Wednesday, August 8, 2012

Nasi Daging Jadi Nasi Ayam

Jumaat lepas aku intai blog resepi waktu rehat 2 jam tu.dalam banyak2 resepi terpikat dengan resepi nasi daging dalam blog De Nuanza,kenapa terpikat?sebab nampak macam senang je.aku ni kalau tengok resepi aku bukan takat tengok gambar je,tengok jugak bahannya.kalau susah nak dapat..macam saffron yang mahal tu (betul ke aku eja ni?)memang tidaklah jawapannya.

Cik De Nuanza..pinjam ye :).lawa blog awak berlatar belakang kaler hitam tu nampak eksklusif.

------------------------------------------------------------------------------

RESEPI NASI DAGING

1/2 kg daging- potong petak besar, rebus bersama hirisan halia sampai lembut- simpan air rebusan
2 pot beras
2 pot air rebusan daging
1/4 pot susu cair
1/2 bungkus kecil serbuk kurma adabi- suka ti la nk jenama ape- bancuh ngan air skit
2 biji tomato masak- cincang kasi lumat!
2 helai daun pandan

bahan2 utk tumis:

2 sudu besar minyak sapi / mentega- aku guna planta je sbb x dak minyak sapi
2 biji bwg besar- hiris
3 ulas bwg putih-hiris
halia- agak2- hiris
bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga- agak2 je la- jemput serba sikit

cara;

panaskan kuali- leburkan minyak sapi
tumis bahan2 tumis sampai bau kt umah sebelah- agak2 garing yer..
curah dlm periuk nasi- masukkan beras yg telah dicuci bersih
pastu masukkan semua bahan lain
jgn lupa masukkan sekali daging yg telah direbus td-(yup, masak sekali nagn nasik)
tambah 1 sudu teh garam-
tekan On..tunggu sampai nasik masak

------------------------------------------------------------------------------

TAPI..ada tapinya ye.itu baru mukaddimah.ni baru isi penting.hehe

aku gantikan daging tu dengan ayam sebab tak de stok daging fresh.takkan nak pakai daging sejuk beku kot.mana best.so korang bayangkan aku ikut resepi tu sebijik sebijan kecuali bab daging tu je.

nak tengok apa jadi?



sebelum kejadian



selepas kejadian

taraaaaaaaaaaaaaaa....inilah menu berbuka aku dan adik-adik hari Ahad lepas.komen diorang 'Rupa dah ada.bau pun dah menyelerakan cuma kurang garam dan nasi agak lembik,lagi bagus kalau ganti beras panjang-panjang tu' kata diorang ler.

pastu mood rajin ada lagi sikit walaupun dah tinggal hujung-hujung,aku buat sambal tomato macam yang selalu kita makan kat restoren nasi arab tu.senang bangat membuatnya,aku lupa ambik dari blog sapa tapi majoriti yang tulis lebih kurang je caranya

SAMBAL TOMATO ALA RESTOREN NASI ARAB

Bahan2:

2 biji tomato masak
1 pokok daun ketumbar
3 biji cilipadi(nak pedas tambah ler)
sedikit garam

Cara2:
-kasi blend semua bahan itu dan tabur sikit garam
-siap ;)


okey..tu je nak citer kisah Nasi Daging last minute bertukar jadi Nasi Ayam.tapi bukan versi Nasi Ayam yang biasa tu..dah bubuh ayam jadilah nasi ayam,kalau buh unta jadilah Nasi Unta.tapi adik aku kata macam nasi arab.lantaklah labu..kita buat dia kan?

14 comments:

♥cikmOt♥ said...

hehehe..tak menahan komen derang tu...cam kat iklan...

~ yus ~ said...

nampak sedap irfa.... akak buka tahun ni jarang2 masak nasi, baru 3 kali je buka dengan nasi kot...

hari ni mcm nak buka nasi , mcm best je menu ni ya.

Lady Windsor said...

aaaa harus balik masak petang ni dengan nasi daging raja berangkat ni...Irfa, arwah mak saya suka masak nasi style ni...katanya senang sebab lauk dah ada sekali, lazimnya dia akan tumis dulu dan letak beras then masak macam biasa dalam rice cooker kan...lepas tu taraaaaa! kebabom la dapur kan..hehehe, nak buatlah petang ni..:)

pB said...

daging kat sini mahal ...
sekilo 24 ringgit

kalu tempat kito , baru duo puluh rial ...

Rai said...

dah lama tak buat nasi daging aka nasi ayam ni..

biasanya sambal dia tu aku buat sambal tomato,cili, bawang besar dengan air asam jawa..memang sedap!

Irfa said...

RAI..
aku rasa resepi ni org utara punya.dan resepi asal pakai sambal asam tu,aku sebenarnya lupa nak print sambal tu so belasah jelah sambal tomato

Irfa said...

KAKPB..
mmg pun.sbb tu duk sini x penah beli daging segar
kalau balik kg ayah belikan dan siap salaikan utk kitorang.hehe
daging batang pinang kan kak?saya beli masa balik kg tu rm22 je sekilo

Irfa said...

LW..
ini pertama kali saya masak macam ni
tak sangka menjadi w,pun kurang garam.huhu

mmg senang masak nasi dgn lauk sekali..lagipun masak dgn rie cooker tak risau kalau hangit ;)

nanti dah buat share kat blog ye

Irfa said...

KAK YUS..
wah bagus tu..sebenarnya kalau perut tahan,posa ni tak makan nasi pun takpe.

Irfa said...

CIKMOT..
diorang mmg pakar bab komen tapi takpe..komen macam mana pun periuk tetap licin.kira okeylah,tak membazir ;)

SHAHZEE said...

nampak sedap je..masterchef pun tepuk dahi ni hehehe

Irfa said...

SHAHZEE..
masterchef bukan tepuk kuali ker?hahaha

ainnoraini said...

Nnpk sedap jer tuu...menarik nanti nk try jugak la...
Nak guna beras yg panjang2 tu laa..

Irfa said...

KAK AIN..
pakai beras panjang tu lagi elok kot
saya pakai mana ada je kat dapur tu
lagipun first time buat.takut tak menjadi rugi je
so next time boleh cuba dgn beras panjang sebab dah tahu mesti jadi