Skip to main content

Suami Seperti Encik Abil,1 Dalam 1000

sapa tengok Tv AlHijrah,rancangan Soal Wanita jam 8.30 malam Sabtu yang lepas?aku tengok pun sebab kebetulan baca akhbar petang tu.so memang aku tunggu siaran ni.kalau tak memang tak tengok.hehe

Malam tu pengacara ada Natasya Hudson.tapi bila gugel jumpa yang ni je.. 

kisah seorang blogger,En Abil yang menulis setiap saat dan hari bagaimana dia menjaga isterinya yang sakit kerana serangan asma sejak Jun tahun lepas.Warkah Buat Isteri nama blognya.Kalau aku kata En Abil ni suami yang 1 dalam sejuta..cam melampau sangat.Penduduk Malaysia pun baru berapa juta.nak letak 1 dalam 10 macam susah je nak tengok kisah macam ni.kisah suami jaga isteri sakit jarang dipaparkan mungkin sebab susah nak jumpa dan mungkin juga diorang yang taknak share dengan masyarakat.betul tak?aku baca blog dia melalui laman blog kakciknurseroja.

Bagi yang belum kahwin mesti berangan nak dapat suami macam dia dan bagi yang dah kahwin akan doa banyak2 moga nanti kalau sakit akan dapat suami yang jaga kita sepertimana macam En Abil jaga isterinya.Fauziah yang dipanggil Gee itu .jangan salah faham,bukan nak tukar suami ye.Aku dah cukup bersyukur dengan 'soulmate ku itu'.

Selalu sangat kita baca,dengar dan lihat bagaimana seorang isteri berkorban dan menjaga suami yang sakit tapi jarang kita dengar,baca dan lihat bagaimana seorang suami buat begitu.So bila lihat bagaimana kisah suami jaga isteri yang sakit kita rasa kagum.Tak ramai lelaki@suami yang mampu buat begitu.Yang tinggal isteri yang sihat walafiat tu bersepah lah.Takde alasan apa pun.isteri baik anak berderet tapi hati dah berubah dan alasannya nak bercerai sebab 'takde jodoh' yelah..takde jodoh.Biasa kita dengar orang kata 'kalau kawin dah jodoh.dah cerai takde jodoh'.betul lah tu..komen lebih2 nanti ada orang hantar hadis kat aku pulak.

berbalik kepada En Abil,lebih kurang begini katanya 'Fauziah saya nikahi kerana Allah.dia jodoh yang Allah beri pada saya.Masa akad nikah saya terima dia seadanya.bukan hanya masa sihat dan senang.Saya jaga Fauziah kerana Allah dan ini ujian untuk saya dan saya terima'.

aku tengok siaran ni dengan mil yang waktu tu tengah tak sihat(demam),meleleh aku tengok airmata mil bila tengok siaran ni.huhu..dengan aku sekali naik sedih.rancangan macam ni pompuan je yang selalu tengok.lelaki pun kena paksa dengan bini baru tengok kot.haha

Kepada EnAbil,tahniah kerana anda berjaya membuktikan bahawa tak semua lelaki itu sama.Selalu orang kata lelaki tak pandai jaga isteri yang sakit dan macam-macam lagi tapi anda telah membuktikan tak semua lelaki itu sama.Bertuah Kak Fauziah kerana jadi isteri En Abil.Semoga dengan izin Allah,Kak Fauziah akan pulih.Amin.

Kalau rasa tak mampu nak tolong cara lain,tolong dengan cara berdoa je pun boleh.tak susah kan?semoga Allah makbulkan doa salah seorang dari kita.Insya Allah

Comments

Unknown said…
Setiap kali menjenguk blog en abil, mata mesti bergenang.
ZieMarziah said…
terlepas tgk rancangan 2 padahal dah set dalam kepala nk tgk en.abil kt tv..bila baca warkah buat isteri rasa sebak yg teramat,alhamdulillah gee dikurniakan suami yg sanggup bersama susah dn senang.mudah2an kesihatan gee pulih spt sediakal amin..
NenetPenne (NP) said…
rasanya kes ni dah keluar dalam paper Sinar last week atau 2 weeks ago kalau tak silap..

sebak baca pasal kes tu... dia kata dia buat tu sebab dia fahami apa yang terkandung dalam bacaan taklik tu...dia kata lagi, kalau saya tak jaga dia, pada siapa lagi isterinya tu nak bergantung harap. and then dia sanggup berhenti kerja semata2 nak jaga wife dia sebab tak nak susahkan keluarga. tiap2 hari dia baca quran dan ketika bersahabat degnan quran lah jiwa dia tenang dan segala urusan dia dipermudahkan..

akak kan rasa nak lempang2 jer muka bekas laki akak bila dia kata, nak buat cemana, kita dah tak ada jodoh... eeenn cam vavi jer...

ha haha..sorry teremo kat blog orang...he he he..
Irfa said…
@KAK NORHAIZAN..
saya pun sama.bila baca blog dia mesti rasa 'alahai..bertuahnya kak gee tu'

@SHAHZEE..
kebetulan baca paper tu kt klinik dan malam tu dah set nk tgk..sib baik masa tu ada kat umah.terus tukar channel..terjerit2 anak akak sebab tgh sedap layan kartun kena tukar channel.hehe.insyaAllah.spt kata en Abil,dia yakin setiap penyakit ada ubatnya,sama2 kita doakan ye
Irfa said…
@KAK NET..
kalaulah semua lelaki begitu.paham dengan makna taklik pasti tak berlaku kes isteri di aniaya.ini yg ramai seronok dapat kawen..baca taklik ambik syarat je.menyedihkan..
Zareda Norman said…
klu sebut suami jaga isteri sakit.. cik hubby akak salah sorangyer lah. masa kak zar sakit tahun 2007, dialah jaga.. ada masa kritikal kena pakai pampers dewasa.. dia jugalah yg tukang cuci.. ishh maleh nak citer nanti drama air mata.. dunia dan akhirat kak zar tetap nak dia sbg suami..sbb tuah klu hal kecik kecik gaduh tu kak zar redha aje sbbpengorbanan dia pada kak zar terlau besar. tapi ramai ugak kak zar tgk suami jaga isteri sakit. ep atau embun pagi.. 18 tahun jaga isteri da yg sle sampailah isteri dia meninggal, baru dia nikah lain..
Anonymous said…
betul tu, susah nak jumpa suami semulia ini, doakan yg terbaik aje !
mama aryan said…
doakan yg terbaik utk en abil,bole jenguk blog dia lah
Anna said…
Susah nak dapat suami mcm tu..setia hinggak ke hujung nyawa....mudah2an suami kita jugak akan setia begitu..insya ALlah
bangsawan nilai said…
sebenarnya ada ramai. cuma tak dipublisitikan...he he

gua respekla en. abil ni
Lady Windsor said…
untunglah siapa yg dapat suami macam abil tu...tapi kita tak tahu apa dalam hati dia..mungkin dia bercakap di luaran begitu tapi dalam hati dia lain kan..bukan saya nak memperkecilkan abil, bahkan saya sanjung prihatinnya kepada fauziah itu..
sarah said…
syahdunya rasa..moga Allah merahmati hidup mereka..
Salam..tqq coz share cita Gee di blog ni, sgt saya hargainya..tq tq..

...apa yg nampak dari luaran saya, ianya sebenarnya datangnya dari dalaman diri...InsyAllah,,Lady Windsor.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')