Skip to main content

AlZahara Restaurant,Inti Kolej Nilai

tajuk entri macam nak tarik traffic je.hehe.sesekali tak salah kan?.ingat tak entri semalam yang berbuka dengan ikan patin hanyir gara-gara tak jadi gi makan nasi arab takut takde meja tu?

so semalam menunaikan hasrat anak tekak nak makan nasi arab.adik aku,CikViva pun join sekali.dia memang satu kepala ngan aku bab makan dan bab berjalan menghabiskan duit.next trip jangan lupa ye..moga2 impian jadi kenyataan ;).

kul 3.00 petang aku dah call restoren booking meja.gigihkan?tokey dia orang Arab yang boleh cakap Melayu.ai like.kami gerak dari rumah kul 6.30 petang..ngam ngan sampai jam 7.00.dah ramai orang yang sedang menunggu kat meja.aku ingat nak order macam biasa tapi rupanya bulan Ramadhan ni dia serve ala buffet..tapi okey jugak sebab tak mahal sangat.boleh makan ulang-ulang sampai tahap tak boleh bangun

DEWASA :RM20
KANAK-KANAK:RM10

berbaloi kan?

menu utama ada 2 jenis nasi:mandy chicken dan lamb kabsah (kalau tak silap) dan menu lain pun ada tapi aku tak reti nak sebut..makanan arab ni berbelit jugak lidah nak menyebutnya.aku snap beberapa menu je.seganlah ai..nak ambik gambar ni pun dah malu-malu kucing



penghulu meja berbuka awal dari orang lain.dah kata dia penghulu kan?



aku target en kamben dulu ;)



tapi cik ayam pun aku cedok jugak.acaner nak slim ni?huhu



ni rasanya macam puding kastard..cik abe makan sampai 2 cup.sedap kot.







karipap inti daging



pinggan aku ke ni?buat-buat hilang ingatan le pulak



tengok?punya khusyuk menyuap sampai tak perasan rambut si kenit dah terkeluar dari tudung.huhu



yang ni pun macam karipap..adik aku kata 'karipap sira'hahaha.sebab ada rasa manis-manis dan bergula kulit karipap tu.

bab makanan okey je kat tekak aku (aku kata tekak aku..tekak korang aku tak jamin ye).CUMA aku sedikit tak puas hati bila time beratur nak ambik makanan ada satu barisan je.kaum-kaum lelaki yang terkenal gagah perkasa ni dah lupa konsep ladies first.semua menyerbu ke meja buffet tak pandang kiri kanan dah kecuali en Abe.hehe..King kena bagi Queen makan dulu nanti Queen sentap,susah.takdelah..cik abe dah tahu perangai aku.so dia redha je :).

bab beratur tu jelah yang tak puas hati sikit..bab lain okey je..okey,kalau korang sesat area Nilai ni dan teringin nak makan nasi arab boleh singgah sini.lokasinya cari je Inti Kolej,depan sikit je dari kolej tu akan nampak dereten kedai dan restoren.letaknya betul2 tepi jalan besar.rasa-rasa aku ada beberapa restoren nasi arab area Nilai ni dan aku penah makan kat satu lagi restoren nasi arab area bandar baru nilai tapi yang ni lagi sedap kot sebab tukang masak memang orang Arab.ada iras-iras nasi arab kat Saba' Cyberjaya jugak.kalau dari rumah nak makan nasi arab paling dekat kesinilah kami makan..kalau ontheway balik Key El..harus la ke Saba' sebab yang tu lagi terbaik setakat ini.

okey..tu je edisi jalan-jalan cari makan kali ini.aku ingat nak suh tokey kedai baca blog aku ni,mana tahu dapat makan free sebulan.bertambah kembangla kalau makan nasi arab tetiap hari

NOTA IBUJARI:
atas permintaan ramai(wah!bajet ramai pembaca.padahal sorang je pun yg mintak nombornya.hehe)aku letak no telefon incase nak booking meja.sebenarnya kalau hari biasa kedai ni takde lah ramai orang sangat.tapi untuk mengelakkan kesulitan apa kata kita call dulu la ye.takdelah sakit ati bila takde meja.ni nombornya 012 9446255 / 013-6977322 nama aku tak pastilah pulak ;)

Comments

zana-norzana said…
sedap nampaknya.... nanti nak cubalah kat sini.... my officemate cakap Nasi Arab kat area kedai TNB Bandar Baru Nilai tu pun sedap jugak... tapi tu orang Melayulah yang buat
Irfa said…
HAI ZANA ;)
ye..saya penah makan nasi arab deret tnb bdr baru nilai tu..tapi rasa mcm nasi beriani la pulak.pekerja dia pun melayu dan saya sempat jenguk dapur,pun melayu jugak yg masak.
Unknown said…
bukan apa..king takut queen sentap terus guling2 bawah meja..hihihi..

aku takde lagi makan kat luar puasa kali ni.. teringin gak..tapi mengenangkan dua orang budak yang tak mengenal duduk diam tu aku rela lagi diorang terabur nasi kat rumah..haha..

