Skip to main content

RM di Baris Pertama SinarFM

HAI :)
SELAMAT PAGI..

pagi ni entah kenapa mata macam ada gam uhu cap gajah duduk (eh!gajah duduk bukan kain pelikat ke?).mungkin ini natijah kerana melayan drama korea malam tadi.dah la citer tu abis jam 1pagi pastu baru je nak lelap en abe baru balik keje,layan en abe borak sampai jam 2pagi.mana tak ngantuk.huhu

mata ngantuk ker?jom kita layan radio.aku suka layan SinarFM sebab lagu-lagunya sedap ditelinga walaupun agak retro.zaman mak ayah aku ni tapi mungkin faktor umur,aku pun dah suka layan lagu-lagu macam ni.tapi itu tak bermakna aku tak layan lagu zaman sekarang.kan ke feveret aku adalah Yuna Zarai.hehe.

peraduan dapat duit cash di Baris Pertama di SinarFM bersama Dj feveret aku,Abby Norfanaskova aka Kak Bed.perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..kan best kalau tengah-tengah bulan ni dapat duit cash selepuk rm3100.dahlah rasa lama sunggu tunggu gaji bulan ni,mana tidaknya sebab bulan lepas dapat gaji awal.tu pasal rasa lamaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak tunggu gaji bulan ni.oh ye,bagi orang lain mungkin sikit rm3100 tu tapi bagi aku macam-macam benda boleh beli tu..nak terbang gi jalan-jalan ke Swiss macam cik puan Chawanna pun boleh ni.hehe.mata ngantuk ni mula la otak berangan macam-macam.

DARI SINI
satu je aku perasan,kalau bukan kita yang call..masa tu laju je otak menjawab soklan.tapi cer kalu kita yang buat panggilan tu..rasanya kelu lidah kot.

penah aku @#%^*& bila ada pemanggil tak dapat jawab soklan yang super duper senang.masa tu aku rasa kalau aku call konfem menang punya.tapi cakap banyak pun tak guna kalau call pun tak.hehe.

seingat aku la,aku penah menang ruangan warkah sembilu dalam majalah Gelihati masa sekolah dulu-dulu tapi hadiah tak sampai kat tangan aku pun (ala..hadiah pun cuma naskhah percuma untuk bulan tu je.bukan peti ais 3 pintu pun) walaupun cuma hadiah majalah percuma tapi ralat jugak sebab aku takde copy tu..sebagai kenangan katanya.hadiah hilang di pejabat pos,rumah2 dikampung aku takde peti surat.semua surat sampai kat kedai depan simpang je.sapa-sapa pun boleh ambik surat tu.huhu..tu pasal kalau bercinta zaman dulu mesti kantoi ngan mak ayah.eh!aku ada ker?lalalalalala

korang pulak penah ke menang peraduan ?radio,tv @ majalah?
mesti bestkan..

emmm..nak call ke tak nak kak Abby ni?kalau dapat tembus talian tapi takleh jawab mesti  malu kan?adoyai..belum cuma dah takut,apa cer...


Comments

Unknown said…
hahaha..aku pun selalu ada perasaan macam ko..dah susah payah call lepas tu soalan senang pun tak dpt jawab. baik bagi kat aku..padahal aku tak call pun..hihihi..

aku malas masuk peraduan..tau dah tak menang!
Anamarza said…
Tapi belum cuba belum tahu kan, mana tahu memang dah rezeki...orang kata untung sabut timbul...
ZieMarziah said…
lumayan adiah..kalau menang tido peluk duit la hehehe..
x penah dapat pun kalau call,geram je bila pmanggil xleh jawab soklan senag.xtau jawab xyah la call kan hahaha
Mulan said…
pernah jawab soklan kuiz bola dlm radio, dapat kasut but bola tau.. wakaka... nak main takleh, kasi uncle..
Unknown said…
Sy pun suka dgr sinar.cubalah,mn tau menang
Kakcik Seroja said…
Dulu2 kakcik dan suami rajin masuk peraduan. Pernahlah menang beberapa hadiah SAGUHATI SAHAJA. Lama kelamaan dah malas/takde masa...
bangsawan nilai said…
bkn rancangan radio la tapi baucer petronas rm200. lepas la duit minyak sebulan...he he
TiranaAduka said…
selaku blogger baru..maaf sya singgah

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')