Skip to main content

Aku Sebatang Pensil

ingat tak dulu-dulu,zaman sekolah rendah..cikgu suruh buat karangan 150patah perkataan bertajuk 'aku sebatang pensil'.aku paling suka matapelajaran Bahasa Malaysia.aku suka karangan sebab aku suka berangan.... haha,boleh gitu?

karangan aku ada ketika terkeluar tajuk tapi masih dalam kategori top5.kira hebatlah tu dalam kelas..masa sekolah rendah je lah,masuk sekolah menengah..sedih ;(

okey,jom baca karangan yang nampak mudah tapi ada pengajaran disebaliknya..aku jumpa dalam emel,dah lupa sapa hantar tapi aku simpan sampai sekarang.ni tengah nak clearkan folder sebab dah penuh,share kat blog.kalau dah baca..sila abaikan


Ingin sekali berkongsi cerita mengenai "Kisah Sebatang Pensil"
Mengisahkan seorang nenek yang sedang menulis menggunakan sebatang pensil sambil diperhatikan oleh cucunya. Melihat cucunya, nenek tersebut berkata "Cu, satu hari nanti, cucu pasti akan nenek hadiahkan sebatang pensel yang bermakna ini". Sang cucu merasa hairan, lalu bertanya " Apa maksud nenek pensel yang bermakna? Ia bukankah hanya sekadar sebatang pensel sahaja?" Neneknya melihat cucunya sambil tersenyum dan menjawab" Cu, di dalam sebatang pensel ini terkandung 5 kualiti yang boleh kita teliti dan pelajari" Cucu itu bertambah hairan "Lima kualiti?"
"Ya....kualiti yang pertama. Pensil ini boleh melakukan banyak perkara seperti menulis, melukis dan sebagainya. Seperti pensil ini, cucu juga boleh melakukan banyak perkara hebat nanti. Tetapi ingatlah, pensil ini ada tangan yang mengawalnya. Begitu juga kita. Pergerakan kita juga ada kawalannya yang memberi arah kepada kita tanpa kita sedari iaitu dari Allah SWT.
Kualiti kedua. Ada ketikanya nenek akan mengasah pensil menggunakan sharpener. Pensil itu pastinya akan merasa sakit tetapi ia menjadi lebih tajam selepas itu. Maka, kehidupan kita juga begitu. Untuk menjadi lebih baik dan berkualiti, kita perlu melalui kepahitan terlebih dahulu.
Kualiti ketiga. Pensil ini tidak marah bila nenek memadamkan apa yang ditulis. Ini menunjukkan bahawa membetulkan apa yang tidak betul itu adalah sesuatu yang tidak perlu ditakuti. Berani kerana benar.
Kualiti keempat. Pada pensil ini, untuk ia berfungsi bukanlah bergantung sangat kepada kayu di bahagian luarnya tetapi kepada grafit di dalamnya. Maka, sentiasalah prihatin dengan apa yang berlaku di dalam diri kita sendiri.
Kualiti kelima. Pensil ini meninggalkan kesan atau tanda. Begitulah kita, dalam setiap apa yang kita lakukan, pasti sedikit sebanyak ia akan memberi kesan sama ada kepada seseorang ataupun kepada sesuatu keadaan. Maka berwaspadalah di dalam tindak tanduk kita."
Itulah 5 kualiti dari hanya sebatang pensil. Itulah yang dimaksudkan dengan sudut mana fokus kita. Jika melihat sebatang pensil itu hanya pada kayu dan grafitnya maka itulah yang kita akan dapat. Sebaliknya jika melihat dari sudut yang berbeza, banyak lagi yang boleh kita pelajari. Renungkanlah....

Comments

Kakcik Seroja said…
Banyak pengajaran dari apa yang ada di sekeliling kita kalau kita mahu memahami dan mendalaminya, kan? :)
Deqna said…
hah saya pun dulu2 suka gak wat karangan....kalau ada pilihan memang saya pilih jenis karangan yg aku sebatang ker, aku sepasang ker, aku apa2 jelah....hahahaha


Lady Windsor said…
comel kan karangan ini, saya teringat juga pada cerpen pensel nan sebatang, juga berkisar mengenai pensil...
Unknown said…
tere gila nenek tu memberi perumpamaan..

aku fail kalau bab karangan cerita mcm ni.. kalau fakta bulih la..punye la tak kreatif lagi imaginatif..eheh..
ZieMarziah said…
banyak maksud tersirat ni..pandai nenek nasihat cucu
cheqna said…
memang hebat r perumpamaan ni..
thanks 4 sharing this =)
NenetPenne (NP) said…
first time baca karangan pasal aku sebatang pensel... imaginasi tinggi dan kreatif laa jugak kan.. kalau akak diberi tajuk mcm tu apa nak citer gamaknya...
Unknown said…
seronok kan bile terkenangkan zaman sekolah dulu... kalo la dapat sekolah balik..!
HeNRieTTa JoSe said…
Wow....xterpikir dek rietta lima kualiti sebegitu...rietta cuma terpikir catatan rietta semasa sekolah rendah dlu....tp mmg benar, mnajamkan mata pensil menggunakan sharpener adalah sangat sakit....
wahida said…
saya dulu pun suka buat karangan, sbb suka berimaginasi...haha...
-Sara- said…
banyak maksud tersirat entry ni..

slmt hari raya kak :)
Anna said…
aku sebatang pensil yg diperlukan lagi,...yg perlu di humbankan ke tong sampah..uhukuhuk..sedih dalam pasrah
Mak Wardah said…
Thanks Irfa, perkongsian yang tersirat dan ada yang memberi makna yang sanagt mendalam...sweet memories

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')