Monday, October 29, 2012

AL-FATIHAH untuknya

Korang ingat tak aku penah tulis pasal sebuah drama 'loghat Ganu' yang aku suka dan wajib tengok masa bulan Ramdhan tu ari?kat sini aku tulis,Masihkah Ada Ramadhan.

Aku rasa sangat ketinggalan sebab baru tahu pelakon watak Zali tu dah pun meninggal dalam kemalangan motor di KM5.7,Lebuhraya Persekutuan pada 30 September 2012.Baru lagi ni..bulan lepas je pun.Satu kebetulan...aku rasa macam ada baca tajuk tu dalam paper hari tu tapi aku tak sangka itu adalah dia.Ini pun aku tahu masa dalam keta ontheway balik raya jumaat lepas,borak dengan adik-adik dan terbuka citer pasal ni.free masa lunch tadi terus gugel,banyak blog dah tulis pasal ni rupanya.

Aku tak kenal dia tapi rasa macam sedih sangat bila tahu dia meninggal.Tapi bagusnya dia meninggal dengan membawa kenangan yang baik pada orang tentang dia.Sebab watak dia dalam drama tu,dia anak yang baik..dalam drama tu pun dia meninggal jugak.

gambar dari sini-Diari Si Froggie

kat sini pun ada-OhArtis dan sini pun ada jugak-Ondscene


Pelajar Aswara antara 2 penunggang motosikal maut
KUALA LUMPUR – Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Persekutuan di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pertama pada jam 7 pagi, motosikal yang ditunggang mangsa, R. Selaraseh, 19, dari Sungai Lui, Raub, Pahang dipercayai terbabas setelah dilanggar sebuah kenderaan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak mangsa yang ketika itu terjatuh di tepi jalan.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, Selaraseh berada di laluan kanan lebuh raya dari Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam dan tidak menggunakan laluan motosikal ketika kejadian.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala maut di tempat kejadian,” katanya.
Selang dua jam selepas kejadian itu katanya, berlaku satu lagi kemalangan melibatkan motosikal di lokasi sama tetapi kejadian di laluan bertentangan.
Abdullah berkata, mangsa, Muhammad Amirul Mazlan, 19, penuntut Jurusan Diploma Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) berasal dari Kampung Baru Kerteh, Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian.
“Motosikal ditunggang Muhammad Amirul dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terseret sejauh kira-kira 10 meter.
Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian dan siasatan mendapati dia juga tidak menggunakan laluan motosikal.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

******************Alfatihah untuknya,Muhammad Amirul Mazlan aka Zali*****************

10 comments:

♥cikmOt♥ said...

kenal...zali kan...alfatihah...

cheqna said...

cheqna tgk berita tv3 pasal kemalangan tu..terus teringat citer masihkah ada ramadhan tu..memang betul2 ramadhan terakhir buat arwah

faraherda.razalan said...

Err...aku tatau pun cite tu beb?

lienda said...

innalillahhiwainnahilahirajiunnn...sedih citer tu kan....

mama aryan said...

kenal..teringat citer arwah berlakon tu..al-fatihah utk arwah

Nur farahiza said...

alfatihah

Aidah said...

Akak suka sangat tengok citer tu. Suka tengok dia berlakun. Mukanya nampak bersih dan baik dia tu macam bukan dibuat2. Alfatihah utk arwah. Semoga Allah merahmati rohnya.

HeNRieTTa JoSe said...

Citer tu rietta xtaw....tapi kemalangan tu rietta taw, sbb tgk brita kat tv....

Nieda said...

Pun baca berita ni di akhbar...

azieazah said...

Yeaaa citer dia sakit dalam drama di Terengganu tu kan? Yang berlaku dengan penyanyi Leez tu ya?

Ohhh suka tengok dia. sejuk mata.

Alfatihah...