Monday, September 24, 2012

Bahrin Tangkai Jering..gila kedekut taik idung masin

masih lagi kisah drama tv.hehe.takde keje lain ke ko Irfa,asyik ngadap tv je kerjanya ye ;).ni pun aku tengok masa duk melepak umah mil sabtu lepas.lepas rancangan Soal Wanita tu aku tukar channel ke tv3.masa tu ada gak drama melalak dari kenit sebab dia nak tengok kartun.ish budak kenit ni.tak jemu2 ngadap kartun macam aku la tak jemu-jemu ngadap citer korea.lama dah tak tengok tv3.kat umah aku memang tak layan la sebab asyik ngadap drama korea je kejenya.huhu


Bahrin Tangkai Jering
aku tengok ni,cerekarama bertajuk Bahrin Tangkai Jering.gila sakit perut aku gelak dengan lakonan Zul Yahya.dia ni suka berlakon drama kelakar.muka pulak macam tak bersalah je

Sinopsis aku sendiri:


Bahrin ni duk kampung.dah kawin dengan Zainab(lakonan Lisdawati) ada seorang anak nama Irfan (abam cakap eh!nama anak dia sama ngan abam la).konon nak mengubah nasib Bahrin ke Kolumpo tinggalkan anak dan isterinya.Memula keje kedai makan gaji sikit badan penat.pastu kawan suh dia try mintak keje sebagai jurujual keta sebab dia pandai bercakap.

Dan dipendekkan citer,mulut manis dia memang bawak rezki.bulan pertama dapat gaji rm5k sebab dapat jual 16biji keta.selepas tu memang dia mewah lah siap boleh beli umah dan keta sendiri.tapi........walaupun gaji banyak dia masih kirim kat anak bini rm300 sebulan.katanya dia keje buruh kontrak angkat batu.bininya yang naif itu percaya la bulat-bulat laki keje kontrak.sangup la makan bercatu dan sambil-sambil tu jual apa yang ada keliling umah untuk top up makan pakai.jual pucuk paku,buat kerepek buat kueh semua la sebab kesian kat laki keje buruh angkat batu tu. 

bila time balik kampung..si Bahrin ni sanggup park keta kat pekan dan naik bas balik kampung dengan pakaian selekeh sesuai keje buruh kontrak.so bini dia tak sangka la yang dia kalau duk bandar pakai smart bawak keta mewah.

kat bandar dia ada ramai makwe.tapi makwe tu tak sempat kikis dia sebab dia kikis makwe tu dulu.makwe ajak beli cincin,dia suh makwe bayar dulu sebab wallet tinggal kat umah.makwe ajak makan dia suh makwe bayar dulu sebab tersalah pakai suar semalam.macam2lah alasan dia sebab taknak kuar duit.sampaikan tol rm1 pun suh makwe bayarkan.

akhirnya dia kantoi bila balik umah nak ambik wallet(makwe suh u-turn balik ambik wallet sebab dah tahu dia mesti akan bagi alasan terlupa)elok sampai depan pagar,bini tunggu depan umah.bini datang nak wat seprise kat laki tapi dia pulak yang kena seprise.pung pang pung pang bini ngamuk mintak cerai dan makwe ofkos la angkat kaki.

tapi aku suka ending dia..(drama komedi so ending pun ada unsur2 lawak jugak la)bini dia tanya ada berapa simpanan dalam bank,dia buleh jawab 'tak banyak.dalam rm60k je'last-last bini buka kedai runcit dan dia jadi kuli bini dia.

watammat ;)

eh,korang ada pengalaman tak dengan orang super kedekut ni.aku adalah jugak,kisah silam yang malas nak dikenang tapi tidaklah sampai kena kikis.cuma bila makan bayar asing-asing.tak cool okey lelaki camtu.kedekut dengan orang lain boleh kot dimaafkan tapi kedekut dengan anak bini memang melampau la.bukan ke lelaki kerja untuk anak isteri ke?hehe



Buah Jering masih dengan tangkainya yang berkait-kait.Buat sambal sedap ni

apa kaitan Bahrin dengan Tangkai Jering?yang pasti bukan adik beradik,sepupu maupun bau-bau bacang.tapi Bahrin kedekut macam tangkai jering.hehe

dulu-dulu aku penah tanya ayah aku 'kenapa kedekut disamakan ngan tangkai jering?' ayah aku kata 'tengok tangkai jering ni.bukan senang nak kopek dan buahnya silap kopek boleh tersepit tangan.dahlah berkait-kait susah nak leraikan'.

apa yang aku tahu..jering sedap dibuat sambal.

caranya:
-jering tua di parut atau hiris nipis.
-tumbuk bawang putih bawang merah,cilipadi dan garam
-panaskan minyak..tumis semua bahan tumbuk.
-masukkan jering,sekeping asam keping,sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit
-tambah sikit air kalau agak kering dan tunggu sampai jering masak

sekian..sedap dimakan dengan nasi panas.daaaaaaaa

dari drama tv sampai ke resepi.apa citer ;)

6 comments:

Kakzakie said...

Rugilah kakak tak tengok mula kakak ada tengok tapi lepas tu ada tetamulah pulak.

Rumah kg abang ada jering tau Irfa.

NenetPenne (NP) said...

tak penah pulak ada pengalaman dgn orang tangkai jering nih...

Norhaizan hakim said...

kak zan tak makan jering.

Lady Windsor said...

Irfa,
bagus cerita ni kan..saya boleh bayangkan selambanya watak zul tu..memang funny tapi in real masih wujud watak begitu.

saya ada pengalaman dengan manusia tangkai jering. masa belajar dulu. kami dok serumah. bila bulan puasa kami pakat beli kuih dan nasi sebungkus sorang. tujuh orang ada la tujuh bungkus nasi pelbagai jenis. yang sorang ni, kira yang no 8, bila time kami nak p beli nasi jer time tu la dia sakit perut, dia pening etc.

tapi bila time buka puasa, dia dengan muka tak malu nak try semulut jer nasi. kalau dah tujuh suap, dah kenyang juga le kan, itu tak kira dengan kuih muih dan buah lagi. kalau hari pertama puasa kami boleh terima tapi kalau dah 30 hari dia buat buruk laku gitu, kami pakat2 kenakan dia...kami beli nasi bungkus dan makan kat kedai jer..tak tahu apa jadi dengan dia kat rumah..sampai la ni kami tak pernah tanya..

Ibu Khalish n Ilhan said...

saya pernah berkawan dgn org tangkai jering time study dulu. nak2 time makan, org tak ajak nak ikut, dah ikut taknak order lak ckp nak teman kita mkn je. dh tu kesian lak tgk dia bila offer mknan kita nak lak tu dia melantak. pergh...sabar je la.

Rai Ourkizuna said...

haha..aku tertengok jugak sikit..tp shujin yg tengok beria ria..last nya ntah jadi apa aku pun tak tau..