Skip to main content

Macam-Macam Cerita dan Beraya Rumah Blogger

hai hai hai :)

super bizi la sejak masuk keje pagi tadi sampai sekarang..huhu.nak nanges rasa hati.bosan dengar orang keliling bercakap,last-last sumbat telinga dengan earphone layan celoteh DJ kat SinarFM.pastu senyum sensorang bila Dj buat lawak sengal

cuti jumaat,sabtu dan ahad beraya ke mana korang?aku ada beraya satu rumah je..plan nak beraya umah 2 orang makcik(shah alam dan kajang) terpaksa kensel atas sebab teknikal..

Jumaat..pecah rekod sebab bangun pagi-pagi semata-mata nak tengok perarakan Merdeka kat tv..dah lama sebenarnya aku tak tengok perarakan merdeka kat tv.selalunya aku buat-buat lupa bila tiba hari Merdeka.entah kenapa tahun ni rasa semangat patriotik tu lebih sikit.siap paksa si abam bangun sama tengok tv.emmm..dia layan nak ngan taknak je..mata pun tak berapa nak bukak

petang pulak..adik datang siap tapau nasi arab.lain kali aku ingat nak tapau je nasi arab ni makan kat rumah.lagi sedap menyuap.kalau kat kedai,makan tak jatuh kat perut sebab mata kena pantau anak sekali, takut dia panjat meja.

lepas dah kenyang perut keluar cuci mata kat Aeon Seremban2..bukan nak beli apa pun,eh lupa..aku terbeli langsir.ada offer so beli jelah.dah berzaman tak tukar langsir.ni dah tukar mungkin abam dah masuk form 5 baru tukar baru kot.hehe,gile penjimat kan?


abang jadi model beg kain langsir,layan jelah abam oi..

Sabtu..tengah hari aku ditemani adik-adik beraya ke rumah sorang blogger di windsor (tapi bukan di UK ye tapi di kajang)..layanan yang mesra membuat kami tak sedar duduk sampai 3 jam lebih.huhu..pertama kali aku beraya umah orang sampai berjam-jam.selalunya 1/2 jam dah mula cipta alasan nak balik.paling lama beraya sebelum ni ialah kat rumah kakakku sayang di Senawang itu.mau tidaknya..makanan yang sedap dan tuan rumah yang sangat ramah buat masa berlalu begitu cepat.masa nak kesana ambik masa 1 jam tapi masa nak balik jumpa jalan shortcut..1/2 jam dah sampai area Nilai.

Ahad..sepanjang hari duk rumah melayan tv dan anak tekak.bahaya sungguh la..asik makan je kejenya.aku tertunggu2 ada 'orang tu' katanya nak datang beraya.sampai ke petang tak nampak bayang..(siapa itu..kalau dia baca,ye..anda lah orangnya).

tapi malam baru lah dapat sms sebab dan musabab tak dapat datang..ye,aku paham..takpe,raya masih ada lagi..

hari ni posa ganti..(dah niat nak ganti posa awal-awal,tak nak jadi macam yang lepas-lepas.dah hujung2 baru nak ganti.huhu).

bila posa..hidung jadi extra sensitif..asik bau makanan je.apa cer?

Comments

NenetPenne (NP) said…
jumaat tu pun i bangun pagi tengok perarakan merdeka kat tv..oklah tu kan...kalau nak ke dataran merdeka rasanya tak dapat kot... kuasa nak sesak2 kat situ...

eh i pun ada pegi jugak ke rumah area windsor tu tapi hari ahad... rumah yang sama ker??? heeee

Arena said…
Aku pon insyallah puasa. Nak ganti sementara larat. Aku pikir2 lepas deliver pon sure haus semacam sbb breatsfeed sumer kan, so ganti jelah dua hari yang termiss tu. harap2 berjaya puasa hari ni. Insyallah. Selmat mengganti ye, elok ganti awal2 kan, kalau tak jadik cam aku memanjang masa kecederaan baru nak ganti, kan,

Irfa, masa aku turn kuantan tu aku ada pm kat fb, maybe leh jumpa kat klia. Takde rezki, ko tak login kot. Anyways, maybe next time yer.
Lady Windsor said…
i tak pergi mana-mana...i tunggu orang datang beraya kat rumah jer..eeee u all patut tidur kat windsor tu..tengok cemane dan apa lagi yang dihidangkan...kehkehkeh!


Tak puas eh tengok kenit senyum...comel jer dengan baju kurung pink dia tu..:)
Kella said…
salm singgah jalan jalan raya.. =)
ZieMarziah said…
model langsir mmg ensem hehehe

*orait gak kan ganti awal2,kadang2 terleka sedar2 je dah nk masuk ramadhan lg*
Acik Erna said…
dik huhu..memang kita serupa..kalau lansir tu..boleh tak ganti..tak berabuk bagai.mau tak turun2kan sampaur guugr sendiri..malas bebeno..
Salam Irfa,

Apa yg LW jamu you all kat windsor? mesti best kan?
Irfa said…
NET..
bagi yg baru nak kenal dunia la gi dataran merdeka tu.hehe

yelah kot..umah batu bata tu kan?hehe
Irfa said…
LW..
mula2 malu jugak sbb kami je tetamu.igtkan ada orang lain :)
dah lama2 tak malu ;)

malam tu pun dia mintak nak pakai 'baju laya'.
suka betul dia pakai baju kurung tu..kena beli banyak2 la kot
Irfa said…
CEQNA..
mmg plan nak ganti awal..tapi cabaran mmg hebat bila puasa di masa org lain sedap makan ;)

aku jarang bukak fb.huhu
Irfa said…
kella..
jemput masuk..selamat hari raya
salam kenal ye
Irfa said…
KA..
cheese cracker layer cake yg KA tunjuk kat blog tu dan nasi beriani ;)
makan free dan di masak dgn kasih sayang haruslah sedap
Irfa said…
KAK ERNA..
hahaha..tau takpe
bunga langsir dari warna ceria smpai naik pudar baru tukar
sib baik tak mereput..
Irfa said…
SHAHZEE..
mekasih..berkenan nak buat menantu nanti sila isi borang :)
bercinta nak mengganti..tinggal 3 hari je lagi
baru ganti 2..huhu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')