Tuesday, August 28, 2012

Raya ke 7 -Bye,Kakak Balik Dulu Ye

quick apdet nak habiskan cerita raya.ni kisah Raya ke 7 (SABTU:25 Ogos 2012)

kakak mula sekolah esok(hari ahad negeri pantai timur dah mula sekolah).patutnya en abe yang hantar kakak tapi aku sukarela offer diri nak hantar kakak..so bagi en abe jaga anak-anak.

pepagi dah kuar rumah sebab tiket belum beli dan flight ke Kota Bharu jam 7.50 pagi.adik nampak cuak bila tengok umie dan kakak pakai lawa sedangkan dia masih berbaju tido.lepas hantar kami ke airport.en abe dan anak-anak balik cheras umah mil



tengok gambar ni tiba2 aku rasa rindu kat kakak.huhu.lepas ni Insya Allah,Raya Haji baru dapat jumpa kakak semula.itupun kalau balik kampung(macam harus balik kot.hehe)kalau tidak..kena tunggu cuti sekolah yang panjang bulan November la baru kakak balik sini.









layan citer Horton Hears a Who! tanpa suara sebab flight cuma 50 minit..tak sempat bagi earphone dah mendarat..citer pun tak sempat abis.tapi kakak layan je sebab dia seronok flight domestik dah ada tv.sebelum ni kalau balik kampung naik flight takde tv..eh!lupa..masa balik dari Jb tu pun flight ada tv jugak

sampai Kota Bharu..kami sempat singgah ke Bandar Kota Bharu dan makan nasi berlauk di Pasar Siti Khadijah.bukan senang aku nak singgah sini..kalau bawak semua anak-anak memang aku terus balik kampung..tak kuasa nak singgah heret anak-anak tempat sesak macam ni.aku kan penyabar..nanti tak pasal2 ada yang biru kena cubit sebab tak duk diam.hehe

lepas makan ambik bas ke kampung..jalan sangat jem tahap merangkak dengan kereta yang berderet nak balik KL.adik aku ambik kat pekan dan balik kampung.sempat mandi,makan dan lepas solat Asar aku ikut adik-adik balik KL naik keta..memang tabik pada diri sendiri.dari timur ke barat aku redah hari ini.penat toksah citer..lepas singgah Raub untuk makan malam,aku tido sepanjang jalan sampai masuk KL.

perjalanan balik ke KL dengan kereta yang bertali arus(ingat ayat ni aku gelak sendiri)..adik lelaki aku tanya apa maksud 'bertali arus'.aku dalam malas menjawab soklan dia 'keta banyak tak putus-putus' ambik ko dengan jawapan kakakmu yang tulus ini.

adik lelaki turunkan aku kat rumah mil tepat jam 12.00 malam dan dia terus balik Nilai.malam tu kami anak beranak tido umah mil sebab anak-anak dah tido.lagipun ahad masih cuti.balik rumah pun bukan ada yang menunggu..kalau ada pun kain baju je yang menimbun tunggu dibasuh.

bila ingat balik perjalanan naik flight dan juga naik keta sehari suntuk..aku bersyukur sebab belakang/pinggang aku tak buat hal..alhamdulillah.kalau boleh tak mau dah gi fisio macam dulu-dulu tu.serik woooooooooo..........

masih ada lagi kah citer raya?
layan...........

24 comments:

Deqna said...

selamat hari raya dan maaf zahir batin... wah sakannya cuti raya dia.. penuh dengan aktiviti... dalam hati tertanya2 tak letih ker travel sana sini?? yg paling best siap vacation ke USS lagi.. kelass gituh...

saya raya takde travel jauh pun.... tupun penat jugak...hehe

NenetPenne (NP) said...

tiket memang tak boleh booking awal eh?

Irfa said...

