai kedalam mimpi.Dia jerit-jerit okey lagi..tapi kalau dia ngigau sebut 'kakak..kakak' yang tu aku tak tahan.Mesti dia sangat rindu kat kakak tapi tak boleh nak bagitau orang.

Bulan ni cikenit cikebum dah masuk 2 tahun 5 bulan.(kalau tengok kat sticky belah kanan tu ada kiraan umur anak2 aku.si adik dah 2 tahun 5 bulan 3 minggu dan 6 hari).mulut dah makin riuh.sehari tak gaduh ngan abam tak sah.abam pulak suka ngusik.sapa lagi dia nak usik,adik jelah pun..kakak dah jauh.

ada je karenahnya yang buat aku teringat kat dia bila di opis

-nak tido mesti akan gosok-gosok lengan aku dan kata 'shayam omie' kalau nasib tak baik dia buat aku sentap bila gosok lengan aku sambil cakap 'eeeee besarnya'(maknanya lengan umie sudah gumuks)

-nak susu mesti akan cakap 'omie nak sosu..nak sosu.nak sosu..nak sosu'.sampailah aku kata 'ok' baru dia stop sebut 'sosu' tu

-pantang nampak ayah kuar umah dia sibuk 'nak ikot..nak ikot' sambil lompat-lompat tepuk tangan dan cepat2 lari ke pintu pakai slipar

-kalau tanya 'adik anak sapa?' pasti jawapannya 'anak ayah'.huhu.tapi kalau tanya 'rindu ayah tak?'dia jawab 'ukan ayah indu.kakak indu'(bukan ayah rindu,kakak rindu).sweet je..budak-budak baya ni memang cakap terbalik.

-baru-baru ni dia dapat perangai baru,muncungkan mulut dan bagi jelingan maut kalau dia bengang ngan sesuatu (kecik ni nampak comel..besar nanti buat camtu tu aku cubit muncung tu)

-suka tengok tv,rancangan kegemaran ialah upin ipin,pada zaman dahulu,oh my english dan paling suka iklan.dia siap hapal semua dialog iklan yang dia suka..jangan tak tahu,lagu tema drama korea Miss Ahjumma pun dia hapal..tapi suh ngaji asik la cakap 'ukan-ukan.shalah (bukan-bukan,salah) dia jelah yang betul

-siap betulkan kalau aku panggil abang dia dengan panggilan 'Irfan' dia akan kata 'ukan Ifan..Abam'.(bukan Irfan,Abam)hahaha

-sekarang dia suka bahasakan diri dia sebagai 'caye'(saya).contoh ayat 'caye skolah.babai'(saya nak gi sekolah la tu)@ 'caye punya(saya punya).comel sangat suara dia yang halus tu sebut 'caye'.

-mainan kegemaran beg dan buku.anak patung tak suka.suka berlakon nak gi sekolah siap salam dan mintak duit belanja lagi.

-terbaru malam semalam,ayahnya panggil 'adik..mai sini' tapi dia boleh jawab 'Ukan Atik..Aaaaaaja' maksudnya 'Bukan Adik.Hajar'..hahaha cute je dengar dia sebut siap letak tangan kat dada lagi.

nasib baik dia tak kata 'Ukan Adik.Kakak La' masa tu aku yang takut sambil gosok-gosok perut.huhu

24 comments:

potpetmama said...

anak2 umur begitu tengah petah bercakap...tu yang buat rasa tak nak kasi besar biar camtu aje sebab seronok melayan..nak2 kalau da mcm saya yg takde "si kecik" lain hehe

-Sara- said...

ala2 tomeiiiiiiiiii :D

Rai said...

ahahaha..si damia dengan aqil pun duk suka tengok upin ipin skang ni.. padahal dari dulu dok tengok..lepas tu pakat bahasakan damia tu kakak.. apekah...hahahhaa...lepas tu tengok kartun kat alhijrah tu pakat bahasakan diri masing masing saya..comel kan anak2 ni gerammm...

ko gosok perut melompat aku gumbira sama irfaa...hehehe..

NenetPenne (NP) said...

bab mak dia gosok perut tu yang kelakar...haaa tau takut... ha ha ha

Irfa said...

