Skip to main content

Sebelum Raya,Raya Pertama,Raya Ke 2,Raya ke 3 dan Raya ke 4

blog ni umpama diari aku jugak..w,pun tak semua kisah aku share kat sini tapi senang citer 90% adalah semuanya aku tulis kat sini..senang nak rujuk.hehe.

eh!adik aku dulu pun sama..kalau nak tanya bila satu2 kejadian berlaku..suka call aku suh check diari.mentang2lah aku tulis semua dalam diari buku tu..tapi sekarang (mulai tahun ni la) dah malas sikit tulis diari..semua aku tulis kat blog je kecuali kalau kisah itu sangat peribadi takdelah aku tulis..terpanjang lak mukaddimah.

JUMAAT:17 Ogos 2012..ni kisah hari terakhir keje sebelum cuti raya tu.ingatkan dapat la balik awal tapi hampa..tak dapat pelepasan dari HQ.huhu..balik awal 15 minit je pun..so 4.15 la kami baru kuar opis..balik rumah pack baju dan ke rumah adik lelaki untuk berbuka sebab dah janji nak konvoi balik kampung sama-sama dari rumah dia..aku balik menumpang adik-adik sebab en abe kerja pada hari raya pertama.raya ke2 baru dapat cuti tapi raya ke3 kena keje.raya ke4 barulah kami dapat beraya lama sikit.

lepas berbuka ..kul 8.00 malam kami pun bertolak..dalam perjalanan sempat singgah salam raya dengan Mil di Cheras dan kami gerak dari rumah mil jam 9.30 malam.jalan tak jem cuma slow sikit sebab keta banyak.

perjalanan lancar dan aku bantai tido sepanjang jalan..sempat kena sound ngan adik aku sebab tido je..dia tak de kawan nak ajak sembang.bukan aku nak tido sangat tapi sakit pinggang dan tak selesa sebab seat tak boleh turun abis.adik aku bawak balik banyak barang letak seat belakang.tapi dah menumpang tu buat la cara menumpang.dahlah kenit duk atas riba aku sepanjang jalan.dipendekkan cerita..tepat jam 5.00 pagi kami selamat sampai ke kampung..sempat lagi bersahur dengan masakan ma.itu yang penting.hehe

esoknya..SABTU:18 Ogos 2012(sehari sebelum raya)

aku dan adik pompuan ke bandar,beli barang nak buat kek dan beli kuih tunjuk.nak buat rasa tak sempat(alasan semata).

malam tu sesi membuat kuih siput,kek kampung dan juga rendang ayam(pertama kali aku buat rendang..print resepi kat internet)sib baik menjadi rendang aku tu.kalau tak mau jadi bahan bualan sepanjang zaman.ma pula buat kuah kacang dan rebus nasi himpit.itu jelah menu pagi raya kami selain kueh raya.anak-anak pula sangat seronok dapat main bunga api dan pasang pelita.

malam tu jugak bagi kakak tiup kek besday ke 11 dia



kek coklat biasa je..letak sebatang lilin besar dan sebatang lilin kecik tanda umur cukup 11 tahun.jadilah dari takde lansung.besday dia seminggu yang lepas.

PAGI RAYA PERTAMA (AHAD:19 Ogos 2012)

pagi raya bangun awal dan kejut anak-anak untuk mandi sunat aidilfitri.aku akan cuba amalkan selagi ada umur dan harap anak-anak aku takkan lupa saat dimandikan oleh umie dipagi raya.susah nak paksa orang lain buat tapi kita boleh didik anak kita.insya Allah.



anak-anak aku dan sepupu mereka berfoto dipagi raya sebelum ke masjid

alhamdulillah..berpeluang solat aidilfitri tahun ini.lepas solat raya seronok dapat jumpa ramai warga tua yang dah lama tak jumpa.aku suka solat raya sebab ni je peluang nak jumpa orang kampung..harapkan aku nak pegi beraya semua rumah memang tak la.sepeti biasa ayat pertama diorang bila nampak aku 'sihatnya dia'.aku senyum juga walaupun kedengaran agak pahit.alhamdulillah aku masih sihat w,pun aku paham makna disebalik perkataan 'sihat' itu..sihat vs gemuk.huhu



kenit jalan-jalan raya(yang sebelah tu adik aku yg baru lepas spm)

lepas solat raya sempat singgah 3 buah rumah dalam perjalanan balik rumah.saja jalan kaki balik dari masjid sebab senang nak menyinggah.tapi lepas rumah ke3 dapat berita adik aku CikViva eksiden.sib baik sikit je..keta je yang kena sikit tapi syukur tuan keta takde apa-apa.kesayangan cikviva di tabrak motor.hehe

lepas kes tu duk umah jelah sampai ke malam..tunggu orang datang beraya yang tak putus-putus.semua orang yang kami nak jumpa dah datang umah so tak payahlah beraya umah diorang.hehe

RAYA KE 2 (ISNIN:20 Ogos 2012)

pagi masih di kampung tapi tengahari aku dan anak-anak ke airport untuk balik beraya dengan en abe yang bekerja di hari raya pertama.perjalanan dari kampung aku ke Kota Bahru adalah jem teruk.entah bila la masalah jem ni akan selesai.ada dengar ura-ura nak bina lebuhraya rakyat seperti yang diwar-warkan itu..tapi tak pastilah bila akan jadi kenyataan.kami sampai airport lagi 30 minit kapal nak berlepas.semput aku berlari dengan anak-anak mengejar masa.

alhamdulillah..5.10 petang kami sampai ke klia dan cik abe ambik terus pecut balik cheras beraya bersama mil.makan dan makan.hehe..malam tu jugak kami balik rumah sebab esoknya en abe keje shift pagi.oh!home sweet home.besar dan hebat macam mana pun rumah orang tetap rindu rumah kita yang kecik dan comel itu.kan?

