Skip to main content

3 Hari Yang Padat Dengan Aktiviti Makan2

Morning u olls...Salam Syawal dah tamat,sekarang dah masuk bulan Zulkaedah.

Boleh aku lupa hari ni hari Selasa.huhu...mati-mati ingat hari Isnin.dahlah malam tadi last episod drama korea,Bravo My Life aku lupa tengok sebab ingatkan hari Ahad.uwaaaaaaaaaaaaaaaa.bila member citer ending drama tu pagi tadi,aku cuma dapat bayangkan je macam mana ending watak2 dalam drama tu.aku harap dapat tengok ulangan nanti.

Hari ni aku puasa ganti yang dah tinggal 2hari tu,konon nak bagi perut rehat sebab 3 hari cuti Sabtu,Ahad dan Isnin asyik makan je kerjanya.

Sabtu paginya sarapan kat PijaHut.punya banyak order sampai terpaksa tapau bawak balik.memnag nafsu sungguh la.dan petangnya patutnya pegi kenduri sorang kenalan dan dia jugak blogger tapi rasanya blog dah tak apdet lagi sebab aku cari blog dia tak jumpa.Aku kenal dia sebah dia penah menang dalam mini contest yang pertama kali aku buat.teka teki teka tekuk tu bertajuk Destinasi Percutian dan dia jawab dengan betul iaitu 'France'.masa tu dia komen sebagai anon dan takde blog.aku suh dia emel alamat sebab nak post hadiah.ada la beberapa kali berbalas emel dan tak lama tu dia bukak blog sendiri sebelum dia dapat masuk maktab perguruan.lepas dah masuk maktab dia senyap kejap mungkin sibuk dengan study dan kami jumpa balik dalam Fb,dia ni pangkat adik la dari aku.Majlis belah dia jauh so aku cakap nak datang majlis belah lelaki di Ampangan,Seremban.sebelum tu aku dah bagitau dia yang majlis belah dia memang tak dapat hadir sebab jauh  tapi akan cuba hadir belah lelaki sebab dekat sikit.namun kita hanya mampu merancang,bila tiba hari kejadian aku tak dapat hadir sebab sikenit tak berapa sihat.dia cirit dari hari khamis lagi dan hari jumaat nampak melepek sangat.dahlah 'soulmate' diluar kawasan masa tu.risaunya aku sampai tak lena tido takut jadi apa-apa ditengah malam .alhamdulillah..lepas bagi 100plus,kenit nampak bertenaga sikit.

boleh je kalau nak pegi kenduri petang sabtu tu sebab adik-adik sudi je nak bawak tapi risau kenit yang baru nak sihat,aku lupakan je niat nak makan nasi kenduri.maaf dik Liza (kalau dia baca la) memang takde jodoh kita nak jumpa tapi akak doakan moga bahagia milik kamu berdua.

malamnya tapau sate pastu gi lepak umah adik lelaki aku..buat macam rumah sendiri sebab masa kami sampai dia takde kat umah sebab pegi beraya.sejam kendian baru dia balik.lepak sampai jam 11 malam baru aku balik umah.

Ahad.. syawal terakhir dan petangnya aku beraya umah bos.pegi dengan adik-adik je sebab en abe keje petang.masa tu perut pun dah kenyang sebab dah masak kat umah..pegi beraya buat syarat je lah.makan ala kadar je.bukan apa,tahun ni usaha jugak datang sebab segan last year bos jemput aku tak pegi.tahun ni jemput lagi..tak pegi cam melampau la pulak.

balik dari umah bos,singgah lagi umah adik lelaki yang aku pegi semalam.duk sana sampai malam,aku ni nama je adik-adik duk dekat.kalau tak pegi..berbulan aku tak pegi rumah dia.kalau dah start pegi..ulang kali la pulak.

Isnin..duk umah je memang dah plan nak lepak umah je hari ni..adik-adik semua ada dan tambah sorang sepupu datang.dia duk dalam kem askar di Melaka saja datang umah sebab bosan makanan dalam kem.nak jugak rasa masakan rumah.so aku main masak-masak je hari ni.tak cukup masak nasi,goreng bihun lada hitam sekuali dan makan dengan sambal kicap.lepas makan baring layan tv,agak-agak perut dah kosong bangun lagi makan.gitulah dari pagi membawak ke petang dan disudahi dengan sedikit nasi lauk berlauk ayam sambal sebelum tido.huhu.kalau lah perut ni boleh bercakap mau dia menjerit 'hello tuan perut,hujan ribut pun tahu berenti,ko ni tak berenti makan apa hal?' hehe

okey..stop dulu.ada keje nak kena setel ;)


Comments

Acik Erna said…
assalam dik..sampai perut tak boleh terima dek makan je cuti 3 harini he he
HeNRieTTa JoSe said…
uiks....fullnye jadual.....tpi best....
Norhaizan said…
Huuu..memang bulan lepas, bulan menambah lemak. Kak Zan sendiri takut nak pijak alat penimbang!
Unknown said…
tajuk tu patut ko tambah..

padat dengan aktiviti makan makan.. hahaha..

len kali pegi raya rumah bos ajak aku..confirm aku tolong makankan utk ko :P
Irfa said…
@KAK ERNA..
hahaha.perut pun tahu penat ;)

@RIETTA..
dh abis syawal..bolehlah start posa pulak

@KAK ZAN..
saya pun..nampak penimbang buat-buat tak nampak :)

@RAI..
demi ko aku dah tukar tajuk spt yg ko rekues.puas hati?hehe

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')