Skip to main content

Note Baru dan Akak Pun Akak Lah,Dik

kisah 1-NOTE BARU

Tadi teman member ke bank,dia nak tukar duit raya.boleh tahan ramainya yang beratur sebab nak tukar duit raya.yang penting nak note baru tu.tapi member kecewa jugak sebab note RM10 tu bukan duit baru dan note RM20 pula takde stok.yang dapat tukar cuma RM1 dan RM5 je.



lawa note RM20 tu kan?kaler oren.aku belum tukar duit raya pun lagi.minggu depan la kot.bukan ramai anak buah pun.anak buah aku 2 orang je,anak buah en abe ada 10.kalau rm10 sorang pun baru RM120.hehe..

aku penah nampak sorang pilot tukar duit raya RM5K.(masa tu aku kagum kejap w,pun mungkin ramai lagi yang tukar lebih banyak dari dia)dengar dia borak ngan staff bank tu 'anak buah dah besar-besar.takkan nak bagi rm10.kang kena kutuk'hehe.betul jugak tu.takpelah kalau mampukan..

korang pulak banyak ke tukar duit raya tahun ni?

kisah 2-KISAH LUCU

ops..ada kisah lucu jugak,aku dengan kawan aku ni sebaya.lahir tahun 1979.tapi dia agak sensitif kalau ada yang lebih tua panggil dia 'akak'.dulu-dulu,sebelum umur masuk 30an aku pun ada gak rasa tak selesa bila orang yang aku rasa lebih tua dari aku tapi perasan muda duk panggil 'akak'cuma rasa tak puas hati tu simpan dalam hati je.segan nak cakap 'hello..awak tu yang akak,saya lebih muda dari awak,hokey'.hehe.bukan apa..sedar diri kalau rangka besar ni akan nampak lagi matang,ceh!taknak ngaku nampak lebih tua..

tapi tidak kawan aku ni..kami ke satu opis sebab nak pass dokumen.aku call orang tu bagitau aku dah sampai.dialog macam ni'A,akak dah sampai ni.kat pintu depan,A kuarlah ye'

sekali member aku tanya 'ko bahasakan diri ko akak?ko ingat dia muda dari kita ker?kalau tak salah aku dia lagi tua la'.kata aku'la ye ker?dah dia duk panggil 'akak' aku diam jelah.aku ingat dia muda dari kita.yelah dia kan kecik.slim je.memang nampak muda pun'.

ingat abis situ je..sekali bila dah face to face,dia buleh sound orang tu 'eh.bape umur ko?'sambil tangan capai pass pekerja orang tu sambil kata 'tengok.dia tahun 1977 la.dia lagi tua dari ko'.alahai myfren..aku pulak yang tersipu malu.

akak pun akak lah,dik..tapi lepas ni mesti A pulak yang segan nak jumpa aku sebab selama ni dia duk ber 'akak-akak' dengan aku.

moral of de story,orang kecik dan slim memang nampak muda.so ai redho

Comments

tahun ni tukar lah lebih cikt, adik nk datang beraya jg ni..hehehehe

saya kurang setuju kak orang slim nampak muda, saya chubby pun org still ingt saya muda still ingt saya student padahal bukan students tapi lectr...hahaha. org chubby pn blh nmpk awek muda apa;)
:: CIKVIVA :: said…
tukar background nampakk...
~adeQ~ said…
Sama lah kita...nak buat macam mana, muka matured. hehehehe
Anna said…
Aku tak suka org panggil aku akak kat office..tp yg lelaki suma suka panggil aku akak..akak..so aku redha jer la. Org pun salu bahasakan diri dgn aku as Akak..padahal aku lagi tua...paling best bila pi sekolah anak dara aku suma kata cam adik dgn kakak..awww rasa muda aku tau..
Pasal duit raya, sbb SP keje kat bank so tiap tahun aku tulung kawan2 tukarkan duit..minggu ni jer dah dkat 5k aku tulung tukarkan...aku terharu sbb dorang tranfer duit kat akaun aku..tanpa rasa sangsi dan was2....aku x kenakan apa2 charge pun..cukuplah bagi duit raya kat anak2 aku tu.....hehe
ZieMarziah said…
hehehe kisah 2 mmg kelakar..selambe je dia ek.kalau org pgil sy akak sy buat biasa je.lantak la nk pgil pe pun yg penting kita muda lg hahaha
Leney said…
"Kak Irfa", heheh...saya pun kecik jugak...tapi nampak je tua tu...lepas ni awak boleh panggil kiter Kak Leney. Kalau orang yang perasan muda panggil saya kak, saya bantai panggil dia kak balik. So, berkakak-kakak la kat situ.
oren said…
n..another moral of the story..ahkak-ahkak akan kurus dn slim..ekekekeke....

lagi satu, org selalu compare tang anak..mcm akak, anak 4. org panggil le ahkak..walopun kdg yg panggil tu, mmg nmpak berumur sket, dn anak dia cuma 2 org jek..ekekeke..

tak kisahlah dik..
izawani said…
Kak Irfa... hahaha... Err... jangan marah. Akak ni orang cina suka panggil cikgu... tah apasal tah...

Orang opis semua muda, mereka panggil akak la. Akak teringin nak bahasakan akak kat bos... tapi dia tak lalu nak panggil akak ni kak... cis... memang dia tak hormat orang tua nampaknya !
Unknown said…
aku nak panggil ko akak lah..wahahaha..

eit..ko balik klate ke tak raya nanti?
Acik Erna said…
salam dik..tk pe..seronok kalau ada yang panggil akak tu..he he..dulu..selalu terasa jugak..sebab dah sah2 kawan tu lebih muda..tak mau panggil kita kakak..
kawan2 lain dia panggil...keciwa disitu he he

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')