Skip to main content

Beraya dengan Blogger dan Minum Petang bersama Jiran-Jiran

Assalamualaikum and Good Morning korang ;)

dah bekfes ker?aku bawak bekal pagi ni..bihun goreng lada hitam,belen buat minum petang bersama jiran-jiran petang semalam.akhirnya tercapai jugak hajat nak ajak jiran-jiran datang umah.aku jemput yang dekat-dekat je dan jugak akak-akak yang penah jaga anak aku.

sebelum tu..kita layan kisah petang Sabtu.ingat tak aku duk canang konon banyak jemputan open house tu?memang banyak tapi aku cuma dapat pegi umah kak erna je itupun sebab dah janji dari minggu lepas nak menemankan si Rai yang nak kesana.dia datang umah aku dulu dan kami konvoi ke sana.adik-adik aku pun join sekali.


kan selalu aku citer jalan-jalan dengan adik-adik,ni le 2 adik aku yang selalu datang lepak umah aku hari sabtu@ahad dan diorang berdua jugak selalu teman/bawak aku jalan-jalan bila en abe keje.kalau takde kemana-mana kami lepak je sambil makan-makan kat umah aku...

perkenalkan,belah kiri Ichik dan belah kanan ialah MakCheq.
Itu panggilan anak-anak aku pada mereka berdua.

kami sampai umah kak erna jam 4 petang.elok sampai hujan pun turun.memang nak suh kami berlama-lama la tu..hehe

emm apa tunggu lagi kalau meja dah penuh makanan..macam-macam ada.tapi aku ambik rendang pedas,gulai itik,sambal tempoyak-yang memang feveret aku selamanya.

menu yang sentiasa aku tak tolak ,air tangan kak Erna .siap tapau lagi..huhu

tengah sedap menyuap..ada blogger sampai.tergamam sampai terus tak lalu makan..dah lama baca blog Tijah tapi tak penah bersua muka.lawa dan peramah orangnya.kalau baca blog dia mesti senyum sorang-sorang.

dari kiri Kak Erna,Aku Irfa,Tijah dan Rai
lepas Tijah balik..datang sorang lagi blogger tapi aku ingat-ingat lupa apa blog dia sebab jarang baca cuma nama penah dengar,(jumpa dulu baru baca blog..hehe) ini blognya..Flower's of my life tapi lupa nak ambik gambar bersama,lagipun member baru sampai masa aku dah nak balik.

kul 6.00 petang kami beransur sebab nak hantar adik lelaki aku balik umah dia..diorang ni sebelum datang umah aku dah ada agenda sendiri..onthe way balik umah meneman adik membeli barang.nak tahu korang pegi la baca blog empunya diri,CikViva.

hari Ahad..sarapan pagi ditaja oleh jiran sebelah.menu utama nasi lemak dan pulut kuning dengan sambal sotong.seronok tengok orang makan..terlintas dihati nak ajak jiran-jiran minum petang.so masa nak balik aku bisik-bisik kat telinga jiran bagitau 'datanglah umah lepas asar,bukan open house ye..saja nak ajak minum petang'.

so pukul 3.00 petang aku dah masuk dapur.ala bukan nak masak beria pun.2 bungkus bihun dan 2 bungkus pasta macaroni je.. menunya..bihun lada hitam + sambal kicap,macaroni goreng cabonara (suka ati je letak nama).agar-agar sirap dan minumannya-air sirap dan teh o panas.

abaikan bekas tak sedondon itu..ingat nak beli la bekas buffet tu..senang nak letak makanan bila jamu tetamu.takdelah kes bekas tak sedondon.


bihun lada hitam dan macaroni cabonara goreng

agar-agar sirap ros

gambar masa tetamu datang tak ambik..segan kalau jiran tahu aku blogger ;)

okey..itu je nak citer,bos takde kemain lagi ko Irfa,pepagi dah ngadap blog...ni le namanya peribahasa 'kucing takde,tikus berlari-lari atas meja'


Comments

♥cikmOt♥ said…
samalah kita...sabtu ahad tak masak pung...penuh undangan sana sini
Kakcik Seroja said…
Waaaa... kenapa Acik Erna tak ajak kakcik? Sambal tempoyak tu nampak sedap sangat. :(
Acik Erna said…
dik sama la kita..bekas main hentam je..bekas ada jugak beli tapi ad yang pinjam..bila sendiri nak guna tak ada he he
Kakzakie Purvit said…
Kakak dah agak mesti Irfa pun pergi juga sebab rumah Acik Erna buat open house. Kalau sesiapa yg dah selalu masuk blog acik erna memang dah boleh agak airtangan dia memang sedap walau kakak belum pernah merasa...
emarieys said…
ada baca belog rai tadi..sian anaknya damia..tercirit birit..seronok juga berkonvoi pergi open house
Unknown said…
maluuuu...hihikk..muka aku cam tembam sikit kan dalam gambar tu.. hahaha..

eh nak gambar kita berdua tu..nanti ko email okeh..
pB said…
tak jemput pun kak pB ...
makchaq said…
Makanan yang penting.. bekas tak kisah..
Cekap memasak.. sekejap dah siap spageti, mihun dan agar2..
makchaq buat agar2 selalu tak jadi.. kadang keras sangat, kadang lembut sangat..
Ummi said…
akak suka peribahasa yang last tu hehehe :)

sabtu pun dapur akak tutup, kenduri adan open house, ahad buka balik dapur dari pagi sampai pukul 6 ptg... fuh letih :)

sedap sambal tempoyak kak erna tu :)
ZieMarziah said…
wah meriahnya cuti ujung minggu hehehe sambal tempoyak 2 nampak menarik la
NenetPenne (NP) said…
ooo tu rupanya rai dan tijah yer...
HeNRieTTa JoSe said…
bestnye....carbonara...yummy....bihun lada hitam pown suka jugak...
Ati Masrif said…
salam kenal di blog pula

seronoknya dapat tapau :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')