Thursday, September 13, 2012

Kuih Raya itu bukan aku yang punya

sambil buat keje,sambil mengunyah kuih raya.sedap pulak rasanya..tak sedar abis sebalang.kalau ada orang tanya aku soalan

'waktu bila kah kuih raya nampak sangat sedap?' 

pasti dengan yakin akan ku jawab

'kuih raya nampak sedap selepas raya'

tak percaya tengok ni?walaupun cuma sekeping gambar yang bisu tapi ia boleh membuatkan air liur berebut-rebut nak keluar.sedangkan masa hari raya,kuih raya ini usahkan nak pandang..jeling pun tak nak.

gambar ini diambil masa makan-makan raya jumaat lepas

8 comments:

Mak Wardah said...

Irfa, perasan tak budak2 zaman ni tak macam kita dulu2, perabih kuih raya yang tinggal serdak dalam tin tapi la ni dia orang tak pandangpun kan...

kakcik said...

Makin hujung Syawal, makin terasa nak makan kuih raya. :)

azieazah said...

Betul lah. Benda kalu dah banyak, pastu ada menu juadah lain yg boleh dipilih, Kuih Raya jarang nak sentuh. Bila dah takda ketupat lemang soto mee kari... nahhhh berebut serdak kuih raya...!

Acik Erna said...

dik kalau dirumah akak ni tak sempat nak tunggu selepas raya..cepat habis...alhamdulillah tak membazir

Nieda said...

betul, kalau hr raya nak makan ketupat lemang. kuih raya tak pandang pun.

SHAHZEE said...

tunggu biskut jadi serdak baru pakat berebut hahaha

Rai Ourkizuna said...

serdak tu yang sedap..tapi takde lah pulak aku saje2 nak hancurkan biskut jadi serdak kan..hehehe..

Lady Windsor said...

saya baru dapat empat balang biskut, sedap plak tu..meh la rumah...:)