Monday, August 13, 2012

Kaitan Tali Tape dan Umur Kita

PAGI NI..motivasi dari Dr HmTuah dalam Radio SelangorFm.beliau kongsi cerita bagaimana beliau berjumpa remaja Orang Asli dan memberi ceramah motivasi pada mereka.panjang jugak mukaddimah tapi aku pendekkan bahagian yang ingin aku kongsi.iaitu kaitan tali tape dan umur kita



dalam sejarah:satu ketika dulu,tali tape ini jadi punca mak aku menjadi marah.mak aku tukang jahit.sudah semestinya ada pertalian kuat antara mak aku dan tali tape ni.mak aku panggil 'tali eci(tali inci)'.kami adik beradik suka main dengan tali tape mak ni..bila mak cari tak jumpa,memang boleh hangin satu badan.

okey..sudah melalut,jom balik kepangkal jalan.kata DrHmTuah kepada seorang remaja orang asli 'kamu ambil tali tape ini.tali tape ini panjangnya 60inci.sekarang cari dimana umur kamu'.remaja tu tunjuk angka 16.maknanya umur dia 16tahun.sambung DrHmTuah lagi 'kalau umur kamu 16tahun..ada berapa lagi baki untuk capai umur 60 tahun?selama 16 tahun ini apa yang kamu dah buat dalam hidup kamu?kalau ingin berubah jangan tunggu esok @ lusa.kerana kita tak tahu adakah kita akan hidup sehingga 60tahun @ kurang dari itu'

itu umur remaja orang Asli itu.kita semua pastinya bukan berusia 16 tahun kan?

aku bukan orang yang arif untuk memberi nasihat.taknak nanti dikata 'macam bagus-bagus je nak nasihat orang @ ibarat ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul sedangkan diri sendiri jalan menyenget'.tapi tak salah kita berkongsi sesuatu dan sama-sama berfikir kearah kebaikkan.betul tak?

dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..banyak perkara yang boleh kita lihat.

ada yang puasa tapi tak solat
ada yang puasa tapi tak menjaga aurat
ada yang puasa tapi mulut masih tak terjaga

ada yang tak kuat iman,baru diuji demam selsema dah sibuk pasang niat nak 'berbuka puasa'.itu aku semalam..kena selsema dan hampir2 nak buka posa sebab sakit tekak dan dahaga yang amat sangat.malu pada diri sendiri,itu baru sikit ujian..duk berbaring bawah kipas 24jam bukannya berperang dipadang pasir pun..

okey..renung2kan...kena setel keje sebab tengah hari nanti nak gi melawat kapal terbang baru A380 tu.orang lain dah terbang ke London dengan kapal tu tapi aku baru nak merasa duduk kat seatnya.tak dapat terbang,dapat duduk pun jadila ye ;)

20 comments:

cheqna said...

kak
tali ke tapi??
kikikiki

SHAHZEE said...

owh terdiam seketika..*muhasabah diri sendiri*

~ yus ~ said...

Baca tajuk tadi konfius sekejap sbb Irfa taip tapi tape, bukan tali....hehe. Dah baca baru faham.

Mak Wardah said...

Betul Irfa, terkena sangat kat akak...

Kesuma Angsana said...

tq sama2 mengingatkan ye

Rai said...

ngeri irfa..usia da makin lanjut tapi tak dapat2 hidayah nak berubah.. takut takut tak sempat berubah dah arwah..

bangsawan nilai said...

tazkirah yg menarik...
semakin dkt menuju 60

~Cik Viva~ said...

igt dapat naik kapal tu next week..kul/lhr...kuang3

Anna said...

Aku teringat tazkirah kat masjid yg aku dgr baru ni..dalam bulan ramadhan ni kita bole check KPI kita..kalau kita semakin terasa menusuk ke dalam hati, maknya inayah kita dah dapat.

aNIe said...

Salam Irfa...terima kasih kerana saling mengingati... akak dah menuju ke angka itu...ntah sampai ke idak...

Irfa said...

CHEQNA..
tq sebab sudi tegur :)
dah betulkan

Irfa said...

SHAHZEE..
saya pun terdiam dan terfikir masa dengar tu

Irfa said...

KAK YUS..
hehe..biasalah.tulis tanpa baca balik terus publish
dah faham?pasni jgn phobia tgk tali tape dah la yer

Irfa said...

MAK WARDAH..
bukan akak je
terkena buat kita semua :)

Irfa said...

KA..
sama2 ;)

Irfa said...

RAI..
kan?
takut MATI tapi masih jugak macam tu
semoga kita semua mati dalam iman

Irfa said...

BANGSAWAN NILAI..
harap2 sempatlah capai angka 60 tu
dan kalau boleh angka 60 tu masih sihat dan boleh urus diri sendiri
insya Allah

Irfa said...

CIK VIVA..
kalau ai naik,u nak ikut ke?
ada berani?

Irfa said...

ANAA..
kpi bukan dalam keje je kan?
insaf ;(

Irfa said...

KAK ANIE..
saya pun sama kak..sama2 menuju ke angka itu cuma tak pasti sempat sampai ke tidak.