Skip to main content

Masterchef Malaysia Musim ke2

Salam Hari Khamis..suks-suka..hari ni dah khamis la
esok jumaat..sabtu ahad cuti
ye haaaaaaaaaaaa


aku perasan sejak dua menjak ni selalu tido awal
penat sangat ke?
nak kata keje penat bukan membajak sawah
tapi sapa kata keje pejabat duk dalam ekon tak penat?
penat tau..penat badan dan juga otak

kalau dibandingkan antara 
keje pakai kudrat
dengan keje pakai otak
mana lagi penat?

kalau penat badan boleh di urut-urut
tapi kalau otak penat nak buat apa?
kena bercuti-cutian kot
hehe

adakah kena ambil vitamin tambahan?
yelah..umur pun bukan makin muda 

malam tadi miss tengok Masterchef




peserta masterchef malaysia musim ke 2
aku perasan dalam musim ni banyak peserta yang bekerja dalam sektor penerbangan
ada pelajar penerbangan (bakal pilot la kan)
ada pramugara
bekas pramugari pun ada(bekas tu kira jawatan jugak ker?pelik..
bekas pelajar pun ada
kalau dah bekas tulisla apa yang dia buat sekarang
kalau suri rumah tulis jelah 'suri rumah'
kenapa nak tulis bekas?
mulia apa jawatan suri rumah tu
okey..abaikan

oh lupa nak citer
kawan satu kompeni pun ada masuk
dia pramugara juga tapi takde rezki dia
awal lagi dah tersingkir

ni nak citer
korang tahu tak aku suka tengok sapa dalam Masterchef Malaysia musim ke 2 ni?
tak bagitau manalah orang tahu kan?

tara..........ini dia.Che Lah,dr Jb
Che Lah gambar dari sini

yang katanya 'sapa kata orang cantik tak pandai masak?'
macam-macam orang kata dia tapi aku rasa dia ni berani
mungkin Astro saja nak buat dia sebagai daya penarik kali ini
dan dia berani menyahut cabaran

go go Che Lah ;)

tak suka?
takpe..
janji aku suka
hahaha

Comments

Biarlah rahsia said…
salam irfa...nk minta no. handset irfa boleh...kot2 boleh jumpa pg esok kat KLIA...
Aku tak ikut pun MC ni...

Aku pun mcm ko, mudah sgt lemah badan2 ni. Nak kate tua, mude g. Ceh! mude ke?
zana-norzana said…
Irfa suka che lah ya!!! Saya suka Nora.... sebab dia pernah bekerja di Nilai Uni. support sikit rakan sekerja...... dia berhenti kerja sebab nak joint master chef ni.... anak saya cakap, "kalau Nora tak menang sia-sia saja dia berhenti mama".
Irfa said…
@KAK BIE..
okey..saya dah tinggal no hp dlm blog akak.nanti check ye ;)

@FARA..
mula-mula tertengok,pastu melekat sbb aku suka tengok gelagat che lah ni.hehe.aku dah 30an tua la kot.haha.
eh ko lagi muda rasanya kan?

Irfa said…
@ZANA-NORZANA..
oh kawan ye?
kalau kawan kenalah support
kawan saya pun ada masuk tp dah tersingkir awal ;)..yg nama Fairuz tu tapi rasanya dlm tu dia pakai nama lain.moga ada rezki Nora ;)
Nieda said…
jeles lah kat irfa punya byk idea buat entry. Akak pun ....bercinta nak publish satu2 story hihhi
Irfa said…
@KAK NIEDA..
tak payah jeles la kak
bukan entri ilmiah pun,merapu je yang lebih ;)
Kakcik Seroja said…
Kakcik tengok bila 'tertengok' je... :)
Tiada Bernama said…
ou.. adik lelaki kak irfa pon suka che lah jugak kn? :-)
Unknown said…
ewah ewah..berjanji janji kita kan.. haha..

erkk..aku tatau suka sapa..aku tak tengok pun sebenarnya :P
wakgelas said…
wak dah lama X tengok tv tuuuu....uuuuu
:: CIKVIVA :: said…
adik lelaki irfa suke ilaika...hehe
:: CIKVIVA :: said…
oh ye..mlam td doktor tu yang terkeluar.. mgkin die masak tak ikot tema kot..
♥cikmOt♥ said…
eh semalam saper yang terkeluar ek
Mulan said…
tak sempat nak jengah masterchef ni lagi.. asyik berebot tv je..

kadang kan, kalo jumpa kenkawan segan tau nak cakap kita surirumah.. masing2 ada kerierrr tau..

ada yg kata "oohh, u duduk rumah JE..."

ya laaaa.. DUDUK RUMAH JE.. saya duduk rumah ke.. goyang kaki tangan satu badan dangdut tiap hari..!! wakakaka... kurus tak jugak..
HeNRieTTa JoSe said…
program feveret bonda nie...hehehe...
Biarlah rahsia said…
esok k.bi nakgi kuching...hope dpt jumpa irfa esok antara jam 8-9.30 pagi...
Dr K said…
che lah tu pandai buat 'kontroversi'..supaya dpt attention..tu pun strategi tau..:)

keja dlm ekon ..badan mmg akan sakit2..tak sihat, tak keluar peluh..ekekeke
-Sara- said…
aah kita bru start folo MC 2 ni mgu nii.. meriahlah ada org cm che lah tu sbb klo x, xde isu lak kan..hehe
NenetPenne (NP) said…
tapi kan tapi kan akak belum lagi nampak yang beraura ...

haaa kan..naper nak tulis dia tu bekas itu dan ini..tulis je lah pekerjaan sekarang... yelah nanti orang tak tahu pulak dulu dia tu peramugari ke apa... tu semua marketing strategi laa irfa... kalau tulis semua surirumah mcm tak ada soul gitu programme tu... haa gitu...

jom kita masuk tahun depan, bab kupas bawang jer, akak terus tersingkir..bhahahaa
Unknown said…
tak suke che lah,tak suke tak suke tak suka....
bangsawan nilai said…
aku rasa kali ni masterchef lelaki yg menang...hi hi
Amalina Ali said…
Nana pun suka Che Lah. dia ni berani menyahut cabaran. Semoga Che Lah sampai ke peringkat final. :)
Anonymous said…
MC 2 kali ni ramai yg hndsome2 n cantik2..Astro saje je tu nak bagi rating naik nak kata diaotg ni bgus x la sebgus mana pun ada yg lebih bgus tp x dpt msuk top 24 juri pun mcm pilih kasih aje..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')