Tuesday, August 28, 2012

Raya ke 6 dan Senai Airport

nasib la korang..selagi tak abis citer raya ni korang takde peluang baca cerita benda lain kat blog aku selain citer pasal raya.kan dah kata aku nak tulis kisah sebulan raya.haha

Raya ke 6 (JUMAAT:24 Ogos 2012)

masih di Jb..lepas subuh tido balik.bilik lak sejuk dan siap tutup lampu..semua lena sampai jam 10.00 pagi.anak-anak bangun,harusla umie kena bangun sama.bersiap..turun bawah pegi kedai runcit sebelah hotel..beli makanan dan kul 12.00 tengah hari check out.sebelum tu dah call teksi datang ambik kami untuk ke airport Senai.tambang teksi rm39..kira genapkan rm40 je.



Senai Airport yang cantik..banyak kedai untuk cuci mata.terjatuh cinta dengan sepasang kasut kat Sembonia,ingat nak singgah balik lepas makan tapi hampa bila datang balik kedai tu..kasut itu sudah terjual.huhu

flight jam 4.45 petang.masih awal so merayaulah kami dalam airport tu.ada kedai buku MPH.kakak apa lagi..habislah duit raya dia memborong novel dalam tu.sempat makan tengah hari kat kafe tapi takde pilihan makanan sebab kata pelayan tu 'tukang masak masih cuti'.makan jelah apa ada buat isi perut.mintak gorengkan telur mata pun diorang taknak buat.susah kot nak masak telur mata tu

Senai Airport ni rasanya baru dibina.lawa dan cantik tapi bab surau agak menyedihkan.aku harap mereka akan bina surau yang selesa dalam airport cantik itu.(fikir + mungkin surau masih dalam proses pembinaan).sangat menyedihkan bila aku bertanya pada sorang salesgirl yang keje kat situ 'dimana surau?'dia sipu-sipu malu kata 'tak pasti lah kak..sana kot'.melilau aku mencari dimana surau,signboard pun tak membantu.bila aku ngomel depan kakak,sejuk je kakak jawab 'dia baru keje kot.sebab tu tak tahu surau kat mana'.huhu..malu pada diri sendiri bila fikir (-) tentang salesgirl tu bila anak sendiri berfikiran positif macam tu.



nampak kedai biskut famous amos tu?tepi tu ada tangga turun bawah dan akan nampak lorong gelap tu..



lintas jalan dan belok kiri.pastu belok kanan..belah kiri ada surau kecik.maaf aku bukan nak memburukkan tempat orang.aku tak pasti sama ada ini surau awam @ surau kakitangan..tapi ini je surau yang aku jumpa

sebagai orang Islam,aku sangat sedih bila tengok tempat solat yang tak bersih,telekong masam penuh taik lalat.nak tumpang pakai pun tak lalu.ini bukan kali pertama aku jumpa surau macam ni.kat negeri aku pun ada (so jangan salah sangka yang aku nak burukkan negeri orang lain).kesian bila ada orang yang tak bawak telekung nak tumpang solat.sib baik aku bawak telekung sendiri.so moral of de story..nak kemana2 bawak telekong sendiri

tapi bila masuk dalam boarding lounge yang superb..lupa kejap kisah surau itu











bye bye Senai Airport..ada umur kami datang lagi

mendarat di Klia jam 5.45 petang.onthe way nak balik umah singgah beraya umah pengasuh lama,yang anak daranya BFF si kakak.wajib datang rumah akak pengasuh ni kalau kakak balik nanti akak tu bising tak bawak aina datang rumah dia..akak ni sangat baik sebab tu anak-anak aku kalau ke sini taknak balik.sabar jelah..

lepas beraya makan kueh raya kami pun balik la rumah..home sweet home.

malam ni last kakak kat umah.esok kakak dah nak balik kampung sebah Ahad kakak dah sekolah.

12 comments:

Acik Erna said...

uish dik..seksanya nak cari surau..sabo je kan..janji kewajipan kita dapat ditunaikan.

pB said...

laju update ...

susoh susoh solat jer kat boarding lounge tu ....

Biarlah rahsia said...

Wah meriah cuti raya IRFA...semua ada...blk kg, cuti2 ke oversea...mesti anak2 seronok sgt tu...especially kakak.

Irfa said...

KAKPB..
selagi tak apdet rasa macam tak best je :)

kisah cari surau ni masa belum masuk boarding gate

Irfa said...

KAK ERNA..
tunaikan yang wajib dulu..yang sunat kendian kan
hehe

Nieda said...

sentap ke Irfa baca tajuk blog akak hari ni? hehehe

HeNRieTTa JoSe said...

bestnye....uiks...anak dara dah nak kena blk lah yea....dah nak skulah...

kakcik said...

Memang menyedihkan bila tempat ibadat tidak diambil berat. :(

Irfa said...

KAK NIEDA..
tajuk tu mmg menarik org klik ;)
saja je kan?hehe

Irfa said...

KAK BIE..
tahun ni je boleh jalan-jalan sebab tahun depan kakak dah upsr
susah nak kemana2 sbb cuti sekolah pun ada kelas tambahan

Irfa said...

RIETTA..
ye..sabtu dia dah balik kg
skrg adik2 tgh rindu dia la ni

Irfa said...

KAKCIK..
malu pada orang asing..saya penah tgk wanita arab yang buat muka pelik bila tgk telekong kuning dan kusam ..saya yg malu w,pun xde kaitan ngan saya