Wednesday, September 26, 2012

Dulu Aku Peminat Mereka

ish..mata sangatlah ngantuk
kalau bosan bukan takde keje tapi mood dah ke laut
maklum dah petang-petang gini kepala duk ingat nak balik umah je
aku suka bukak google dan tekan nama-nama yang terlintas di kepala
tadi saja tekan nama-nama artis yang aku minat zaman sekolah

Wann
-suka dengar suara dia yang serak-serak basah tu
dulu ada kawan sekolah rendah kata muka aku macam dia
lama aku telek celah mana yang sama
mungkin mata la kot sebab sepet cam aku jugak 


Ella
-minat ella sebab dalam bilik arwah paksu aku dulu banyak kaset Ella
bukan kaset je,majalah urtv banyak gambar ella ni siap ngan poster
curi-curi masuk bilik arwah paksu sebab suka tengok majalah
wajah ella dulu dan sekarang berbeza gila
alfatihah untuk Paksu kesayanganku


Shima
-minat lagu Teringin
kenangan zaman sekolah menengah
driver bas suka pasang lagu tu dalam bas
bila dengar lagu tu mesti teringat kenangan naik bas


Abot
-aku minat dia mungkin sebab dia sorang artis pompuan zaman tu bawak lagu alternatif
padahal kalau tanya aku 'apa itu alternatif?'
aku pun tak tahu nak jawab apa
hehe..tapi penah kantoi ngan ayah aku sebab letak poster dia belakang buku teks
ala..pembalut bulu teks transparent (betul ke eja ni)
letak poster dia belakang tu.
panas gak telinga dengar ceramah free
padan muka sendiri 


apa citer mereka sekarang ni ye?
zaman aku minat diorang dulu,aku masih budak-budak
sekarang aku pun dah 30an
diorang mesti dah tua
hehe

10 comments:

cheqna said...

sorang lagi yang nyanyi alternatif ni si norryn aziz tu..fantasi o realiti oh yeah oh yeah...=)

sarah said...

Hmmmm tak teringat plak kat abot tuh..dia la yang paling tak dengar crita..

Rai Ourkizuna said...

kalau tanya budak skang ni tobat diorang tak kenal abot ni kan..hahaha..ish..tua sangat dah ke aku ni..kenapa aku kenal semua retis yg ko senaraikan tu :P

SHAHZEE said...

ella aktif lg kot tp yg lain2 x dengar dah skang ni terutamanya abot..mesti bebudak zaman skang xtau bila kita sebut abot kan:)

JunAina said...

Lagu2 artis2 lama ni menusuk kalbu. Tak macam lagu2 sekarang yg kurang kicknya...

nonie said...

kalau budak2 sekarang... list artis pompuan local derang sure najwa latiff & yuna... lagi lenlain...hmmm adala tapi tak berapa umph sangat kot... tak macam artis dulukan... lagu derang pun lagi evergreen dari sekarang...

Norhaizan said...

minat jugak kat dia orang, paling suka kat shima dgn lagu teringin dia,masa tu pulak tengah putus cinta. minat wan coz dia kawan masa sekolah rendah kat teluk intan, perak..tak satu kelas tapi pernah main batu seremban dgn dia..tak sangka dia jadi penyanyi.

Rashid said...

abot? a'ahh kan. Mana dia sekarang ni? dah kawen ke? hehe ..

azieazah said...

Kak Azie banyak minat artis lelaki banding artis pompuan. Ahaks! hahaha

~Cik Viva~ said...

alamak..lupe la tu nak letak name artis yang paling diminati...iaitu zamani slam...lalala