NET..
staff xde istilah booking
tiket boleh beli awal tapi seat hanya bila kapal tak penuh baru dapat naik
kalau kapal penuh mmg next flight la..tak pun tunggu je lah bila ada seat
gitu kekdahnya ;)

so far masa balik dr kg dan dr kul.jb.kul dan masa hantar kakak balik kg seat masih banyak..mgkin ramai yg balik raya naik keta..sebab senang nak jalan2 raya ;)

Irfa said...

DEQNA..
slmt hari raya :)
kalah pasaraya borong sakan raya akak kali ni
tak terasa penat mgkin sbb gembira dapat jalan2..hehe

Aidah said...

Akak dah baca episod raya Irfa. Bestnyaaa. Semua ada. Siap ada pakej cuti obersi lagi tau. Akak pun tumpang jugak, tengok gamba je. Irfa ni kira tough sebab dalam satu hari pergi balik Kelantan KL. Kalau akak tu, melepeklah berhari2.

HeNRieTTa JoSe said...

Ini bru btl btl super mak.....pg antar anak drasmpai kb dr kl...pastu pas asar dh grak ngn keta plak blk kl....klu rietta maw flat....xdaya dh....

Arena said...

Ni baru betul2 raya sakan. Pusing 1 malaysia, siap sampai spore tu. hehe.

Lady Windsor said...

oo kakak dah balik KB ke? sedih kan nak berpisah dengan anak tu Irfa..harap tabah ya..

azieazah said...

Wahhh kira hebat la tuh. Seharian dari KL ke timus pusing balik KL dlm masa 24 jam. Kalu tak steady fizikal, mau pengsan. Tapi seronok, kan? Sakan beraya...

Angah said...

mengkhatamkan semua entry ko irfa oiii.. bila tengok mukak kakak aku plak rasa sebak alahai..

Irfa said...

ANGAH..
dh khatam?
bagus..boleh la buat pulut kuning..hahaha

kalau ko sebak..aku ni lagiiiiiiiiiiii la

Irfa said...

KAK AZIE..
pusing keliling kata mak saya ;)

Irfa said...

LW..
ye kakak kena balik dulu menunaikan tanggungjawab ;)
mmg dah lama tabah

Irfa said...

CEQNA..
kami ni biasalah..bab jalan2 semuanya last minute

Irfa said...

RIETTA..
nak lagi supermak,lagi bagus kalau boleh terbang ;)
bukan saya drive duk sebelah je pun..buat taik mata

Irfa said...

KAK AIDAH..
tq sebab sudi membacanya ;)
macam iklan Astro jugak..semua ada
setakat ni masih larat..ke depan tak pastilah

m.u.l.a.n said...

Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal penuh berkat..

alhamdulillah kami takde kena traffic bertali arus pon.. sbb balik tepeng amik jalan pantai remis.. biorpon jauh sikit tapi tak de sangkut2 henjut2 dlm kete.. hehe..

lupekanje said...

dah nampak semakin membesar si kakak ni...

makchaq said...

Memang kalau anak2 tak de rasa rindu, tapi kalau untuk kebaikan tak pa..
bila cuti boleh pi tengok..

NenetPenne (NP) said...

susahlah mcm tu .. tak pun jangan pakai id staff laa...boleh ker?
boleh kan tapi harga biasa laa kan...

Irfa said...

Net..
boleh..rega biasa la ;)
taknak la pulak..hehe

tapi kalau yg travel foc tu boleh booking awal.tp setahun sekali je
yg pakai rebet je takleh booking awal sbb anytime boleh travel

Irfa said...

MULAN..
dr kg ke key el takde mslah
tp dr kota bharu nak balik kg yang bermslah..
jalan tu mmg selalu jem bila time raya
sbb itu je jalan yg ada

Irfa said...

SALAM ACIK

SELAMAT HARI RAYA ;)
alhamdulillah..dah 11 tahun.semoga membesar dgn baik

Irfa said...

MAKCHAQ..
dah redha..itu yg terbaik setakat ini
sejak kakak duk kg,makin kerap saya balik kg
kalau dulu..setahun mgkin 3kali je balik