Skip to main content

Ini Nasi Lemak Geram,Namanya

Assalamuailum dan salam sejahtera buat semua yang singgah blog caca marca ini,rajin korang singgah walaupun aku tak tahu apa yang korang suka baca kat sini,bukan ada entri ilmiah pun..merapu je lebih tapi aku suka bila korang sudi singgah ;).tq very much

dah sarapan?

aku ada kisah sarapan yang agak sadis pagi ni.tengok tajuk mesti dapat agak ada kaitan dengan nasi lemak.emm..camner nak mula ye?okey..pernah tak korang buat sesuatu dan menyesal kendian?bukan kes serius pun..tak menyalahi akta undang-undang negara.kisah terpencil gitu

macam biasa,eh!aku lambat sikit hari ni..kawan yang aku selalu pool car tu cuti kecemasan.so aku seperti biasala kalau dia cuti en abe kena hantar gi keje.kuar lambat la.kul 8.00 pagi baru heges-heges nak mandi.tapi 8.40 pagi aku dah sampai opis.hehe.eh!lewat 10 minit tu masih boleh dimaafkan,so nak tebus rasa bersalah terus la buat keje.

ke opis bangunan sebelah nak ambik dokumen tapi disambut dengan satu nota bertulis 'will be back in 15 minute'..huhu..tak suka,tak suka..sambil hentak kaki (macam la comel buat lagu tu).nak kemana ni?15 minit tu lama weh..goreng ikan pun sempat siap.

so untuk 'membunuh masa' aku ke kafe sebelah saja la konon nak intai-intai,padahal dah tahu kat situ rega makanan memang 'cekik poket'.tanpa bertanya harga aku terus je order nasi lemak sotong.oh!ada set dengan air sekali..aku pilih black coffee padahal tak suka sangat coffee.tapi dalam set tu takde milo.huhu

sekali sampai cashier,after diskaun rm10.20 sen.uwaa.......takkan nak purak-purak pengsan kot,bayar jelah sambil potpet potpet dalam hati.kenapalah aku tak tanya dulu berapa harganya.

nak tengok?ni dia...

nasi lemak.sambal sotong,ikan bilis dan kacang,telur mata dan timun 3 hiris
tak nampak dalam gambar,beliau menyorok
juga tak lupa segelas black coffee..
rasanya?
bolehlah..ada rasa nasi lemak takkan nasi lemak rasa sate kot 

sebelum diskaun untuk staff  ialah rm12 dah diskaun 20persen + gov tax rm10.20

geram punya pasal makan sampai licin.yang tinggal cuma kacang tanah sebab keras
nanti pecah pulak tampalan gigi yang baru buat tu

okeylah,aku tak payah lunch hari ni.dah makan untuk sarapan merangkap lunch terus :)

moral of the story,sebelum order tanya harga dulu..............


Comments

QA's ~ mamapapa said…
huwaa!!!cekik poket mrangkap cekik perut terus,uhuhuh!!!agaknya nasi lemak tu pkai santan import kot,ehehehe!!!hampehh jekn?
Zareda Norman said…
oklah tu rm 10 siap set.. Kat sini nasi lemak tangling aje dah 7-8henget.. Tu paal kita banned nasi lemak for bfast.. Hanya makan cereal je.. Hehehe
Kakzakie Purvit said…
Kakak perhati mana-mana airport dan kawasan sekitarnya memang harga apa pun mahal. Kalau gaji takat 2 ribu kakak rasa memang separuh tuk makan aje kalau tak rajin bawa bekal..
Unknown said…
nasib baik bill tu dapat masa da habis makan..kalau dia hantar bill masa tengah makan mau tercekik ko.. hahhaa..

eh aku suka la ko berceloteh.. lawak gila ko tau tak..tak puas ati aku.. sambil hentak kaki..adess.. gegar perut..
Mak aih....mcm harga kopitiam...
Irfa said…
@QA..
entah le..mungkin masa basuh beras pakai mineral water jenama evian tu kot.hahaha

@kak zar..
mmg pun sib baik set.mmg takde plan pun nak makan nasi lemak,tetiba je kan ..kalau plan tu lain lah citernya

@kak zakie..
saya mmg terkena pagi ni,selalu mmg bawak bekal jugak.

@rai..
bil tu dapat masa lepas ambik makanan.konsep dia bayar sebelum makan.terharu sbb ko suka baca blog aku.eh gegar perut ada baby okeylah,ini gegar sbb banyak lemak.acaner tu?
ZieMarziah said…
fuiyyoooo berapa punya mahal daa...10hengget leh buat makan bf n luch tau hehehe
Irfa said…
@fara..
international airport katanya ;)
sib baik masih bayar pakai rm,kalau disuruh pakai euro macam mana?hehe

@shahzee..
mmg pun,akak tak lunch hari ni..minum air suam je.hahaha
Dr K said…
u kerja di KLIA ke?

kalau saya, hari2 saya tapau..harus bangkrap kalau tiap2 pagi makan nasik lemak kopi O macam tu! ~bahahahaha
Irfa said…
@daddy ziyyad.
ye,saya keje di klia tapi bukan hari-hari makan kafe ni.tapi hari ni je mmg terkena sbb menunggu punya pasal.selalunya makan kat kafe bawah nasi lemak mcm ni dalam rm3 je
Acik Erna said…
dik dulu tak le teruk sangat kan..kita kan permah makan chicken cop pun harga staff baru 6.60
bangsawan nilai said…
suruh lawood bukak branch kat situ je irfa...he he
Irfa said…
@kak erna..
ini bukan kat foodcourt tu tapi kat tingkat 4,flyer...dekat airlines office..kat situ mmg mahal dan tak banyak menu,saja gatal menjenguk mmg kena la ;)

@bangsawan nilai..
ada satu kedai mamak,ali maju namanya tapi kena jalan jauh sikit dan agak panas sbb open air..area parking lot.apa kata ko ambik francais dgn lawood?katanya modal dalam rm300k ;)

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')