Skip to main content

Laman Prasangka Isteri Kepada Suaminya

Bersua lagi kita..

Aku jarang-jarang bukak Fb tapi buka jugak sekali sekala dua kali dua kala.aku memang ada Like satu page ni,perlu ke aku tulis?emm..rasa cam malas je,tapi lebih kurang gini la page nya,kisah tentang alam berumahtangga.sebelum ni aku takde masalah dengan page ni.selalu dia share macam mana cara nak menjaga kerukunan rumahtangga,kalau baca masa tengah marah memang boleh sejuk tahap siram ais batu la.insaf kejap.hehe ..................

Tapi..harus la ada tapi sebab aku kan nak mengulas lanjut tentang ini.semenjak dua menjak,aku perasan admin page itu makin mengarut.harus kah aku UnLike je?

contoh ayat provokasi ialah :

1-suami keluar dating dengan pompuan lain dihari minggu

2-suami simpan simkad@henpon ke2 tanpa pengetahuan isteri

3-suami bawa pompuan lain naik kereta tanpa pengetahuan isteri

itu cuma 3 contoh tapi banyak lagi aku malas nak tulis...seperti biasa,ramai la yang 'meroyan' dengan status tersebut.ayat2 seperti ~!@#%^&*(%^ memang banyak la sampai tak larat nak baca.

ye,memang perlu juga ada prasangka tapi mampu ke ko hidup dalam prasangka 24 jam?tak pasal2 dapat penyakit 3 serangkai walaupun umur masih muda.mahu begitu?

bukan nak suruh bagi 100 % kepercayaan kepada pasangan walaupun selalu kita baca 'KEPERCAYAAN DAN SALING MEMPERCAYAI ITU PENTING DALAM RUMAH TANGGA' tapi dalam dunia akhir zaman ni ramai orang dah tak ambik kisah bab tu.bukan kata lelaki yang bergelar suami je tapi perempuan yang berstatus isteri pun ramai yang ada 'kekasih gelap'.saja nak test saham masih laku ke tidak..peluang ada dimana-mana cuma perlu tepuk  dada,tanya iman.

walau macam mana sayang sekalipun,simpanlah sedikit kepercayaan itu takut nanti kalau 'disalahguna' tidaklah boleh jadi gila.

seseorang pernah berpesan pada aku 'selalu berdoa pada Allah,kalau pasangan berlaku curang pada kita.mintaklah janganlah sampai kita jadi gila meroyan'.ayat tu nampak kasar tapi aku rasa ada benarnya.dia pesan,supaya kita buat yang terbaik tapi bersedia untuk segala kemungkinan.ayat omputehnya,aku jumpa kat gugel

"HOPING FOR THE BEST,PREPARED FOR THE WORST AND UNSURPRISED BY ANYTHING IN BETWEEN"

hah.gitu............apa2pun doa itu senjata orang mukmin,maka berbalik kepada pangkal..berdoalah yang baik2 moga baik juga kesudahannya.sebab kita Orang Islam disuruh bersangka baik dengan Allah.

nak like ke nak unlike?tapi tak Liked pun boleh je baca komen,suka jugak baca komen..hihi makcik sibuk aka kepochi

Comments

NenetPenne (NP) said…
bila berada dalam situasi mcm akak sekarang, tak tahu nak kata apa... rasa bersalah pun ada jugak...

saya kadang2 berada dalam kereta bekas suami saya... kereta bekas suami yang dibeli yang menggunakan saya sebagai penjamin..tu acaner tu irfa?

Irfa said…
@kak net..
kes akak tu kes lain,itu kes yang kena pakai CSI utk menyiasat.dia boleh buat apa?takkan nak bakar kereta tu..kalau nak bakar keta rasa sayang,bakar je seat tu ganti seat baru.hahaha
Diana AR said…
selalu isteri ada instinct kalau suaminya curang...tapi tak perlulah diwar-warkan ke pelosok dunia hehe
sweetie said…
Abaikan saja, tak perlu buat apa-apa. mana tahu suatu hari nanti bila boring2 boleh baca ibarat baca novel cinta.
mummY daniSha said…
aku dah unlike dah hehe..sebab kdg tu x pape..ada ayat lg teruk cam "seround sebelum gi keje" tah apa2...dan menyampah!

tp still pada pendapat masing2..ada je yg suke admin post macam tu...=p
HeNRieTTa JoSe said…
Btl....perlu smpan skit kepercayaan utk bekalan kecemasan....prasangka di jauhkan....
gerhana luka said…
Fb apa tu Irfa hee.. nak kepochi gak sama ni. tapi tu la betul kita tak boleh simpan 100% sayang dan kepercayaan pada suami takut bila berlaku kejadian yang diluar imajinasi kita nanti kita meroyan separuh gila nauzubillah. baik sayang anak 100% sebab bila kita mati nanti anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita dan bukannya suami kita yang bila kita mati dia akan kawin lain ha.ha.ha.

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')