oit..lebarnya pipi si hajar..lawan damia ni.. :P
~adeQ~ said…
kat mana ni kak? Kita lum habis explore Nilai lagi nampaknya. Selalu makan kat Dataran Nilai je. tak tau pun kat sini ada...kena round-round lagi nampaknya...
bangsawan nilai said…
alamak...! irfa kita di tempat yg sama di waktu yg sama semalam. cuma kitaorg sampai lewat skt. x sempat nak ambik pics sbg bukti...he he
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
ye ker?kena tunjuk bukti tu.hehe
agak2 kalau jumpa cam ker?
kami balik awal..jam 8.00 dah balik sebab nak kejarkan solat Maghrib
Irfa said…
Nurshi..
kena cuba tu lain kali ;)
mmg ada satu kat dataran nilai.sebelum jumpa restoren ni dulu mmg kami nak kesana tapi ada kawan cakap sini lagi sedap.so dah cuba setakat ini okeyla..tapi nanti nak cuba jugak yg kat dataran nilai tu
Irfa said…
RAI..
mana ko tahu?jgn citer kat orang tau..rahsia ;)

ko dah boleh makan nasi sekarang kan?jomlah cuba..tapi kalau anak takdok diam mmg lah..makan apa pun tak rasa sebab duk melayan karenah diorang.sib baik abam dah besar.yg buat perangai pun cuma si adik je

pipi dia mmg dari lahir macam tu..kalau demam susut la sikit.
ni tgh berisi sampai tarik batang hidung sekali ;)
shalyafzan said…
kak irfa,

kitorg pun agak2 nk gi arini ngan budak2 ofis.
bleh tak nk nombor telefon kedai alzahrah ni..
nk booking awal takut ramai pulak mlm ni..hehe
Kakzakie Purvit said…
Itulah sedihnya tabiat org tempat kita kan. Kalau ye pun lapar malu-malulah sikit dgn kaum hawa kan.

Banyak gambar ditepek tapi kakak terpikat gambar yg first juga. Cute:)
shalyafzan said…
kak...
saya nk nombor fon kedai ni..harap2 sgt akak baca komen ni secepat mungkin..
dalam perut ni dah berkeroncong tgk blog akak ni..hehehe
tunjuk kt budak2 opis ni pun sume org nk gi..terliur je sume..haha
NenetPenne (NP) said…
kat ofis i pun sama...bab makan, jantan je laju dulu..ingat gagah perkasa sangat, rupanya kalah dengan lapar...kehsian...

i blum try lagi saba' tu... yang i selalu makan pun kat ZamZam Restoran kat area Concorde Shah Alam jer..tu pun tak berapa nak best bila pi makna on 2nd. time..
paridah said…
sejuk hati tengok pic irfa mkn ada iras putri trsayang...
Irfa said…
SHALYAFZAN..
maaf dik,akak tadi jalan-jalan cuci mata so tak tgk komen.maaf ye lambat jawab..ni no nya,012 9446255 / 013-6977322 tp akak tak tanya pulak sapa nama dia,cuba la kol
Irfa said…
KAK ZAKIE..
hehe tahlah kak.
semalam tu muka nampak cam budak-budak kolej je
lapar sangat lah tu kot

alahai..yg first tu cute?
tetiba umie pulak malu.
Irfa said…
NET..
saya pun tak pasti kalau orang lain pegi kena tidak ngan selera mereka
setakat ni saya okey je :)

kami penah makan nasi arab kat saba',bandar baru nilai yang kedainya nama almikraj kalau tak silap dan yang terlatest ini lah.yang lain belum penah cuba lagi
Anonymous said…
wah best jga kat sini yek, harga pown not bad
Zareda Norman said…
Menarik juga ni.. Penin nak bawa cik ika bebruka kat luar.. Kena kejar maa sbb dia ada tusyen kumon
Irfa said…
SALAM KAK PARIDAH..
terima kasih.
ramai kata anak dara saya iras ayahnya.jarang yg kata iras muka saya.
sebenarnya malu nak pic sendiri ;)
bosan tengok nanti,saya delete la gambar ni
MOKCIK AZWA said…
Sedapnya nasi arab..yummyyyy...

comelnya adik tu berposing hehehe..
Norhaizan said…
Eh..murahnya harga buffet tu, cam tak caye lak.
zino said…
sodap nampak e tu.. kek mano tu ?
azieazah said…
Kalu RM20 utk dewasa buffet, consider murah benor tu. Jarang Restoren Arab dapat murah murah gitu. Kira berbaloi lah sangat.

Kak Azie belum pernah ke Saba, cuma ke al-Rawsha jer setakat ni. Mandy Chicken Rice memang sedap!
Irfa said…
KA..
tulah pasal..kalau lebih dari rm20 kami pun fikir 16kali jugak nak pegi ke tidak ;) sebab budak2 ni bukan makan sangat.rugi je
Irfa said…
KAK ZAN..
ini adalah kenyataan
so sila percaya ;)
Irfa said…
ABAH..
eden dah tulis tu..dokek jo,Nilai
haha(rasa pelik je cuba-cuba loghat n9 ni)
Irfa said…
KAK ZAR..
kami pun kejap je kat situ..sebab kejarkan solat Maghrib
Irfa said…
KAK AZWA..
nasi aran tgh hot dipasaran sekarang ni
pantanh nampak resepi menyalin je kejenya ;)
Irfa said…
KAK AZIE..
mmg murah la dari biasa
kalau hotel lagilah mahal

saya x penah cuba kat al-rawsha..tp ramai kata situ pun sedap

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')