PPM..
saya rasa umur baya ni paling best melayan dia bercakap
dan saya perasan anak no3 ni mulut dia lagi 'cepat'dari kakak dan abangnya dulu.mungkin sbb dah ada kakak dan abang..yg sulung tu lambat sikit sebab dia tak de kawan nak borak

Irfa said...

SARA..
sapa tomei?
anaknya @ umienya?hehe*larik*

HeNRieTTa JoSe said...

kiutnye adik....mak dia pown kiut jugak siap gosok pwut...

Acik Erna said...

ambi..dah rasa besar la tu tak mo panggil adik..siap sedia la umi

Irfa said...

RAI..
dulu dio tengok gambar je tapi tak paham
sekarang lebih menghayati sbb dah paham org cakap

eh bukan dah kakak ker?hehe

memula aku tak perasan dia cakap 'saya'sbb dia sebut 'caye'
hehe

Irfa said...

NET..
takut le jugak
kalau dah nak jadi..terima jelah ;)

Irfa said...

RIETTA..
adik buat cute la
umie buat pengsan............hehe

Irfa said...

KAK ERNA..
kat umah pengasuh kot org tak panggil dia adik
tapi panggil Hajar..so dia dah konfius la tu
keja adik kejap hajar
hehe

umie kata 'tidakkkkkkkkkkkkkk'

purplekyu^_^ said...

comel la ajaaa~ :D

isabelle said...

wahh...mcm2 dah dia ckp.
tapi jgn dilayan sgt pelat tu. takut lekat smpi besar

paridah said...

assalam...suka baca tulisan irfa yg bershja tntg keriangan melalui masa brsma anak2 saat mrka msh kecil...

Rumah Kuning said...

pandainya diaaa.

~ yus ~ said...

hhehe, budak2 baya ni mmg sweet je bila dengar mereka berkata-kata kan. Arif pun sekarang dah mula becok, mmg rasa terhibur je dengar suara dia...

izawani said...

Anak kecik cakap banyak suka dengar... anak umur 5 6 tahun cakap, letih nak dengar... banyak bertanya, letih nak jawab...

Arghhhh... anak anak kat umah tu... camtu la perangai....

Pengalaman akak, anak yang ada kakak dan abang pun lambat cakap... so, bukan sebab ada kakak dan abang kot ? Mereka bercakap (sikecik dua orang tu.... Amalia dan Najmi) tapi bahasa mereka sendiri... lama mereka bercakap bahasa mereka... Agaknya sebab ada kawan yang bercakap bahasa yang sama menyebabkan mereka tak bercakap bahasa manusia biasa kot... hehehe...

m.u.l.a.n said...

soooooo very the comel sangat2...!!!

J u l i a 。.゜✿ said...

Eh anak kak irfa rupanya sebaya dengan anak ju yea ?
progress sama =) & ju tergelak bila baca kak irfa kata masa kecik kalau muncung gitu memang comel, dah besar kalau buat camtu akak nak cubit ! kekekeke =)

anak ju sekarang kuat berkungfu kak. *adoi* siap melompat sana sini, hiappp haipppp hiappppp.. watchaaaaa !
ni semua gara gara tengok karate kid.
lepas tu kalau kami tak layan dia.. dia berlakon kononnya tengah sembelih kami (guna tangan kecik dia tu lah) hehehe masa kecik buat gitu memang comel, dah besar kalau sembelih betul2.. sangat tak cool. =P

Asmara said...

hihi.. takpe jugak kalau nak jadi kakak lagi kan. hehe.. genapkan 4 gitu. ngee..

Deqna said...

sama jer cam marissa bila nampak ayahnya nak kuar, dia pun sibuk nak ikut.. nak ikut...
tapi kalau tanya anak sape dia jawab.. "anak nena (deqna)"

aik pesalahnya kalau hajar dapat adik kan....hehehe

Biarlah rahsia said...

gelagat anak2 mmg cute kan...kdg2 bila teringat anak2..mmg boleh menitiskan air mata...especially time busy sgt di opis mengalahkan PM rasa mau je lari pulang peluk anak...bestnyaaa...hilang segala stress dan letih di pejabat.

Aidah said...

Comelnyeee si adik ni. Akak dari dulu suka tengok anak Irfa ni. Umur baya2 ni memang tengah kelakar. Akak suka melayan budak2 umur macam ni. Macam2 keluar dari mulut kalau kita tanya soalan kat dia. Hehehe.