Thursday, October 25, 2012

Kerana Kita Anak

Masih bekerja walaupun esok dah raya.huhu.Harap2 perjalanan balik kampung petang nanti takde 'jem'.Aku rasa ramai dah balik malam tadi kot.hehe

Okey..apa yang nak di 'repek'kan hari ni ye?oh kalau tengok tajuknya macam serius.gempak je bukan ada apa pun.

Aku bergelar seorang Anak dan dalam masa yang sama aku juga seorang Ibu.bezanya anak-anak aku masih kecil.so takde lagi la isu nak kecik-kecik hati ni.gila ke hapa nak kecik hati ngan budak kecik?tapi jika dipanjangkan umur,pasti aku juga akan merasai pengalaman itu.

Kalau ada perkara yang kita tak puas hati dengan ibubapa..selagi boleh sabar,sabar jelah..ingatlah kerana telah tertulis dalam AlQuran,kita sebagai anak tetap berdosa walaupun cuma dengan sepatah perkataan 'AH' terkeluar dari mulut kepada ibubapa.Redha Allah bergantung kepada ibubapa terutama sekali anak lelaki.menitik airmata ibu,susahlah hidup...anak pompuan pula syurga bawah tapak kaki suami tapi jangan lupa tanggunjawab sebagai anak.sangat bertuah jika mendapat suami yang memahami.Alhamdulillah...en abe amat memahami bila hal berkaitan ibubapa kerana katanya,ibu ayah cuma satu je dalam dunia ini.

Peringatan untuk diri sendiri,benda lain boleh kita cari ganti,hatta suami @ isteri sekalipun.tapi ibu dan ayah cuma satu je di dunia ini.kalau ada ibu @ ayah tiri pun takkan sama ertinya.

Kerana kita anak..maka berbuat baiklah pada ibubapa selama-lamanya.

wasallam

4 comments:

faraherda.razalan said...

Kau kan...kau kan...kau buat aku rindu kat dioranglah! Dahlah tak bali kkmpg raya ni! Uwaaaaaaaa!

SHAHZEE said...

ermm betul ka.irfa...rindunya..x sabar nak balikkkkkk

Lady Windsor said...

beruntunglah sesiapa yg masih ada org tua...

Irfa said...

@fara..
im sori buat ko sedih
takpe..deepavali nanti balik kampung ye

@shahzee..
jom nyanyi
'balik kampung..oooooo balik kampung'

@lw..
selagi mereka masih ada ni baliklah
kalau dah takde sapa2 nanti..apa ertinya balik kampung itu