Skip to main content

'Drama' dalam Masterchef Malaysia Musim ke2

sabtu ahad yang sendu.kenapa sendu?

ye..memang sendu sebab adik pompuan aku,cikviva yang dipanggil 'MakCheq' oleh anak-anak ku takde datang ke rumah 2 hari cuti tersebut.selalunya kalau sabtu tak datang,ahad mesti menjelma depan pintu.tapi minggu lepas memang takde,demam katanya.dia ni susah nak demam tapi kalau demam memang melepek siap pakej tak lalu makan sekali.kesian adikku itu,emm tak lalu makan?boleh la kot turun barang sekilo dua.hehe

so takde buat apa sabtu ahad tu,kalau tidak ada je lah muka kami kat aeon seremban2 tu.bukan buat apa pun..saja cuci mata sambil sejuk-sejuk badan.en abe lak keje shiff petang,kalau shift pagi boleh ajak jalan-jalan petang itu.

sib baik adik lelaki ada balik,jadilah dia teman makan-makan aku.lepas main masak-masak kita main makan-makan sambil layan tv.sabtu ahad drama korea cuma ada ulangan.so kalau dah tengok yang terbaru buat apa nak tengok ulangan kan?so beralih ke channel 104,layan siaran ulangan masterchef musim ke2 tu.emmmmmmmmm..banyak sungguh drama dalam tu.rasanya musim pertama dulu takdelah macam ni,semua ada bakat jadi pelakon.

ayat seperti

'dia memang poyo'

'kalau tak kenangkan dia orang tua,dah lama makan penampar saya'

'macam bagus'

'berlagak macam dia ketua'

dan macam-macam lagi ayat yang tidak sedap di dengar.bagus kah begitu?orang kata 'tak suka jangan tengok..banyak lagi siaran lain' sapa kata tak suka?ai suka la sebab Che Lah ada lagi,kalau Che Lah dah tersingkir mungkin aku dah tak tengok kot.tak suka Che Lah?takpe..kalau tak suka,boleh tukar channel.hehe

emm..agak-agak korang la sapa yang bakal jadi juara musim ke2 ni ye?

Comments

amaniammar said…
salam sis..
betul r sis..semua dlm tu over sikit..
siap condemn org lain..budget dia je bagus..


cm x seronok bikin viewer hangin je...

Anonymous said…
saya pun suker ngan che lah, dia lurus dan terus terang, kan mcm sorang lagi tu yang dah terkuar nmpk sgt...****** go che lah go
-Sara- said…
aah..masterchef kalini banyak dramalah..ngata2 sesame dorg kan.. huhu..
Nieda said…
TAK TENGOK. selalu berebut channel dgn cik abang.
Amalina Ali said…
Nasib baik atiqah tu dah keluar. klu tak dia yang paling gedik.


tapi sekarang yang mulut longkang peserta lelaki dari perempuan. yang perempuan senyap je.
mama aryan said…
jarang2 tengok lak kali ni
Ummi said…
akak tengok masterchef us, menarik, memang berbeza 100 kali ganda dengan malaysia

malaysianya ada tengok sekali sekala aje :)
Lady Windsor said…
kurang budi bahasa kan depa ni...rasanya tak de dalam skrip kot..memang depa nak sebut lagu tu..

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')