Skip to main content

Kalau Dapat Kat Orang Rajin..nampak la hasilnya

dapat bahan nak citer bila baca entri kat blog Lady-Windsor semalam.terharu pulak bila baca ucapan terima kasih Lw sebab bagi pisang tu masa beraya ke rumahnya 2 minggu lepas.sebenarnya aku yang malu sebab datang umah orang bawak pisang.macam orang tua dulu-dulu pulak bila bawak pisang sebagai buah tangan.tapi memikirkan  pisang yang baru tebang tak tahu nak bagi sapa..itu yang bawak sebagai buah tangan.nak hulur kat tuan rumah pun tersipu-sipu malu.huhu

aku dah banyak kali citer yang kat belakang umah aku ni ada banyak pokok pisang (lebih dari sepokok kira banyak la kan?hehe) tapi belum boleh dipanggil kebun pisang sebab tak lebih dari 10 pokok.

bulan lepas 4 pokok berbuah serentak.masa tengok pokok tu berbuah aku yang risau.dalam hati berkata-kata 'alamak..banyaknya buah.sapa nak makan ni?'

walaupun si kenit memang suka pisang dan setiap hari lalu bawah pokok pisang tu dia akan berkata 'umie.belom masyak'.tapi kalau dah banyak-banyak dia tengok pun dah tak lalu.memang rezki jiran-jiran sebab kami dah tak termakan.boleh kata jiran sederet dan jiran belakang rumah dah merasa pisang dari pokok yang ayah aku tanam tu.tq ayah,rindu pulak kat ayah*tetiba*.

tapi..................selama ni aku cuma makan mentah dan sesekali buat cekodok bila pisang tu dah nak lebam tapi tak pernah sekali pun aku buat kek pisang @ kerepek pisang.dah banyak kali mil bagi hint katanya 'pisang tu buat kerepek sedap' .hehe..sorry mama,menantumu ini tak berapa rajin nak berkerepek.merepek kat blog bolehlah.hehe


tengok ni..telan air liur kan?sambil minum petang makan muffin pisang.

Muffin Pisang by Lady-Windsor


close up

pisang tu dapat kat orang rajin terus bertukar jadi muffin pisang.dapat kat aku,lambat lagilah dia nak bertukar jadi muffin ;).

petang semalam balik keje,tebang lagi sepokok.so tinggal lagi 2 pokok masih berbuah.kita tengok la apa jadi ngan pisang tu nanti.

dear Lw..tq sebab sudi kongsi resepi.bila tahun agaknya saya nak buat tu yer....

Comments

Kakcik Seroja said…
Rajinnya LW. :)

Kakcik suka makan masak lemak cili api pisang muda.
Biarlah rahsia said…
k.bi baru ni pun...byk benar pisang kat rumah...yg org bg...yang kita tanam...untung jiran mmg boleh mkn pisang free...sampai hari2 buat cekodok, kek pisang, lempeng pisang....mcm2 lah...tp pisang tu klu simpan dlm peti dia boleh tahan lama juga...buang kulit simpan dlm tupperware...
Acik Erna said…
dik kalau dapat kat orang ajadi muffin..kalau rasa dah tak rajin..buat lempeng pun sodap.
Kakzakie Purvit said…
Irfa apa susah bagi je kat Acik erna. Dia apa pun boleh diolah jadi resepi sedap. Pisang muda, tua, masak, lembik semua dia pandai..
NenetPenne (NP) said…
i bawak epal jer masa pegi rumah LW hari tu... tu pun epal i tanam kat Carrefour.. :)
Unknown said…
kat rumah aku pun bebudak tu suka sangat pisang..aku kureng sikit.. maklumlah besar tepi pokok pisang.. jemu dahh..hehehe..

so far paling banyak ayah aku bagi setengah tandan..taktau la kalau dah ada pokok pisang tepi rumah esok diorang lalu lagi tak nak layan pisang hari2...hehehe..

hish..aku tak bawak apa pun pegi rumah ko..sori eh..
Unknown said…
lau dah berbuah nanti bagi kat akak yea,akak dan family memang suka pisang...asyik beli kat pasar malam jeh mana larat sesekali tu nak lah yang free hi hi
-Sara- said…
ehehe..sme mcm sara kalau dpt pisang ngap trus cmtu jee..xpon kodok pisang jelaa..hehe :P
Yellow said…
irfa, lama jugak tak jenguk blog ko... ade cerita best la.. nanti kita borak okay?


raya hari tu, mak mertua bg aku 2 tandan pisang.... habis dlm mase 2 minggu je kau!! hahaha umah aku tu, ko campak batu ngan kayu pon habis!!! hahahaha
azieazah said…
Kak Azie cuma minat Goreng Pisang dan Kerepek Pisang saja. Yang lain menu pisang, kurang skit.

Elok juga tu. Ambik pisang muda buat kerepek! Cuba laaaaaaa Kita nak rasa secara maya!
Unknown said…
org moden panggil muffin pisang... org lama sikit panggil kek pisang... rasanya sama jer kan
HeNRieTTa JoSe said…
Muffin pisang....yummy....rietta pown buat lepat ngn cekodok ataw goreng jew...lain lain mngharapkan bonda ataw ibu....
Ann Ishak said…
Sedapnya muffin pisang tu, keliur sudah ;p
Hanis Azla said…
klu dapat kat akak.. setakat mampu jadi cekodok pisang ajelah.. he..he.. itu aje yang senang buat org yg tak berapa rajin.. untungnya bila berbudi pada tanah kan irfa.. dpt berkongsi dgn org lain juga hasilnya.. Alhamdulillah..
Mulan said…
adei... kecur2 mulut ni..
Irfa said…
KAK NET..
wah..tak tahu pulak net ada kebun epal kat C4
nnt bolehlah saya tumpang petik
hehe
Irfa said…
KAK ZAKIE..
rumahnya kak erna tu kalau dekat boleh je saya hulur ikot tingkap.tapi masa beraya umah kak erna pisang lom masak.takde rezki
Irfa said…
KAK LIENDA..
insya Allah,bila mak buyung yg sebut cuba ditunaikan ;)
Irfa said…
RAI..
aku pun takat sebiji tu boleh la..itupun size kecik.
kalau pisang ni..kena potong 2 la..besar sgt

ada aku suh ko bawak apa2 ker dtg umah aku tu ari?
takde kan?jgn nak ngada2 eh
Irfa said…
YELLOW..
aku igt ko dah lupa password blog.hehe

wah..hebat ko sampai batu ngan katu pun makan
spesis gigi besi ni(gurau je ye)
Irfa said…
SARA..
samalah kita.kdg2 tu buruk sbb lupa ada pisang kat umah
huhu
Irfa said…
KAKCIK..
itu kisah org rajin ;)
dah lama saya tak makan gulai pisang muda
Irfa said…
KAK BIE..
duk rumah area kg lagi banyak benda boleh tanam ye ;)
saya penah juga simpan dalam peti..mmg tahan lama
Irfa said…
KAK ERNA..
tak penah buat lempeng pisang :(
NenetPenne (NP) said…
boleh boleh... tak ada hal punya..ha ha ha....
ZieMarziah said…
sedapnya muffin pisang..sy kalau kerja2 baking ni sy suka tapi kalau keje2 nak mengkerepek mmg malas huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')