RAYA KE 3-SELASA:21 Ogos 2012
duk umah je menunggu en abe balik keje.layan tv dan mendobi.biasalah..kalau cuti mesti kain baju menimbun.

malam tu kami beraya umah kak erna.nak baca klik sini.kami dijamu makan oleh tuan rumah yang masakannya pasti sedap itu.perut pun dah kenyang so kami mintak diri dulu.bukan terus balik rumah..tapi menyinggah kat Aeon Seremban2 tengok wayang.citer apa yang menarik?takde pilihan sebab semua penuh.yang ada pun cuma citer Hantu Gangster.itupun seat paling depan..sakit leher aku mendongak.citer boleh la tahan..nak kata best sangat pun tak jugak..nak kata tak best sangat pun boleh la layan.ada part yang boleh gelak.yang pasti fil pun ada berlakon dalam citer ni.aku pun tak tahu..perasan bila anak-anak cakap 'eh.itu atok'

sampai umah jam 11.30 malam.ngantuk sangat..kenyang makan kot.

RAYA KE 4 (RABU:22 Ogos 2012)

keluar rumah jam 8.30 pagi dan sehari suntuk kami di imigresen seremban buat passport untuk si kenit.orang punyalah ramai macam semut.kami sampai kat situ jam 8.45 pagi dan no giliran adalah 1602.ada 100 orang menunggu sebelum no giliran kami.huhu.dalam hati tertanya..'mana diorang nak pegi ramai-ramai ni?'

adik buat passport nak kemana?kendian citer........

Comments

Kakcik Seroja said…
FIL Irfa pelakon ya?

Nak bercuti ke mana buat pasport untuk adik tu? :)
NenetPenne (NP) said…
kejapnya u balik kampung..tak apalah kot sebab u rajin balik..i ni setahun sekali je balik..dasar kan?? ha ha ha...
Hanis Azla said…
betul2 macam baca diari.. deetail dan pastinya tak boleh lupa semua kisah2 tu bila diupdate macam ni kan..
Arena said…
Selamat Hari Raya, nak gi jalan2 ek, hehehe. Aku ala2 raya sakanla. Sabtu petang baru sampai rumah sendiri. BUkan gi mana2 pon.
HeNRieTTa JoSe said…
wah meriahnya raya....suka jew.....FIL pown ada dalam citertu?

btl kata akk, besar mna pown rumah org...selesa umah sendiri jugak...
Unknown said…
aku happy sebab happyirfa pun banyak keja..hahaha (sanggup tu sibuk2 pun sibuk nak mengomen...dasar $##@%@)

selamat hari raya! bila nak beraya ngan ko ni weh..
NenetPenne (NP) said…
irfa, u dgn rai ni memang kenal kat luar eh? ke satu uni?
Irfa said…
NET..
huhu..saya x penah masuk uni.
kenal rai dalam blog je tapi penah jumpa kat luar dan dia penah dtg rumah saya ;)kebetulan dia ada hal area sepang
Irfa said…
RAI..
nak beraya?
kena setting masa betul2..paham2 jelah
aku ni kan kena org bawak baru sampai ke destinasi

aku byk keje,tapi blog tak dilupa ;)
Irfa said…
CEQNA..
mmg raya sakan tu :)
utara selatan,timur barat semua redah
Irfa said…
RIETTA..
watak kecil je pun ;)
tapi anak2 tetap kenal atok diorang w,pun sekali imbas

betul tu..rindu bantal busyuk :)
Irfa said…
KAK FEA..
ni lah diary alam maya ;)
Irfa said…
NET..
itu balik kg first round.
ada lagi second round ;)
balik kg selagi masih ada mak ayah
dah takde sapa nanti mgkin juga jarang balik,.huhu
Irfa said…
KAKCIK..
fil ada la sambilan berlakon smbil bawak teksi

emm..citer next la yer
kasi surprise ;)
-Sara- said…
wah bufday hari raya, seronoklah die! hehe

slmt hr raya kak :)
Lady Windsor said…
Irfa..
meh la windsor, sejak 2nd raya saya tunggu..tu net dah bitau saya ajak..ni saya ajak lagi...sok saya email irfa ya..actually anytime je asalkan weekend...kebetulan net ada ni..haa...meh kita bergosip..kehkeheh!

ehh reply terkeluar topik ni...mintak maaf mak encik...
Irfa said…
SARA..
selamat hari raya ;)
Irfa said…
LW..
insya Allah ;)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')