Wednesday, August 1, 2012

Awalnya..........

Masa dalam keta dari kampung hari ahad tu lagi aku dah perasan lagu raya berkumandang kat radio.dalam hati aku tercakap 'awalnya radio dah pasang lagu raya.baru seminggu posa'.masa kecik-kecik dulu dibulan Ramadhan mak aku marah kalau aku dan adik-adik suka-suka buat takbir raya.biasalah budak-budak kan

tau mak aku kata apa?'tak baik takbir raya dibulan posa.lambat lagi nak raya.kesian orang yang dah mati dalam dalam kubur tu.masa bulan puasa ni lah orang dalam kubur tu dapat rehat dari kena siksa kubur.kalau dia dengar takbir raya mesti diorang ingat dah nak abis bulan Ramadhan.kita seronok nak raya,tapi orang dalam kubur lebih suka bulan posa'lebih kurang gitulah maksudnya..

kat opis aku ni dari pagi sampai petang dah ada yang pasang koleksi lagu raya.adoyai..sebenarnya aku ni masih dalam dilema,tak tahu nak raya kat mana.dengar khabar en Abe tak dapat cuti raya.huhu.aku boleh je balik kampung dengan adik-adik dan beraya kat sana je tapi....mana kan sama beraya bersama bersama keluarga aku je tanpa en Abe.

tu pasal mood nak beli baju raya dan tempah kueh pun takde dalam senarai aku.lagipun aku dah biasa beli baju raya minggu terakhir nak raya.masa tu baru lah hegeh-hegeh nak cari baju melayu abam..kadang tu baju yang berkenan takde size pulak.nasiblah..

korang macam mana?dah siap ke baju raya?kuih raya berapa jenis tahun ni?emm baru teringat aku belum cari kad raya la..aku akan pos kat raya pada yang terpilih dalam 10 keping je.tengoklah..sapa yang bertuah itu :)

15 comments:

muslimah rempit said...

Encik Kak So nak beli baju raya dekat nak hari raya... Dia kata baru best dan mencabar hahaha... "ini baru hari raya" katanya lagi

Kak So juga la pening kepala sebab masa tu mesti saiz baju Encik dah Habis, dan Kak So pening dengan haruk piruk orang membeli terbelah hahahaha

kakcik said...

Lagu raya tidak lagi menggamit nostalgia... :(

kakchik@ella said...

KC pun camtu Irfa. Baju raya aiman belum lagi. langsir dah lusuh pun KC wat tak tau. tunggu last minit la tu. hhuhu

KLMari said...

Aku kena siapkan baju raya semua dari awal..sebab gerabak ramai..heheheh...kot last minit kang, warna warni aidilfitri la kaler tema kekdahnya...opisku dah 2, 3 tahun takde kad raya pree utk staff..utk big big boss je...hhuhuhhhuu..angpau takde isi je ado...:)

oren said...

akak kan yg bertuah tu??hihihi..

this is 2nd time raya akak dlm dilemma..u know it, rite?

rasa nak culik penyimpan mohor besar tu, jgn bg dia appear..so, no more pengumuman raya lah..huhuhu...

HeNRieTTa JoSe said...

Hmmm...riettanpown blom siap semua....bru pra persiapan....

~adeQ~ said...

Kita pun tak beli lagi kak, ada lah satu jubah lum pakai lagi. Kita ingat dah cukuplah kot. Ubby n anak2 beli siap jek. Anak dara saya nak kebaya tahun ni...=)

Acik Erna said...

kaka camana?kalau tak dapat balik pun..wajib beraya dengan kakak..camna tu..fikirkan he he

Norhaizan said...

Kak Zan dah siap beli baju raya sebelum posa lagi.Maklumlah anak 5 orang..pening kepala juga jadi penasihat baju yg dia orang pilih. Tahun lepas siap ada anak yg pitam waktu shopping dlm bulan posa. Kuih raya? Tunjuk aje..malas nak menyusahkan diri..huhuhu.

gerhana luka said...

entah la mood raya cam dah berkurang je, seronok lagi puasa dari nak beraya camane. baju raya tak tempah pun beli pun belum, mesti di minggu2 terakhir baru nak menyoping.

Rai said...

haah..zaman aku dulu pun da lepas 15 ramadhan baru ada lagu raya.. skang ni ikut suka hati je kan..

aku pun sama cam ko..last minute baru pegi cari..mulanya ingat nak pegi tailor.. tapi taknak yg jahit tah pape..sudahnya tak jadi..beli je la kot..

raya tahun ni aku balik klate..

MOKCIK AZWA said...

Azwa pun belum siapkan pasal baju raya.. mungkin weekend ni gi mencari kot..anak2 akan pilih baju raya ikut kaler pilihan masing2 sebab tu kami takde kalut2 nak fikir pasal nak sedondon tak sedondon hehehe..

kuih raya..dah siap tunjuk2 dah dengan kawan2 yg terpilih hasilnya memang sedap sejak beberapa tahun kebelakangan ini..cuma tinggal sediakan ongkosnya sahaja..

masih dalam dilema nak beraya kat mana juga nie..macam kata irfa tak de maknanya beraya tanpa keluarga sendiri bersama..azwa dah rasa tahun 2010 lepas..sempat beraya dengan mama dan keluarga di kampung tapi rasa sunyi pulak bila tak bersama suami dan anak2..

Anonymous said...

I visited several web pages however the audio quality for
audio songs existing at this web site is truly superb.
Here is my web page blogs.rediff.com

Anonymous said...

Good information. Lucky me I recently found your
site by chance (stumbleupon). I've book-marked it for later!
Also visit my page http://www.lagouaille.org/zenphoto/index.php?album=paysages-industriels&image=La-Ciotat.JPG

Anonymous said...

This site definitely has all the information and facts I wanted about this subject and didn't know who to ask.
Here is my site ; account billing services ar